Jumaat, 5 Disember 2008

Kem Remaja Perak 2008

KEM REMAJA PERAK 2008
Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Manjung Perak
120 orang peserta dari seluruh negeri Perak
Manjung, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Bidor,
selepas solat asar

lautan dalam yang direnangi

aduh...beratnya....

jauhnya lagi perjalanan ini
dimulakan dengan 3S

saya saaaaaayang awak... ye ye ye

adik-adik kasih...67 orang

adik-adik sayang 53 orang


antara bapak bapak dan abang abang fasi


mak mak dan kakak fasi

alhamdulillah program berjalan dengan baik
tapi sebelum program mula hanya Allah yang tahu....
wayar elektrik surau tempat program telah dicuri orang.
khabarnya pihak pengurusan telah membaiki...
tapi tak sempat siap hinggalah pagi program bermula
alhamdulillah dengan pertolongan Allah ramai "Mc Gyver " yang membantu


tu dulu dari Pak Teh

Rabu, 29 Oktober 2008

Pak Su bagi pihak kru-kru krj network mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada mereka yang akan menghadapi STPM, STAM dan SPM. Kami mendoakan semoga anak-anak kasih dan sayang dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang.

Jagalah kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan dengan makan makanan yang seimbang dan cukup, rehat yang cukup dan jangan lupa baca alQuran selalu. Semoga anak-anak kasih dan sayang berjaya dengan cemerlang, "menyerlah jauh dari yang biasa"

Ahad, 12 Oktober 2008


Selamat Menduduki PMR kepada adik - adik kasih & sayang seluruh negeri Perak. Kami KRJ Team Perak mendoakan kejayaan anda. Semoga adik - adik semua MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA.

Sabtu, 4 Oktober 2008

Adakah kita juga seperti ini apabila Ramadhan meninggalkan kita

PakSu

Jumaat, 26 September 2008



SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 1429H

MAAF ZAHIR & BATIN DARI WARGA KRJ & JIM NEGERI
PERAK

Isnin, 22 September 2008

21 September 2008 Manjung:
JIM Manjung dibantu oleh Team KRJ telah mengadakan Program Ramadan 3 dalam 1:
Sumbangan kepada fakir & miskin dan muallaf
Ziarah pesakit di Hospital Seri Manjung
Iftar jamaei dan solat terawih
Remaja putri membungkus barang keperluan yang akan diberikan kepada fakir miskin. Seramai 34 keluarga penerima sumbangan. Setiap keluarga menerima:
2o kg beras
2kg tepung
2kg gula
2kg minyak masak
1 kotak kurma
Sumbangan wang dan beras dari JIM Perak, JIM Manjung, Pejabat Agama Islam Manjung. 3 kumpulan dibuat untuk menyampaikan sumbangan ini.
Team A diketuai oleh Pak Su: sumbangan untuk saudara baru yang miskin, ada 15 keluarga. Dengan kerjasama Saudara Firdaus, Pengerusi Badan Kebajikan Muallaf Manjung Team A mulakan gerak.
Team C diketuai oleh Pak Long, sasarannya adalah pelajar2 miskin dari SMK Tok Perdana. Dibantu oleh Pak Tam...
Rumah pertama yang dilawati oleh Team B dikepalai oleh Pak Teh, rumah adik Abd Karim Amari di Sunagi Wangi. Team B bergerak menyampaikan sumbangan di kawasan Sungai Wangi. Semua mereka adalah dari SMK Tok Perdana. Senarai nama diperoleh dari Mak Ngah yang mengajar SMK Tok Perdana. alhamdulillah Abg Fad jadi jurupandu, jadi pencarian rumah mereka jadi mudah. Mereka menumpang di pondok generator yang membekalkan elektrik untuk kolam udang. Kolam udang dipunyai oleh seorang taukeh Cina.
Sayu hati bila ditanya dimana bapanya.... dia hanya mampu menggelangkan kepala sahaja... Mulanya Pak Teh tahu kenapa, rupanya bapanya telah meninggalkan mereka sekeluarga tak tahu kemana....

