Isnin, 25 Februari 2008

Keindahan Bersama Mu SMK Sultan Muhammad Syah, Parit


Alhamdulillah, pada 23 & 24 Februari 2008 telah berlangsung program Keindahan Bersama Mu SMK Sultan Muhammad Syah, Parit. Seramai 123 peserta telah hadir terdiri daripada tingkatan 3 & 5 bersama kurang lebih 20 orang fasilitator & pengendali yang mana pada asalnya kekurangan fasi sebab ramai yang terlibat dengan pilihanraya dan penamaan calon. Majlis penyerahan telah dilakukan oleh guru kaunseling Cikgu Anuar kepada Pak Ngah.

Akak2 fasi


Seperti biasa KMKY dimula oleh Abg Bob & dibantu oleh Abg Emy. Alhamdulillah para peserta begitu ceria sekali. Pada asalnya ada diantara peserta yang terpaksa datang apabila ditanya tetapi bila selesai slot KMKY, para peserta semuanya tak mahu ketinggalan dalam program ni. KMKY menutup slotnya dengan Happy Chicky pada jam 1.00 tengah hari untuk laluan makan tengah hari dan solat Zohor.


Kumpulan Harimau Malaya

KMKY

Selepas Zohor, Pak Teh pula beraksi dibantu oleh Pak Cu Shukri (pak laptop) dalam slot INTEAM. Kali ni program berlangsung di dewan besar berhampiran sekolah. Slot KMKY berlangsung di dewan makan asrama. Tanpa membuang masa lagi Pak Teh menghayun langkahnya bersama Pak Cu Shukri tanpa menoleh ke belakang lagi. Alhamdulillah dengan keredhaan Allah, para peserta mudah disantuni dan dilembutkan hati mereka. Slot INTEAM berakhir lebih kurang
jam 5.00 petang.

Ku sayang teman2

MAM1 pula mengambil tempat tepat jam 9.00 malam setelah solat Isyak di dewan besar. Dimulai dengan Demi Matahari seterusnya Pak Ngah pulak berentap di pentas MAM1. Pak Ngah menyusun langkahnya dengan penuh semangat sekali. Pak Ngah dah tak toleh belakang lagi. Tak bagi peluang dah sehingga kan kena bagi isyarat kat belakang supaya pesawat di “slow” kan…..(jgn marah ye pak ngah)…….MAM1 diakhiri dengan satu simulasi yang diketuai oleh Pak Cu Shukri (dah 20 tahun tak ikat serban…nasib baik tak terbelit….hahaha). MAM2 pulak menyaksikan gandingan baru & lama diantara Kak Shima (OTAI) & Abg Emy (masih dalam proses peralihan kuasa). Alhamdulillah, semua berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Ramai peserta perempuan yang terkejut2, mujur lah ada Kak Not & Kak Ija bereskan dan peserta lelaki juga tak ketinggalan meraung sehinggakan Pak Su (Dr Kamal) terpaksa menenangkan peserta tersebut di luar dewan……Alhamdulillah MAM2 tamat sekitar jam 1.30 pagi.


KMKY


Hari Ahad pulak menyaksikan program selari dengan ibu ayah…..dimulai dengan tayangan semula video klip peserta program. K&H serta KSIA menyaksikan Kak Shima pulak beraksi. Apa lagi, Kak Shima tak bagi peluang langsung….. Di dewan besar pulak Pak Teh, Pak Ngah, Pak Cu Shukri, Pak Su (Dr) serta Kak Not melayan karenah ibu ayah pulak…..Pak Ngah beraksi dengan ibu ayah sehingga tuala besar disediakan dalam poket vest tapi tak dikeluarkan sebab besar sangat….hahaha….terpaksa Pak Cu Shukri jadi “supplier” tisu setiap kali tengok Pak Ngah kesat air mata……Pertemuan dengan ibu ayah menyaksikan adegan air mata mencurah curah keluar…..nasib baik sungai Perak tak naik airnya…….

Penutup menyaksikan Pengetua berucap pendek dan juga ucapan ringkas daripada YDP JIM Perak, akhi Yahanis Yahya (anak jati Parit). Program berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.

Jazakallah Khairan Kathira diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan KBM ini. Juga kepada yang mendoakan kelancaran program ini. Terima kasih kepada MANTAN YDP JIM Perak, Dr Fadhil kerana bagi pinjam Unser nya, juga kepada YDP JIM Perak yang sentiasa hadir & menyokong kami dalam menjaya KBM ini walaupun zaujahnya, Kak Not terlibat secara langsung dalam program KBM ini.

p/s : Nampaknya dari Bota (tempat Pak Lang) dah beranyut ikut sungai perak ke Parit (tempat YDP Perak)…lepas ni beranyut ke Kuale Kangsor (tempat Pak Ngah) le pulak ye….

amacam Pak Ngah ????





