Selasa, 29 Julai 2008

اسلام عليكم ورحمةالله وبركاتة

Harga Sebuah Persahabatan

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw yang bermaksud:


"Ada seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat menunggunya di pertengahan jalan. Tatkala berjumpa dengan lelaki tersebut malaikat itu bertanya kepadanya:


"Mahu ke mana?"


"Saya hendak menziarahi saudaraku di kampung itu," jawabnya


"Adakah kamu hendak membalas budinya?", tanya malaikat itu lagi


"Tidak, tetapi saya mencintainya kerana Allah", jawabnya lagi



"Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu untuk memberitahumu, bahawasanya Allah telah mencintaimu sebagaimana kau mencintainya kerana Allah."



Hadith riwayat Muslim


Pak Su

Isnin, 28 Julai 2008


Memori Keindahan Bersama Mu SMK Sultan Muzaffar Syah, Lambor Kanan.







Alhamdulillah, semalam 27 Julai 2008, pesawat KRJ Team Perak telah selamat mendarat di SMK Sultan Muzaffar Syah, Lambor Kanan setelah sesi penerbangan selama kurang lebih 29 jam. Seramai 88 orang peserta dengan kehadiran kurang lebih 20 orang fasi dari Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar yg mana fasi2 ni adalah alumni KBM IPT yg lepas.





Penerbangan dimulakan dengan penyerahan daripada pihak sekolah kepada Pak Ngah dan diteruskan dengan KMKY oleh abg Afiq & abg Fad sehingga selesai Salam Mesra 1. Kemudian kak Shima & abg Bob lak ambik alih untuk Salam Mesra 2 sehingga waktu makan tengah hari & solat Zohor.





Pas Zohor, Pak Ngah lak beraksi untuk sesi INTEAM. BCOC pulak di uruskan oleh abg2 & akak2 fasi. Lepas makan malam jam & solat Maghrib, Pak Su bagi kuliah Maghrib sampai waktu Isyak.






MAM1 diambil alih oleh Pak Teh sebab Pak Ngah ada mesyuarat yg tak dpt dielakkan. MAM2 pulak Kak Shima & Abg Afiq menjadi teraju utama dibantu oleh abg2 & akak2 fasi sehingga selesai lebih kurang jam 2.00 pagi.





K&H di ketuai oleh Pak Su & MKMS oleh abg Bob sebelum pertemuan dibuat di dewan besar sekolah yg diketuai oleh Pak Teh. Alhamdulillah, ucapan penutup oleh PK HEM yang mengatakan tahun depan pasti kami panggil KRJ lagi. Dan diserikan lagi dengan ucapan YDP JIM Perak, saudara Yahanis Yahya. Pesawat mendarat lebih kurang jam 1.30 ptg.

Selasa, 22 Julai 2008

aslkm semua..
insyallah jumpa lagi dalam KBM minggu ni..
kali ni di
SMK Muzaffar Shah, Lambor, Perak
tarikhnya 26 & 27 Julai 2008, Hari Sabtu & Ahad
untuk tingkatan 3 & 5
moh ramai2 ke Lambor, ada banyak durian disana Pak Teh dah survey...
crew dan fasi boleh hubungi pak teh...019 5141000
jumpa disana..

Teruja Bersama Brothers & Sisters KPM Seri Iskandar

Assalamualaikum wrt wb!

Sabtu dan Ahad lepas, Team KRJ Perak menghabiskan masa berkongsi minda dan pengalaman berKBM dengan penuntut-penuntut Kolej Profesional MARA (KPM) di Seri Iskandar, Perak. Sepatutnya 63 orang hadir, namun dek ketentuan Allah, sebahagian daripadanya tidak dapat bersama.