Rumah kedua yang kami lawati... adik ini ada 10 orang adik beradik




Rumah ketiga yang kami singgah...

Rumah keempat yang kami berikan sumbangan...

Keluarga kelima yang kami lawati...

Keluarga ke enam yang kami ziarahi

inilah rumah keluarga En Muhamad yang begitu uzur. Menumpang ditanah kerajaan, tiada bekalan elektrik dan air paip. Masih guna pelita dan air perigi......Pak Long nak usahakan untuk masukan bekalan elektrik.
Kebetulan kami sampai, isterinya baru 5 hari bersalin dan anaknya deman kuning. Kami pun bawanya ke hospital Seri Manjung. Anaknya dimasukan dalam wad untuk pemerhatian doktor...
Tahun lepas kami ziarahi keluarga ini, masa itu anaknya Yusof tingkatan 3 di SMK Tok Perdana. Sekarang tak sekolah lagi.. sebab tak mampu nak biaya sekolah...
Malam kami bawa Em Muhamad iftar sekali dengan kami kemudian kami hantar pulang rumah beliau...

Jam 5 petang kami ke Hospital Seri Manjung, memberi sumbangan kepada pesakit di Wad 7. Alhamdulillah disertai oleh adik2 dari KPM Seri Iskandar, yang ikut program KBM yang lepas...

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Pak Long memberikan tazkirah P.U.A.S.A. dan tengok klip video sumbangan Ramadan yang Pak Din sediakan....

Waktu yang dinantikan..... makan time....iftar.

alhamdulillah seharian membuat ziarah malam dapat berbuka, solat maghrib, solat Isyak dan terawikh bersama...

Betapa beruntungnya dapat nikmat yang Allah beri berbanding dengan kawan2 yang kita ziarahi siang tadi....bersyukurlah...

wasalam dari Pak Teh























































































































































Khamis, 18 September 2008

Berbuka Bersama Dengan RK SMART

Semalam pak su bersama-sama dengan pak long dan pak de telah berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak kasih dan sayang rk smart, teluk intan. Pada sebelah pagi dan petang mereka beraktiviti bersama abang bob, pak de dan ust shamsul. Sebelum berbuka pak long telah memberikan sedikit tazkirah puasa. Terima kasih di atas jemputan anak-anak kasih dan sayang semua. Makan memang best.




Ahad, 7 September 2008

Assalamualaikum wm wb
Salam Ramadan untuk semua

Alhamdulillah KBM versi bulan Ramadan sudah selesai diadakan di SMK Seri Iskandar, pada 6 September 2008, hari Sabtu dari jam 8pg hingga jam 12tgh malam. Seramai 115 orang pelajar tingkatan telah hadir. Sepatutnya seramai 338 orang pelajar tingkatan 3 dan 5.


Susah juga nak pendekkan program 29 jam jadi 16 jam. Program macam biasa KMKY oleh Abg BOB dibantu oleh abang2 fasi dari Kolej Professional Mara Seri Iskandar.

Lepas solat zohor dan makan angin, Pak Ngah ambil alih buat Inteam. Apa lagi berderai airmata anak2 kasih dan sayang. Alhamdulillah tak batal puasa....Cikgu sekolah pun turut sama menitiskan airmata. Para pelajar minta maaf pada guru2 bertugas yang hadir.

Sementara menunggu waktu berbuka, Pak Teh tayangkan beberapa video klip berkaitan hubungan dengan Allah...masa terbatas...lepas tu berbuka puasa...alhamdullillah....

Lepas solat solat magrib sebelum Isyak sempat buat Demi Matahari.....
Solat Isyak dan Terawih diimankan oleh Cg Arifin guru SMK Seri Iskandar.