Yang mencoret...


Abg Bob
Perak


Sabtu, 23 Februari 2008

KEINDAHAN BERSAMA MU SMK SULTAN MUHAMMAD SYAH, PARIT
23 & 24 FEBRUARI
SABTU & AHAD
Jumpa kami di sana......
Menyerlah jauh dari yang biasa..............

Rabu, 20 Februari 2008

Tazkirah Ringkas

ABU UBAIDAH BIN JARRAH

Wajahnya selalu berseri. Matanya bersinar. Tubuhnya tinggi kurus. Bidang bahunya kecil. Setiap mata senang melihat kepadanya. Dia selalu ramah tamah, sehingga setiap orang merasa simpati kepadanya. Di samping sifatnya yang lemah lembut, dia sangat tawadhu’ (rendah hati) dan sangat pemalu. Tetapi bila menghadapi suatu urusan penting, dia sangat cekatan bagaikan singa jantan bertemu musuh. Dialah kepercayaan ummat Muhammad. Namanya‘Amir bin ‘Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Qurasyi”, dipanggil “Abu ‘Ubaidah”.
‘Abdullah bin ‘Umar pernah bercerita tentang sifat - sifat yang mulia, katanya: “Ada tiga orang Quraisy yang sangat cemerlang wajahnya, tinggi akhlak dan sangat pemalu. Bila berbicara, mereka tidak pernah dusta. Dan apabila orang berbicara kepada mereka, mereka tidak cepat-cepat mendustakan. Mereka itu ialah: Abu Bakar Shiddiq, ‘Uthman bin ‘Affan, dan Abu Ubaidah bin Jarrah. Abu Ubaidah termasük kelompok pertama masuk Islam. Dia masuk Islam ditangan Abu Bakar Shiddiq, sehari sesudah Abu Bakar masuk Islam. Waktu itu beliau menemui Rasulullah saw. bersama-sama dengan ‘Abdur Rahman bin ‘Auf, ‘Uthman bin Mazh’un dan Arqam bin Abi Arqam untuk mengucapkan syahadat di hadapan beliau. Kerana itu mereka tercatat sebagai tiang-tiang pertama dalam pembangunan mahligai Islam yang agung dan indah.
Dalam kehidupannya sebagai muslim, Abu ‘Ubaidah mengalami masa penindasan yang keras dari kaum Quraisy terhadap kaum muslimin di Makkah, sejak permulaan sampai akhir. Dia turut menderita bersama-sama kaum muslimin yang mula-mula, merasakan tindakan kekerasan, kesulitan dan kesedihan, yang tak pernah dirasakan oleh pengikut agama-agama lain di muka bumi ini. Walaupun beqitu, dia tetap teguh menerima segala macam cubaan. Dia tetap setia dan membenarkan Rasulullah pada setiap situasi dan kondisi yang berubah-ubah. Bahkan ujian yang dialami Abu ‘Ubaidah dalam perang Badar, melebihi segala macam kekerasan yang pernah kita alami. Abu ‘Ubaidah turut berperang dalam perang Badar. Dia menyusup ke barisan musuh tanpa takut mati tetapi tentera berkuda kaum musyrikin menghadang dan mengejarnya ke mana dia lari. Terutama seorang laki-laki, mengejar Abu ‘Ubaidah dengan sangat beringas ke mana saja. Tetapi Abu ‘Ubaidah selalu menghindar dan menjauhkan diri untuk bertarung dengan orang itu. Orang itu tidak mau berhenti mengejarnya. Setelah lama berputar-putar akhirnya Abu ‘Ubaidah terpojok. Dia waspada menunggu orang yang mengejarnya. Ketika orang itu tambah dekat kepadanya, dalam posisi yang sangat tepat, Abu ‘Ubaidah mengayunkan pedangnya tepat di kepala lawan. Orang itu jatuh terbanting dengan kepala terbelah dua. Musuh itu tewas seketika dihadapan Abu ‘Ubaidah. Siapakah lawan Abu ‘Ubaidah yang sangat beringas itu? Di atas telah dikatakan, tindak kekerasan terhadap kaum muslimin telah melampaui batas. Mungkin Anda ternganga bila mengetahui musuh yang tewas di tangan Abu ‘Ubaidah itu tak lain ialah “Abdullah bin Jarrah” ayah kandung Abu ‘Ubaidah. Abu ‘Ubaidah tidak membunuh bapaknya. Tetapi membunuh kemuysrikan yang bersarang dalam peribadi bapanya.
Berkenaan dengan peristiwa Abu ‘Ubaidah tersebut, Allah swt. berfirman sebagai tersebut
“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.” (Al Mujadalah: 22)
