Isnin, 30 Jun 2008

Gambar sekitar KBM SRAR Al-Nuriah & SK Pangkalan TLDM, Lumut





Adik2 sayang SRAR







Adik2 kasih SRAR



Abg2 & Akak2 fasi sedang beraksi

Ku sayang ibu ayah

Mempertahankan Perubahan

Anak-anak kasih dan sayang


Selepas mengikuti program kbm, kita bertekad untuk berubah menjadi insan-insan yang lebih baik. Yang taat perintah Allah swt., taat kepada ibu dan ayah kita dan menjadi kawan yang baik kepada sahabat-sahabat kita. Tapi bagaimana agaknya kita nak mempertahankan agar proses perubahan itu berterusan..........




Ingat tak pada kuliah maghrib, selalunya sebelum mengakhirinya pak su ada sebut tiga bekalan penting dalam kita mengharungi kehidupan ini.




Solat

Solat merupakan kefarduan yang paling besar yang difardukan oleh Allah awt kepada kita. Solat juga merupakan bahagian yang mula-mula hilang dari Agama. Solat juga merupakan parameter yang menentukan iman seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran. Mendirikan solat tepat pada waktunya merupakan bukti kebenaran iman seseorang. Apabila kita meninggalkan solat maka akan lemahlah iman kita dan ini akan mendorong kita untuk kembali kepada kemaksiatan.

Kita juga telah memutuskan hubungan kita dengan Allah swt. Jadi, macamana kita hendak mempertahankan proses perubahan ini jika hubungan kita dengan Allah swt telah terputus. Cuba anak-anak kasih dan sayang fikir sejenak, siapa yang memberi kekuatan kepada kita untuk kita berubah. Bukankah Allah swt.? Faham kan? Maknanya kita jangan tinggalkan solat supaya hubungan kita dengan Allah swt tidak terputus....... agar Allah swt memberi kita kekuatan untuk terus berubah. Semoga Allah swt sentiasa memelihara kita dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa mendirikan solat.......Amin.

Anak-anak kasih dan sayang


Coretan ini merupakan pengganti kepada program follow up. Maafkan kami kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi anak-anak kasih dan sayang kerana tiap-tiap minggu ada sahaja program kbm.

Walaupun coretan ini tidaklah sebaik program follow up, diharapkan ianya dapat memberi peringatan dan; membawa ingatan anak-anak kasih dan sayang terbang merasai kembali program kbm yang lalu. InsyaAllah pak su akan cuba untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini untuk anak-anak kasih dan sayang.
PakSu

Ahad, 29 Jun 2008

KBM DI SAR DAN SK TLDM 1

Alhamdulillah, pesawat telah mendarat dengan selamat di kedua-dua sekolah dengan jayanya. Seperti biasa pendaratan disertai dengan pertautan kasih yang lebih erat antara anak dan ibubapa. Adalah sangat-sangat diharapkan keadaan ini akan perpanjangan dan menjadikan rumah penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Keluarga akan menjadi lebih bahagia, anak-anak akan merasa lebih selamat. Ini akan mendorong anak-anak untuk berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran mereka. Didoakan semoga semua mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat sana.
Maaf pak su tak ada gambar yang boleh disertakan. InsyaAllah, bila abang Bob sampai di rumah, abang Bob akan insertkan gambar. Abang Bob...... jangan lupa bubuh gambar nanti masa mencoret.
Pak Su

Khamis, 26 Jun 2008

Insya Allah team KBM Perak akan berkampung di TLDM Lumut, Perak untuk program KBM di dua sekolah sekali di dalam TLDM, Lumut. Doakan perjuangan kami. Jumpa kami di sana....
Keindahan Bersama Mu
SAR Pangkalan TLDM Lumut, Perak
27 & 28 Jun 2008
Jumaat & Sabtu
Keindahan Bersama Mu
SK Pangkalan 1 TLDM, Lumut, Perak
28 & 29 Jun 2008
Sabtu & Ahad

Isnin, 23 Jun 2008


Pramugari KBM SMK Tok Perdana

Alhamdulillah pada 21 & 22 Jun 2008 telah berlangsung Keindahan Bersama Mu di Sek Men Keb Tok Perdana, Sitiawan, Perak. Seramai 83 peserta telah mengikuti penerbangan pesawat KRJ ini. Terima kasih juga kepada para krew pesawat KRJ yang terdiri daripada alumni KBM SMK Tok Perdana & juga kepada semua krew pramugara & pramugari pesawat.

Aksi adik sayang

Aksi adik kasih

Alhamuduillah! KBM di SMK Tok Perdana telah selamat diterbangkan dan dimendaratkan dengan penuh bergaya dalam suasana sungguh pilu penuh dengan air mata keinsafan para peserta, ibu bapa dan juga pengendali-pengendali.

Suasana itu memang sudah menjadi kebiasaan bagi program KBM ini, tapi ramai dari pengendali yang tidak jemu-jemu menitiskan air mata setiap kali mengendalikan program. Bagi pak su sendiri memang pastilah akan menitiskan air mengenangkan sejarah sendiri yang tak perlulah diceritakan disini. Bukan pada ketika itu saja, malah semasa mengedit video bagi klip anak soleh, ayah dan buat mu ibu, sudah pasti akan menitiskan air mata di depan monitor. Itulah sebabnya pak su akan menyendiri bila mengedit video-video ini.

Pak su juga mengharapkan keadaan ini tidak akan berubah bagi diri ini, kerana ia merupakan peringatan bagi pak su untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Ia juga merupakan panduan bagi pak su untuk menilai sejauh mana keberkesanannya dalam mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja ini.

Semoga ianya juga merupakan peringatan bagi semua yang terlibat....


Pak Su
Kamaludin b Karmain
019 5762728

Khamis, 19 Jun 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Keindahan Bersama Mu
SMK Tok Perdana, Sitiawan, Perak
21 & 22 Jun 2008
Sabtu & Ahad
Jumpa kami di sana.....

Selasa, 17 Jun 2008



abg Yus dgn abg ejard tengah membuat demo...


Alhamdulillah pada 14 & 15 Jun 2008 telah berlangsung Keindahan Bersama Mu di Sek Men Keb Abd Rahman Talib, Teluk Intan. Seramai 111 peserta telah mengikuti penerbangan pesawat KRJ ini. Terima kasih juga kepada para krew pesawat KRJ yang terdiri daripada alumni KBM SMK Seri Setia, Teluk Intan (abg ejard, abg ajim, abg paan, abg zin), SMK Layang2 Kiri (abg syaiful iqmal), Kolej Islam Darul Ridzuan (abg yus) dan juga para pramugari yang bertungkus lumus menjayakan KBM kali ini.




Ya Allah, lembutkan lah hati2 kami....


Ku sayang teman2...


Kasih sayang ibu & ayah tiada berbelah bagi


Ya Allah, sayangilah ibu & bapa ku seperti mana mereka menyayangiku sewaktu aku kecil
Jazakallah diucapkan kepada otai2 KBM Perak iaitu pak long, pak ngah, pak teh, pak din, pak su, ummi nita, pak de & kak ija. Juga kepada YDP JIM Neg Perak, akh Yahanis Yahya. Insya Allah lepas ini di SMK Tok Perdana, Sitiawan. Jumpe kami di sana.....



abg bob

perak

Khamis, 12 Jun 2008

Keindahan Bersama Mu
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak
14 & 15 Jun 2008
Sabtu & Ahad
Semoga menyerlah jauh dari yang biasa....
Photobucket