Program disambung dengan oleh pak Ngah dengan Menyemai Kasih Menuai Sayang...Inilah kali pertama buat malam2...
Seramai lebihkurang 60 orang ibu dan bapa telah hadir. Alhamdulillah maklumbalas yang baik dari PK Kokurikulum sekolah. Cg Azman, kounselor sekolah tempat untuk buat KBM tahun depan. Beberapa ibubapa minta buat KBM disekolah2 lain

Program berakhir jam 12tghmalam....
Jazakallah kepada semua yang terlibat...

Yang melapor
Pak Teh

Jumaat, 5 September 2008

pagi ni dapat SMS Ustazah Fazila, MRSM Pasir Salak: " Terima kasih semua KRJ PERAK di atas bantuan kepada kami dalam menjayakan PROGRAM KELAS BIMBINGAN YPM diMRSM Pasir Salak...our college among the best..." Untuk makluman semua Kelas bimbingan ini adalah anjuran Yayasan Pelajaran Mara dan dikendalikan oleh MRSM Pasir salak untuk pelajar di 6 buah sekolah di Kg Gajah... diakhir program KRJ buat KBM. macam biasalah....

Semalam hari Khamis 4 September, sempat buat follow-up dengan anak2 di SK Seri Bayu, Seri Manjung yang akan mengambil UPSR pada 9 September ni.

Kita doakan anak2 dan adik2 yang hendak mengambil peperiksaan tahun ni serjaya dengan cemerlang...

Pak Teh
aslkm dan Selamat berpuasa
Bulan Ramadan ni insyallah Team KRJ Perak
akan mengadakan KBM Ramadan:
Tempat: SMK Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak
(Belakang Masjid Seri Iskandar yang baru)
Tarikh: 6 September 2008
Hari: Sabtu (satu hari sahaja)
Masa: mula 8pg akhir 11mlm
Mana2 sahabat yang berkelapangan boleh turut memeriahkan lagi
salam dari Pak Teh

Sabtu, 30 Ogos 2008

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan .

Sahabat ku Tetamu Agung ini bakal berkunjung beberapa hari lagi. Ahlan Ya Ramadhan, lambaianmu Ramadhan menggamit hati-hati kami untuk bersama-sama menyemarakkanmu. Semoga ruang dan peluang yang Allah sediakan 1 bulan istimewa buat kita ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.

Sahabatku :

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya sibuk berzikir
Tentu tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu....merayu....kepadaNya Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan....sungguh khusyuk
Lagi tawaduk
Tubuh dan qalbu bersatu
Memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil.....menangisi
Kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya
Wamamati lilahirabbil ’alamain"
( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam )

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan ku siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Disetiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan al-quran bakal ku dendang...
Bakal ku syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malam mu engkau sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail, bertahajud
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Tapi ku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri, rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramdhan yang paling bererti
Paling berseri menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta
Kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman ...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha....bersedia....meminta belasNya

ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT AKU
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN
YANG PERNAH AKU LAKUKAN
”MARHABAN YAA RAMADHAN”