Ayat di atas tidak menyebabkan Abu ‘Ubaidah membusungkan dada. Bahkan menambahkan imannya kepada Allah dan ketulusannya terhadap agama. Orang yang mendapat gelar ‘kepercayaan ummat Muhammad” ini ternyata menarik perhatian orang-orang besar, bagaikan besi berani menarik logam di sekitarnya. Muhammad bin Ja’far menceritakan, “Pada suatu ketika para utusan kaum Nasrani datang menghadap kepada Rasulullah. Kata mereka, “Ya, Aba Qasim! Kirimlah bersama kami seorang sahabat anda yang anda pandang cakap menjadi hakim tentang harta yang menyebabkan kami berselisih sesama kami. Kami senang menerima putusan yang ditetapkan kaum muslimin.” Jawab Rasulullah, ‘Datanglah nanti petang, saya akan mengirimkan bersama kalian “orang kuat yang terpercaya” Kata ‘Umar bin Khaththab, “Saya pergi solat Zuhur lebih cepat dan biasa. Saya tidak ingin tugas itu diserahkan kepada orang lain, kerana saya ingin mendapatkan gelar “orang kuat terpercaya”. Sesudah selesai solat Zuhur, Rasulullah melihat ke kanan dan ke kiri. Saya agak menonjolkan diri supaya Rasulullah melihat saya. Tetapi beliau tidak melihat lagi kepada kami. Setelah beliau melihat Abu ‘Ubaidah bin Jarrah, beliau memanggil seraya berkata kepadanya, ‘Pergilah engkau bersama mereka. Adili dengan baik perkara yang mereka perselisihkan.” Maka pergilah Abu ‘Ubaidah dengan para utusan Nasrani tersebut, menyandang gelar “orang kuat yang terpercaya”.
Abu ‘Ubaidah bukanlah sekadar orang kepercayaan semata-mata. Bahkan dia seorang yang berani memikul kepercayaan yang dibebankan kepadanya. Keberanian itu ditunjukkannya dalam berbagai peristiwa dan tugas yang dipikulkan kepadanya. Pada suatu hari Rasulullah saw. mengirim satu pasukan yang terdiri dari para sahabat untuk menghadang kafilah Quraisy. Beliau mengangkat Abu ‘U,baidah menjadi kepala pasukan, dan membekali mereka hanya dengan sekarung kurma. Tidak lebih dri itu. Karena itu Abu ‘Ubaidah membagi-bagikan kepada para perajuritnya sehari sebuah kurma bagi seorang. Mereka mengulum kurma itu seperti menghisap gula-gula. Sesudah itu mereka minum. Hanya begitu mereka makan untuk beberapa hari. Waktu kaum muslimin kalah dalam perang Uhud, kaum musyrikin sedemikian bernafsu ingin membunuh Rasulullah saw. Waktu itu, Abu ‘Ubaidah termasuk sepuluh orang yang selalu membentengi Rasulullah. Mereka mempertaruhkan dada mereka ditembus panah kaum musyrikin, demi keselamatan Rasulullah saw. Ketika pertempuran telah usai, sebuah taring Rasulullah ternyata patah. Kening beliau luka, dan di pipi beliau tertancap dua mata rantai baju besi beliau. Abu Bakar menghampiri Rasulullah hendak mencabut kedua mata rantai itu dan pipi beliau. Kata Abu ‘Ubaidah, “Biarlah saya yang mencabut nya!” Abu Bakar menyilakan Abu ‘Ubaidah. Abu ‘Ubaidah kuatir kalau Rasulullah kesakitan bila dicabutnya dengan tangan. Maka digigitnya mata rantai itu kuat-kuat dengan giginya lalu ditariknya. Setelah mata rantai itu tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal satu. Kemudian digigit nya pula mata rantai yang sebuah lagi. Setelah tercabut, gigi Abu ‘Ubaidah tanggal pula sebatang lagi. Kata Abu Bakar, “Abu ‘Ubaidah orang yang paling cakap.”
Abu ‘Ubaidah selalu mengikuti Rasulullah berperang dalam setiap peperangan yang dipimpin beliau, sampai beliau wafat. Dalam musyawarah pemilihan Khalifah yang pertama (Yaumu saqifah), ‘Umar bin Khatab mengulurkan tangannya kepadà Abu ‘Ubaidah seraya berkata, “Saya memilih anda dan bersumpah setia dengan anda. Kerana saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda:. “Sesungguhnya tiap-tiap ummat mempunyai orang dipercayai. Orang yang paling dipercaya dan ummat ini adalah anda (Abu ‘Ubaidah).” Jawab Abu ‘Ubaidah, “Saya tidak mau mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita solat sewaktu beliau hidup (Abu Bakar). Walaupun sekarang beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia.” Akhirnya mereka sepakat memilih Abu Bakar menjadi Khalifah Pertama, sedangkan Abu ‘Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu utama bagi Khalifah. Setelah Abu Bakar, jabatan khalifah pindah ke tangan ‘Umar bin Khatthab Al Faruq. Abu ‘Ubaidah selalu dekat dengan ‘Umar dan tidak pernah membangkang perintahnya, kecuali sekali. Tahukah Anda, perintah Khalifah ‘Umar yang bagaimanakah yang tidak dipatuhi Abu Ubaidah? Peristiwa