Di sesi Knowing Me Knowing You

Apa pun, bilangan yang kecil ini (berbanding KBM lalu yang biasanya melebihi 100 orang) membolehkan perkenalan yang lebih rapat dan mesra antara pengendali/fasi dengan para peserta. Penuntut-penuntut - yang dipanggil brothers dan sisters - yang dikumpulkan dari pelbagai kursus dan semester juga tidak langsung nampak canggung berprogram bersama.
Hampir kesemuanya nampak seronok dan ceria di sepanjang tempoh 2 hari 1 malam itu. Ramai yang berani tampil berkongsi pandangan dan pengalaman... Ya lah, kan penuntut-penuntut cemerlang; tambah-tambah memang dididik untuk menjadi profesional! Bersemangat masing-masing, terutamanya bila sampai pagi Ahad... menuju ke penghujung program.

Di sesi Salam Mesra

Suasana damai dan segar di kampus KPM Seri Iskandar yang comel menambah kesyahduan berprogram di sini. Beruntung brothers dan sisters yang dapat menyambung pengajian di sini. Inilah antara nikmat Allah yang wajar disyukuri...

Teruslah dekati dan cintai Allah, Rasul, Usahakan solat terbaik sepanjang masa kerana solatlah talian hayat kita menuju Allah. Solatlah yang menjadi landasan hubungan kita yang utama dan penting menuju jalan yang lurus. Itulah appointment (temujanji) penting yang perlu ditunaikan setiap hari. Banyakkan juga berzikir kepadaNya. Mudah-mudahan hingga kita akrab, kasih dan cinta kepada Allah... dan Allah juga redhakan kita. Itulah yang kita mahu, tak kira bila dan di mana. Kalau begitulah keadaan kita dengan Allah, tentu hidup jadi tenang dan tenteram... Insya Allah, kejayaan menanti di dunia dan akhirat.


Bergambar Kenangan di sesi penutup


Tingkatkanlah juga usaha membaca, memahami Al-Quran. Rapatkan diri dengan Al-Quran kerana itulah manual kehidupan yang terbaik untuk kita ikuti dan hayati. Kita akan jumpa segala-galanya di dalam Kitab Allah ini. Jom kita hidupkan Al-Quran ini dalam diri dan peribadi kita. Al-Quran adalah ISO teragung di sepanjang zaman. Sesiapa yang mengamalkan dan menghayatinya insya Allah akan menjadi insan yang berkeperipadian agung pula!

Brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak sekelian,

Cabaran mengekalkan perubahan positif boleh dibantu dgn sentiasa meningkatkan ilmu kita - dunia, akhirat; akademik dan life-skills. Semua iniboleh diperoleh dengan mudah melalui membaca. Membaca menjimatkan masa kita, lantaran kita belajar dari ilmu dan pengalaman orang lain tanpa perlu mengalami sendiri penat-jerih pencarian ilmu dan pengalaman tersebut. Peruntukkanlah 1-2 jam sehari untuk membaca... biar apapun ilmunya, asal bermanfaat kepada urusan dunia dan akhirat kita.


Bagi yang sudah terlibat dengan usrah, teruskan! Perjumpaan dan perkongsian ilmu mingguan ini juga mampu menyediakan ruang peningkatan ilmu dan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan keprluan hidup yang pelbagai pula. Ia juga mampu menyediakan kumpulan sokongan yang akan bersama-sama kita membina diri; seiring-sejalan dalam hasrat mecapai misi menjadi insan soleh dan musleh. Bagi yang belum, marilah libatkan diri dalam aktiviti usrah ini demi kemajuan dan peningkatan kualiti diri kita. Bukankah kita bercita-cita menjadi insan-insan soleh dan solehah... yang akhirnya menjadi aset besar buat ibu dan ayah?


Teruskanlah memuhasabah diri. Moga KBM telah membuka minda dan mencetuskan anjakan paradigma serta halatuju hidup yang baru kepada semua peserta... baik di KPM Seri Iskandar mahupun di mana jua. Marilah kita sama-sama bentuk diri, keluarga, rakan dan masyarakat untuk hidup beribadah menuju Akhirat! Moga terus kekalkan perubahan sementara semangat sedang membara, dan teruskan membakar semangat itu dan semarakkannya mulai sekarang hingga ke akhir hayat kita.