Jumaat, 29 Ogos 2008

Renungkanlah Tulisan A Kadir Jasin Ini

ANWAR Ibrahim sudah menang besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu. Sudah angkat sumpah jadi Ahli Dewan Rakyat. Dan sudah dipilih Ketua Pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi pun sudah beri reaksi. Macam biasa, tidak ada apa-apa berlaku dalam dunia “damai abadi” Perdana Menteri.Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Anwar.
Dan satu-satunya pemimpin Umno yang tidak diserang penyakit “koro”, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan oleh portal berita bebas Malaysiakini sebagai berkata negara akan terus parah jika Abdullah terus memerintah.Katanya Abdullah “tidak mempunyai kewibawaan minimum untuk mentadbirkan negara hari ke hari apatah lagi memimpin Malaysia ke arah yang betul di dalam dunia yang kompleks ini.”
Jadi, dengan izin, dalam posting kali ini, saya hendak bercakap perkara yang lain sikit -- mengenai betapa “mudahnya” menjadi orang Islam di Malaysia.Kerana mudah itulah agaknya ramai orang Islam Malaysia tidak banyak berfikir sebaliknya asyik bertelagah dan bertelingkah.
Ada orang kata, orang Islam Malaysia adalah Muslim pseudo, Muslim kelahiran dan Muslim perlembagaan bukan Muslim kerana akidah, ilmu dan amalan.Apa tidaknya, akidah orang Islam dipertahankan oleh Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Kalau Melayu agamanya wajib Islam. Agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam.
Simbol Islam di merata tempat --- masjid indah, surau, madrasah, tudung, ketayap, serban dan makanan halal. Tak pakai jam pun tak apa. Lima kali sehari azan akan berkumandang mengingatkan mengenai masa.
Tetapi di mana saya berada ketika membuat posting ini, suara azan digantikan dengan bunyi loceng gereja. Loceng gereja berbunyi empat kali setiap jam.Sekali dong pada suku jam. Dua kali dong pada setengah jam. Tiga kali dong pada tiga suku jam. Diikuti oleh waktu sebenar. Kalau pukul satu, sekalilah dongnya dan kalau jam 12 tengah hara atau malam, 12 kalilah dongnya.
Sebagai orang Islam Malaysia, kita akan serta merta mendapati rupa-rupanya “lebih susah” jadi orang Islam di tempat seperti ini.Ambil contoh waktu solat. Pada 28 Ogos, Subuh masuk jam 4.47 pagi dan habis 6.39 pagi. Zuhur jam 1.27 petang, Asar 5.12, Magrib 8.13 malam dan Isyak 9.59 malam.Taklah banyak sangat bezanya dengan di Malaysia. Tapi pada 1 Ogos lalu, Subuh jam 3.49 pagi dan Isyak 11.05 malam. Bayangkan hendak tunggu hingga jam 11 malam untuk menunaikan Isyak, pasti ramai yang tertidur!
Berpuasa pula tidak sama waktunya. Kalau jatuh musim panas, maka panjanglah waktunya – daripada jam 4 pagi hingga 9.45 malam. Tapi kalau musim sejuk, pendeklah waktunya – daripada jam 6 atau 6.30 pagi hingga 4.00 atau 4.30 petang.Sesiapa yang berpuasa sunat pada 1 Ogos lalu, akan berpuasa daripada jam 6.03 pagi hingga 8.59 malam.(Terfikir oleh saya kalau seseorang Muslim itu mengamalkan disiplin Islam, dia tidak akan lewat atau gagal menunaikan temu janji sebab menepati masa dan janji sudah menjadi amalan melalui solat dan berpuasa.)
Bagi kita yang mengembara, nampak susahlah tetapi bagi umat Islam di negara ini, mereka mungkin sudah biasa. Sebagai kumpulan minoriti, mereka terpaksa mengalami banyak kesukaran dan ujian yang kita di Malaysia tidak tahu dan tidak ambil peduli.
Bukan mudah nak makan kalau terlalu taasub dengan halal dan haram. Mana ada dapur halal (halal kitchen) atau kedai makan halal macam di Malaysia.Kalau pun ada restoran halal, kita kena berjalan atau berkenderaan berbatu-batu mencarinya. Dan harganya tentulah lebih mahal daripada kedai makanan biasa.
Begitu jugalah kalau nak cari daging halal yang umumnya diimport dari Brazil.Brazil? Ya, Brazil. Brazil, sebuah negara Kristian adalah antara negara pengeksport daging dan ayam halal yang terbesar di dunia. Hatta negara-negara Arab pun mengimport ayam dan daging dari negara Amerika Selatan itu.Kita di Malaysia heboh bercakap mengenai “halal hub.” Tetapi adakah kita tahu yang Negeri Thai mengeluarkan lebih banyak makanan halal untuk eksport – termasuk ke negara kita sendiri?
Di negara yang saya berada sekarang terletak ibu pejabat syarikat Nestle. Syarikat Nestle adalah antara pengilang makanan halal terbesar di dunia.Orang bukan Islam tahu nilai ekonomi label halal, tapi peniaga makanan Islam di Malaysia jarang sangat gunakan logo halal. Jadi bila orang Arab nak cari makanan halal di Malaysia mereka pergi ke restoran Cina yang bersijil halal atau ke Mcdonald dan KFC.
Kalau difikir-fikirkan, umat Islam Malaysia sepatutnya menjadi Muslim yang unggul dalam segala aspek. Tetapi kerana terlalu dilindungi, ramai daripada Muslim Malaysia menjadi Muslim pseudo dan menghabiskan masa dan tenaga membahaskan isu remeh-temeh.Boleh jadi kerana akidah kita tidak diuji dan orang agama lain tidak dibenar mempropagandakan agama mereka kepada umat Islam maka orang Islam Malaysia menjadi alpa, cetek dan besar kepala.Apatah lagi apabila pembesar-pembesar politik Muslim sendiri menunjukkan contoh yang buruk seperti lewat datang kerja, lewat ke majlis dan mungkir janji untuk hadir di sesuatu majlis.Tak cukup dengan itu mereka bersumpah sana sini dengan menggunakan nama Allah dan mengamalkan amalan songsang.
Agaknya kerana itu jugalah tidak ramai orang Islam Malaysia yang berminat dan tidak berani bergaul dengan orang bukan Islam. Apatah lagi berbincang dan berbahas mempertahankan hak Islam.
Sedangkan orang bukan Islam dari negara-negara maju begitu kagum apabila mereka melawat Malaysia. Mereka kagum dengan tahap kemajuan negara kita. Mereka kagum melihat wanita Islam yang bertudung tetapi memandu kereta Mercedes dan BMW. Mereka kagum berunding dengan eksekutif wanita Islam yang pakar dan pintar.
Tetapi kalau kita biarkan ketidakhaluan pemerintahan sekarang berterusan, bukan sahaja kelangsungan negara kita Malaysia akan terancam malah kesucian Islam akan ternoda.Seperti kita maklum, sudah pun wujud percubaan untuk menguji kesabaran dan keazaman umat Islam Malaysia secara tersurat dan tersirat.
Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan dan selamat puasa Ramadan.