itu terjadi ketika Abu ‘Ubaidah bin Jarrah memimpin tentera muslimin menakhluk wilayah Syam (Syria). Dia berhasil memperoleh kemenangan demi kemenangan berturut-turut, sehingga seluruh wilayah Syam takluk ke bawah kekuasaannya dan tepi sungai Furat di sebelah Timur sampai ke Asia Kecil di sebelah Utara. Sementara itu, di negeri Syam berjangkit penyakit menular (taun) yang amat berbahaya, yang belum pernah terjadi sebelumnya, sehingga korban berjatuhan. Khalifah ‘Umar datang dan Madinah , sengaja hendak menemui Abu ‘Ubaidah. Tetapi ‘Umar tidak dapat masuk kota kerana penyakit yang sedang mengganas itu. Lalu ‘Umar menulis surat kepada Abu ‘Ubaidah sebagai berikut: “Saya sangat penting bertemu dengan saudara. Tetapi saya tidak dapat menemui saudara kerana wabak penyakit sedang berjangkit dalam kota. Kerana itu bila surat ini sampai ke tangan saudara malam hari, saya harap saudara berangkat menemui saya di luar kota sebelum Subuh. Dan bila surat ini sampai ke tangan siang hari, saya harap saudara berangkat sebelum hari petang.”
Setelah surat Khalifah tersebut dibaca Abu ‘Ubaidah, dia berkata, “Saya tahu maksud Amirul Mu’minin memanggil saya. Beliau ingin supaya saya menyingkir dari penyakit yang berbahaya ini.” Lalu dibalasnya surat Khalifah, katanya; “Ya, Amirul Mu’minin! Saya mengerti maksud Khalifah memanggil saya. Saya berada di tengah-tengah tentera muslimin, sedang bertugas memimpin mereka. Saya tidak ingin meninggalkan mereka dalam bahaya yang mengancam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Saya tidak ingin berpisah dengan mereka, sehingga Allah memberi keputusan kepada kami semua (selamat atau binasa). Maka bila surat ini sampai ke tangan anda, maafkanlah saya tidak dapat memenuhi permintaan anda, dan beri izinlah saya untuk tetap tinggal bersama-sama mereka.”
Setelah Khalifah ‘Umar selesai membaca surat tersebut, beliau menangis sehingga air matanya meleleh ke pipinya. Kerana sedih dan terharu melihat Umar menangis, maka orang yang disamping beliau bertanya, “Ya, Amirul Mu’ minin! Apakah Abu ‘Ubaidah wafat?” “Tidak!” jawab ‘Umar. “Tetapi dia berada di ambang kematian.” Dugaan Khalifah tersebut tidak salah. Kerana tidak lama sesudah itu Abu ‘Ubaidah terserang wabak yang sangat berbahaya. Sebelum kematiannya Abu ‘Ubaidah berwasiat kepada seluruh perajuritnya: “Saya berwasiat kepada anda sekalian. Jika wasiat ini kalian terima dan laksanakan, kalian tidak akan sesat dari jalan yang baik, dan sentiasa berada dalam bahagia. “Tetaplah menegakkan solat. Laksanakan puasa Ramadhan. Bayar sedekah (zakat). Tunaikan ibadah haji dan ‘umrah. Hendaklah kalian saling menasihati sesama kalian. Nasihati pemerintah kalian, jangan dibiarkan mereka tersesat. Dan janganlah kalian tergoda oleh dunia. Walaupun seseorang bisa berusia panjang sampai seribu tahun, namun akhirnya dia akan menjumpai kematian seperti yang kalian saksikan ini. “Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…” Kemudian dia menoleh kepada Mu’adz bin Jabal. Katanya, “Hai, Mu’adz! Sekarang engkau menjadi Imam (Panglima)!” Tidak lama kemudian, rohnya yang suci berangkat ke Rahmatullah. Dia telah tiada di dunia fana. Jasadnya tidak lama pula habis dimakan masa. Tetapi amal pengorbanannya akan tetap hidup selama-lamanya. Mu’adz bin Jabal berdiri di hadapan jama’ahnya, lalu dia berpidato:
“Ayyuhannaas! (Hai sekalian manusia!) Kita semua sama-sama merasa sedih kehilangan dia (Abu ‘Ubaidah). Demi Allah! Saya tidak melihat orang yang lapang dada melebihi dia. Saya tidak melihat orang yang lebih jauh dari kepalsuan, selain dia. Saya tidak tahu; kalau ada orang yang lebih menyukai kehidupan akhirat melebihi dia. Dan saya tidak tahu, kalau ada orang yang suka memberi nasihat kepada umum melebihi dia. Kerana itu marilah kita memohon rahmat Allah baginya, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pula kepada kita semua.
Sekadar tazkirah....wallahua'lam...
abg bob