Bravo, brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak. Jumpa lagi di coretan lain....

Wassalamualaikum wrt wb!


Pak Ngah

... Pengalaman di KBM tu cerita sikit-sikit cukuplah pada kawan... Tak perlu cerita semua. Biar mereka alami sendiri, baru ada thrill dan lebih bermakna

Isnin, 21 Julai 2008

Mari Mengubah Kebiasaan Negatif



Apa yang dikatakan kebiasaan (habit) itu? Ia adalah perkara yang kita lakukan berulang-ulang kali. Sebahagian besarnya kita tidak sedar pun bila kita melakukannya. Tetapi apa yang menggembirakan kita ialah ianya kita boleh ubah. Sebenarnya kita lebih kuat dari kebiasaan yang kita lakukan tidak seperti kucing pak su ni yang tidak mampu untuk mengubahnya. Cuba anak-anak kasih dan sayang berpeluk tubuh. Jika kebiasaannya tangan kanan berada di atas tangan kiri, sekarang cuba ubah tangan kiri berada di atas tangan kanan. Anak-anak kasih dan sayang akan merasa janggal dan pelik buat seketika. Cuba anak-anak kasih dan sayang lakukan selama tiga puluh hari, kita akan rasa selesa dan setiap kali kita berpeluk tubuh tangan kiri akan berada di atas tangan kanan. (Berhati-hati semasa solat). Anak-anak kasih dan sayang telah berjaya mengubah kebiasaan anak-anak kasih dan sayang.

Begitu juga dengan kebiasaan-kebiasaan lain. Cuba senaraikan semua kebiasaan yang buruk yang ada pada anak-anak kasih dan sayang. Mulai dari hari ini cuba ubah kebiasaan-kebiasaan ini menjadi kebiasaan-kebiasaan yang baik. Mula dengan yang paling mudah untuk diubah.

Contoh kebiasaan yang ada pada kita, suka menyalahkan orang lain. Jadi mulai dari sekarang bila sesuatu yang tidak kita sukai berlaku, dan pada kebiasaannya kita menyalahkan orang lain, cuba berhenti sejenak, jangan salahkan orang lain, tetapi mencari apa yang telah kita lakukan sehingga perkara demikian itu berlaku. Jika anak-anak kasih dan sayang berbuat demikian lama-lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan, ini akan membantu untuk memperbaiki diri anak-anak kasih dan sayang.

Mengapa penting untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan yang buruk ini? Mungkin ada yang berkata "Apalah pak su ni, tiap kali mencoret ada je yang kena buat." Ia sangat penting untuk diubah kerana kebiasaan ini mencerminkan jati diri kita. Kita akan dikenal dengan kebiasaan kebiasaan ini, jika baik sudah pasti kita akan dikenal dengan kebaikan-kebikan yang kita lakukan. Selamat mencuba dan berjaya. Wallahu a'lam.


Pak Su

Khamis, 17 Julai 2008

Keindahan Bersama Mu Versi IPT
Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak
19 & 20 Julai 2008 (Sabtu & Ahad)
Jumpa Kami Di Sana......

Mengkayakan Diri Sendiri



Kita boleh mengkayakan diri kita dengan melakukan banyak perkara. Di sini pak su ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh menjadikan diri kita kaya dengan sifat-sifat murni, hidup tenang dan bahagia. Sebenarnya banyak yang kita boleh lakukan dengan kemampuan yang kita ada. Kita boleh :
  1. Menepati janji yang kita buat pada diri sendiri


  2. Membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan itu


  3. Berlemah lembut pada diri sendiri


  4. Berlaku jujur


  5. Sentiasa membaharui diri


  6. Memupuk bakat yang kita ada

Menepati janji yang kita buat pada diri sendiri

Selalu kita berjanji pada diri kita sendiri untuk melakukan banyak perkara dan berapa banyak pula yang kita mungkiri. Anak-anak kasih dan sayang telah pun menulis perubahan-perubahan yang nak di lakukan. Itu merupakan janji anak-anak kasih dan sayang pada diri masing-masing. Cuba lihat kembali pada catatan tersebut atau ingat kembali apa yang telah dituliskan dan cuba lakukan semuanya secara beransur-ansur. Jangan mungkiri janji yang telah kita buat pada diri sendiri kerana lama kelamaan kita juga akan mengkhianati janji kita kepada orang lain. Apalah yang ada lagi pada diri manusia jika sudah tidak boleh dipegang janjinya.


Membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan itu

Anak-anak kasih dan sayang juga telah banyak mencatit untuk menjadi anak yang soleh/solehah, pelajar yang baik dan kawan yang boleh diharapkan oleh teman-teman. Inilah masanya untuk mempraktikkan apa yang telah tercatat dalam buku program yang ada pada anak-anak kasih dan sayang. Cuba rasakan rasa bahagia dalam diri bila membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan yang telah diberikan. Lama-lama perasaan itu akan sentiasa berada dalam diri dan kita sentiasa berada dalam keadaan ingin membantu sesama insan.

Berlemah lembut pada diri sendiri

Selalu beri peluang kedua pada diri sendiri apabila melakukan kesilapan atau terlalai. Jangan rasa terlalu kecewa sehingga memarahi diri sendiri atau mengutuk. Cuba ketawa pada kesilapa-kesilapan bodoh yang telah kita lakukan dan perbaikinya di masa hadapan. Kalau kita sentiasa memarahi diri sendiri, kita akan berada dalam keadaan tertekan dan penyelesaian sukar didapati.

Berlaku jujur

Hendaklah berlaku jujur dalam semua keadaan. Sikap inilah yang menjadikan kita dihormati oleh orang lain. Dalam peperiksaan jangan sekali-kali meniru. Jika kita lulus dengan cara yang sebegini apa yang kita boleh banggakan, walaupun mungkin emak dan ayah kita gembira tapi dalam diri, kita tahu itu bukan usaha kita. Kita juga tahu bahawa kita telah menipu ibu dan ayah, tergamakkah kita melakukan perkara sedemikian, menipu emak dan ayah?

Sentiasa membaharui diri

Dalam masa kita berusaha dan belajar untuk mencapai kejayaan, ada kalanya kita merasa penat dan lelah. Baik juga jika kita pergi ke suatu tempat yang cantik dan duduk seketika merenung dalam diri kita, usaha-usaha kita yang lepas dan juga impian kita. Di sini juga kita boleh mengadu kepada Allah swt dan meminta ampun dosa-dosa kita yang lalu. Dengan ini kita akan dapat tenaga baru, mungkin "options" yang lebih baik untuk melakukan sesuatu. Dengan cara ini juga mungkin kita dapat membuang semua kekecewaan atau dosa yang kita sentiasa bawa bersama. Apabila kita tinggalkan semua ini perjalanan kehidupan kita akan menjadi lebih ringan.

Memupuk bakat yang kita ada

Setiap kita mempunyai bakat yang telah Allah swt kurniakan. Adalah tugas kita adalah untuk mencari apa bakat yang ada pada kita dan mengasahnya hingga bakat kita itu menyerlah jauh dari yang biasa.


Pak Su

Isnin, 14 Julai 2008

Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Pak Su
Gambar sekitar KBM SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak
12 & 13 Julai 2008

Antara abg2 fasi yg terlibat




Abg Aslam & Abg Pak Tam sedang buat demo


Abg Fad & Abg Afiq sedang beraksi dlm KMKY


Aksi adik2 sayang



Aksi adik2 kasih




Ku sayang teman2




Adik kasih semasa INTEAM



Antara aksi semasa mengisi Azamku



Antara aksi semasa mengisi Azamku

Ampunkan saya mak.....

Maafkan saya ayah.....

Gambar disunting oleh abg bob

Sabtu, 12 Julai 2008





Sayangnya aku pada kawan ku ini........