Isnin, 25 Ogos 2008

Assalamualaikum wm wb

Alhamdulillah Penerbangan Pesawat KRJ Team Perak selamat mendarat di MRSM Pasir Salak. Program KBM kali ini digabungkan sekali dengan Kem Teknik Menjawab untuk 6 buah sekolah di Kg Gajah anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama MRSM Pasir Salak sebagai tuan rumah dan penyelaras dan Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah.

Peserta seramai 97 orang pelajar tingakatan 3 yang akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini. Sekolah yang terlibat:
MRSM Pasir Salak
SMK Dato’ Maharaja Lela
SM Raja Dr Nazrin Shah
SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah
SMK Cangkat Lada
SMK Sultan Abdul Jalil Shah

Kem Teknik Menjawab dimulakan pada hari Jumaat jam 2.30 ptg. Pelajar-pelajar terpilih ini telah mengikuti kelas tuisyen yang dianjurkan oleh YPM selama 8 minggu. Di penghujung program tuisyen diadalah bengkel menjawab solan, ujian dan di tambah dengan Program KBM.

Pesawat KRJ mulakan penerbangan pada hari Sabtu Jam 2 ptg. Dimulakan dengan KMKY oleh Abg Bob + Abg Afiq + Pak Tam sambung lepas solat Asar dengan Salam Mesra 2.

Lepas Maghrib, Ummi Nita sampaikan kuliah Maghrib

Lepas solat Isyak, kita buat solat hajat untuk pelajar ambil periksa PMR, lepas tu MAM1 oleh Pak Teh. Kali ni kita buat MAM1 je, krew ramai yang cuti.

Pagi buat Kini & Hijrah sampai jam 1 tgh. Ucapan penutup dibuat oleh Penolong Pengetua MRSM Pasir Salak.