Ahad, 10 Februari 2008

Keindahan Bersama Mu SMAH Ipoh

Alhamdulillah, pada 7 & 8 Feb (Khamis & Jumaat) lepas, telah berlangsung Keindahan BersamaMu Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh dengan kehadiran peserta seramai 102 orang.

Seperti biasa, slot KMKY bermula dengan abg bob, Amin (anak pak lang) & abg long Penang (bkn Melaka ye) berpadu tenaga dalam usaha menyantuni adik2 SMAH ni. Pada asalnya, KMKY akan dikendalikan oleh Amin & abg long Penang memandangkan abg bob adalah "orang dalam". So, masa perkenalan diri, abg bob adalah yang terakhir sekali untuk melihat penerimaan peserta pada abg bob sebab mereka memang kenal abg bob sangat. Bile abg bob bangun je dari kerusi, sorakan dari peserta bergema. So, apa lagi tanpa membuang masa abg bob teruskan amanah yang diberikan untuk mengendalikan KMKY bergabung dengan Amin & abg long Penang.

Slot INTEAM seperti biasa, sifu Pak Lang menghayunkan langkah nya dengan penuh yakin sekali dalam usaha nak akrabkan persahabatan para peserta. Dengan kepakaran pak lang, mereka semuanya terkesan walaupun ada diantara mereka yang baru kenal lebih kurang setahun. Mabruk Pak Lang.

MENITI ANGIN MALAM 1 menyusul selepas Demi Matahari berkumandang. Sifu Pak Lang sekali lagi mengambil tempat. Tanpa membuang masa, pak lang teruskan menyantuni para peserta dengan skill nya yang luar biasa. MENITI ANGIN MALAM 2 pula, abg bob berpadu tenaga dengan Ummi Nita kerana kak shima takde suara. Apa lagi, Ummi pun melakukan dengan baik sekali sehinggakan sebotol air mineral habis diteguknya.

KINI & HIJRAH pula, abg bob sekali lagi bergabung dengan Amin & Kak Shima (baru ada suara) dan Pak Lang dengan ibu bapa di dewan. Alhamdulillah penuh dewan SMAH dengan kehadiran ibu bapa.

Pertemuan ibu bapa & anak sungguh mengharukan sehingga kan pengendali pun berlinangan. Alhamdulillah program tamat kurang lebih jam 12.30 tgh hari untuk laluan solat Jumaat.

JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA diucapkan kepada Pengetua SMAH, Muallim Zulkifli Ahmad kerana tak berganjak dari awal program sehingga lah tamat program. Terima kasih KW JIM Ipoh kerana sponsor makan malam rabu semasa taklimat fasi, YDP JIM Perak juga turut hadir dalam memberi sokongan, Muallimah Paridah Suid & suami akhi Shukri yang bertungkus lumus agar program berjalan lancar, akhi Ainol sbg videoman walaupun banyak video di sub-kon kan serta muallim & muallimah & ikhwah/akhawat yang bertungkus lumus dalam menjayakan KBM SMAH ini. Kepada Pak Lang, terima kasih kerana turun ke Perak. Ikhwah/akhawat dari Pulau Pinang, Kedah & Perlis juga turut membantu walaupun dalam proses peralihan teknologi ke negeri masing2.

Salam kasih & sayang
Abg Bob
Perak

Isnin, 4 Februari 2008

Keindahan Bersama Mu
Sek Men Al-Hidayah, Ipoh
7 & 8 Februari 2008
Khamis & Jumaat
Jumpa kami di sana.......
Photobucket