Sabtu, 10 November 2007

Selamat Menghadapi SPM

Kepada adik2 kasih & sayang khususnya di Perak amnya di seluruh Malaysia, kami KRJ Team Perak mendoakan mudah2an adik2 tabah menghadapi SPM yang bermula 12 Nov 07. Moga kejayaan adik2 adalah sebagai hadiah untuk ibu & ayah tercinta. Semoga Allah permudahkan urusan adik2 dalam menghadapi SPM 2007.
Salam kecemerlangan untuk adik2 kasih & sayang daripada kami KRJ Team Perak.

Rabu, 7 November 2007

Assalamualaikum w.b.t. Dah lame rasenye tak update blog ni.......So, sesekali update terase nak bersajak pulak......baca jangan tak baca yee.....

Sehati Sejiwa

Dan hati bertaut niat
Tanganku menggapai takbir
Bibirku meratap kekerdilan diri
Diri yang hina menghadap llahi
Bahana dunia yang mencengkam
Terurai kalimah suci
Hati membungkam cintaku duniawi
Lantaran hati kehendak mengkenderai
Bangkitlah jiwa sehati
Bahu ke bahu mewajahi Ilahi
Selarinya niat di hati;
Bersama gerak insani
Wajah yang merendahkan diri
Dahi yang menyentuh ke bumi
Biar dicerca, nista dipertuli
Kan terus tubuh sujud ke bumi
Kan terus telapak menadahi
Terus mencari cinta yg suci
Kerna itulah hati yg berdiri
Jiwa yang hidup lagi suci
Menyirami hati yang mati
Menghidup umat; jiwa yang sepi
Semata dicari redha Ilahi…