Dalam perjalanan balik singgah didusun tepi jalan kat Kg Gajah, cari durian “magko”….

Jzkklah pada krew yang hadir dari UTP, KPM dan abang2 dari Manjung…minggu depan peserta ini ada “konvo” terima sijil dan majlis penutup program tuisyen.

Tu je dari Pak Teh

Ahad, 24 Ogos 2008

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum wbt.



Hanya lebih kurang seminggu sahaja lagi Ramadhan akan datang menemui kita. Setiap tahun Ramadhan akan mengunjungi kita, Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk menyambut kedatangannya. Ramai di antara teman-teman, keluarga dan kenalan-kenalan yang bersama-sama kita menyambut Ramadhan di tahun lalu tidak berkesempatan untuk menyambutnya kali kerana Allah swt telah menjemput mereka menemuiNya.



Anak-anak kasih dan sayang, sudah kah kita bersedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi? Sudahkah kita menanam azam untuk melakukan yang terbaik dalam bulan Ramadhan kali ini? Gunakanlah peluang yang telah diberi oleh Allah swt kepada kita, barangkali kita tidak lagi diberi peluang yang sama pada tahun hadapan.

Sudahkah kita menanam azam yang kuat untuk mengkhatamkan alQuran sekali dalam bulan Ramadhan itu disamping program tadarus yang kita ikuti di surau atau masjid? Sudahkah melengkapkan diri kita dari segi jasmani dan rohani untuk tetap terus melakukan solat tarawih hingga ke akhir Ramadhan walaupun apa cabaran yang kita perlu hadapi?

Marilah kita bersama-sama melengkapkan diri kita dengan apa yang perlu untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi impak yang besar dalam diri kita, menjadikan diri kita lebih yakin dengan Allah swt. Menjadikan kita lebih baik dari segi amalan dan akhlaq. Gendong dan bawalah bersama dengan kita semangat keindahan bersama Mu dalam menghadapi bulan yang penuh dengan barakah ini, semoga anak-anak kasih dan sayang "meyerlah jauh dari yang biasa".


Pak Su

Ahad, 17 Ogos 2008

Gambar sekitar Karnival Sukan Piala Presiden JIM Zon Utara 08 di USM Nibong Tebal, Pulau Pinang
Nibong Tebal 16 Ogos 2008, pasukan bolasepak remaja team Perak telah menjadi JUARA peringkat Zon Utara Karnival Sukan Piala Presiden JIM. Pasukan ini terdiri daripada alumni KBM Teluk Intan, Perak. Manakala pasukan bola jaring remaja team Perak telah menduduki Naib Juara peringkat Zon Utara. Mereka terdiri daripada alumni KBM Ipoh, Perak. Disertakan beberapa gambar sekitar kejohanan
























Sabtu, 9 Ogos 2008

Universiti Antarabangsa AlBukhary



Semalam pak su ke alor setar dan bersembahyang di masjid alBukhary yang terletak di kampus universiti antarabangsa alBukhary. Apa yang istimewanya univerisiti ini ialah ia telah diasaskan oleh seorang koperat melayu yang dermawan. Melalui yayasan alBukhary, beliau telah menaja kelas-kelas tuisyen bagi pelajar-pelajar yang kurang mampu di seluruh negara termasuk sabah dan sarawak. Kehidupannya sungguh "sederhana" jika dibandingkan kehidupan ahli-ahli koperat lain






Pak su coretkan ini sebenarnya untuk anak-anak kasih dan sayang mengambil iktibar, jika kita berusaha bersungguh-sungguh kita boleh mencapai apa yang kita hajati. AlBukhary hanya bermula dengan menjual daging di pasar. Berkat dari kegigihan dan sifat berjimat cermat berjaya membina satu empayar perniagaannya sendiri. Dan bila kita sudah berjaya jangan pula lupa mereka yang tidak begitu bernasib baik. Kalau ke alor setar singgahlah di masjid ini. Wassalam.






Salam sayang dari

Pak Su

Photobucket