Selasa, 23 Oktober 2007

HARI RAYA BERSAMA PAK LANG JOHOR

Alhamdulillah, pada hari raya ke 3 yang lepas, bekas2 peserta KBM telah berhari raya bersama pak lang di kampung pak lang di Teluk Bakong, Bota. Seramai kurang lebih 35 orang telah hadir terdiri daripada pelajar2 sekolah SMART, Seri Setia, DARY & Muzaffar Shah. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ramai lagi bekas2 peserta yang nak hadir tapi masing2 belum pulang dari kampung masing2. Pak lang sambut kami dengan lagu Demi Matahari (lagu kegemaran abg bob). Sedikit tazkirah Syawal oleh Pak Lang selaku tuan rumah. Sambil makan2, pak lang sajikan kami dengan video Upin & Ipin yang telah di edit. Akhirnya kami ditayangkan video klip Menanti DiBarzakh. Sebelum balik, kami sempat solat asar berjamaah di masjid Teluk Bakong dengan di imamkan oleh Pak Lang. Sebelum naik kereta, Pak Lang bisik kat telinga, katanya "kita boleh buat program tahunan ni". So, Pak Long boleh aturkan kot untuk tahun depan. Jazakallah Khairan di ucapkan pada Pak Lang kerana sudi menerima kujungan kami.

Rabu, 10 Oktober 2007

Salam Aidil Fitri 1428H kami ucapkan kepada adik2 kasih & sayang.
Mohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung janggut. hehehe.
Maaf Zahir & Batin dari krew KRJ Perak......

Selasa, 2 Oktober 2007

MUHASABAH DIRI...

Dahulu sebelum kedatangannya, kita sering berdoa kepada Allah dengan penuh harapan, “Allahumma balligna Ramadhan”. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Satu doa yang di ajarkan Nabi kepada para sahabat, tanda ketulusan hati seorang mu’min, menanti dan menunggu saat-saat manis untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan janji-janji rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.

"Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafaat untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

"Segala amal kebaikan manusia adalah untuknya; satu kebaikan akan dibalas sepuluh hingga 700 kali lipat. Allah SWT berfirman: "Kecuali puasa, kerana ia adalah milikKu dan Aku pula yang akan membalasnya, ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya kerana Aku." Ada dua kebahagiaan yang diperuntukkan bagi orang yang berpuasa; kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan TuhanNya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum bagi Allah daripada aroma minyak misik.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Ramadhan adalah bulan tarbiyah yang amat bermakna kepada para daie kerana pada saat-saat Ramadhan mereka sentiasa berdampingan dengan Al-Quran dan bermunajat di malam hari merintih atas dosa dan maksiat yang di lakukan. Ramadhan yang sarat dengan kelebihannya, menyentuh hati mereka yang beriman untuk menolak dirinya ke medan memburu cinta dan kasih sayang Allah yang tidak pernah putus.

Sedar tidak sedar, Ramadhan semakin melewati kita dalam beberapa jarak masa lagi. Habis selang masa ini, mungkin atau tidak, wallaua’lam, kita terpaksa menanti 300 hari lagi untuk bertemu dengannya kembali dan mengulangi janji yang sama. Bagaimana iman kita sekarang, masihkan ada baki perasaan cintakan tangisan menghadap Allah, atau kita semakin larut dengan suasana dunia semasa, suasana dunia yang sering menghimpit kita.
Adakah jauh di lubuk hati, kita merasakan Ramadhan semakin ingin meninggalkan kita, atau semuanya sama sahaja? Rahmat agung yang melebihi 1000 malam, adakah masih berbekas di dalam hati kita.
Lailatul Qadar terletak pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah r.a yang berkata :

“Sesungguhnya Rasulullah apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan : “ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan” (HR Bukhari dan Muslim).

“ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki” (HR Bukhari dan Muslim).

Saat-saat akhir itu semakin menghampiri kita dan ia amat dekat sekarang. Majulah untuk memburu keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada lagi yang lebih berharga dan bernilai melainkan rahmat dan maghfirah Allah kepada kita sepanjang hayat ini.
Bagaimana pula dengan usaha dakwah kita menegakkan risalah Allah ini. Ramadhan semakin lewat pergi, saat di mana kebanyakan manusia cuba untuk menjadi abdi kepada Allah, tidakkah kita menggunakan peluang ini dengan sebaiknya?
Sebelum Ramadhan kali ini pergi, lihatlah sejauh manakah perkembangan dan peningkatan tarbiyah Ramadhan kali ini terhadap akhlak kita?

Salam Ramadhan - Abg Bob

Isnin, 1 Oktober 2007

Kami krew KRJ Perak mengucapkan & mendoakan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua adik - adik kasih dan sayang. Semoga Allah permudahkan urusan PMR adik - adik. Salam kecemerlangan daripada krew KRJ Perak.
Photobucket