Pemandangan ini adalah satu yang biasa dalam program kbm. Mereka adalah anak-anak kasih dan sayang smk raja muda musa teluk intan, yang sekarang dalam slot inteam. Bagi anak-anak kasih dan sayang lain yang pernah mengikuti program ini, sudah pastilah masih segar gambaran ini dalam sanubari masing-masing.


Betapa kita masih lagi ingat, kita menyatakan rasa sayang kita kepada kawan-kawan kita, atau kita sudah lupa dengan apa yang pernah kita lalui.

Sebenarnya, sekarang ini pak su sedang memerhatikan anak-anak kasih dan sayang smk raja muda musa ini berpelukan sambil menyatakan rasa kasih dan sayang kepada kawan-kawan mereka dengan penuh rasa ikhlas dan keinsafan. Ini dibuktikan dengan linangan air mata yang menitis setitik demi setitik. Air mata keinsafan; selama ini berkawan tetapi tidak pernah membantu kawan mereka. Tidak pernah memberi teguran, malah mengajak mereka untuk berbuat maksiat. Apa lagi memberi bantuan tatkala kawan memerlukan bantuan. Kawan jenis apakah kita ini ...........

Pak Su

Jumaat, 11 Julai 2008

Jadual Penerbangan KBM Team Perak yang akan datang insyaallah...

G28 SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak.
12-13.07.08, 100 peserta, status: confirm

G29 Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak.
19-20.07.08 100 peserta, status confirm

G30 SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor, Perak.
26-27.07.08, 120 peserta status confirm

kalau rindu nak jumpa dengan Team KRJ boleh lah jumpa disana...insyallah


Pak Teh
penjaga kapal terbang

Khamis, 10 Julai 2008

Keindahan Bersama Mu Belia JIM Perak 2 2008


Sungkai: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Perak telah mengadakan program Keindahan Bersama Mu untuk warga belia di negeri Perak pada 5 dan 6 Julai 2008. Ini adalah program yang kedua yang telah diadakan untuk tahun ini. Seramai 70 orang peserta telah mengambil bahagian.

Program telah diadakan di Perlok Recreation Camp Center (PRCC), dikelilinggi oleh dusun buah buahan dan ditemani oleh Sungai Sungkai membuatkan suasana yang sungguh indah dan damai.
Alhamdulillah program berjalan dengan baik seperti yang diaturkan. Seramai 25 orang petugas dan pengendali telah berjaya menyempurnakan KBM kali ini. Seperti biasa Pak Lang jadi pengendali utama, tapi lepas ni Team Perak kena kendali sendiri....
Alhamdulillah seramai 8 orang peserta telah memohon menjadi ahli JIM sebagai salah satu usaha penerusan program KBM ini. JIM Perak sangat mengalu alukan ahli baru. KBM kali ini juga telah dibantu oleh 5 orang bekas peserta KBM yang lepas yang telah menjadi pembantu dan fasi.
Antara luahan rasa peserta:
1. Rasa bersyukur kerana dipilih Allah utk menghadiri program KBM kerana pada mulanya terasa berat.
2. Mahu menyebarkan program KBM kepada rakan rakan di pejabat.
3. Saya merasakan program Keindahan Bersama Mu sungguh bermakna dalam hidup saya dan memberikan peringatan agar lebih banyak mengingatka diri kepada Allah.
4. Program ini juga akan memberi kesan yang baik dan kekal didalam ingatan sepanjang hidup saya.
5. Sebelum program ni, perasaan saya jika silap macam pantun dibawah:
Pergi kekebun tanam kucai
Salah sikit kira cincai
Tapi lepas program ini menjadikan saya lebih bertanggungjawab.
sekian dulu
dr Pak Teh


Sekadar Peringatan Bagi Kita Semua



Pada hari Jumaat yang lepas, pak su telah bersama-sama dengan pelajar-pelajar SMK Tok Perdana dan berbicara mengenai pendidikan seks. Tujuan pertemuan ini ialah supaya pelajar-pelajar tidak terlibat dengan seks luar nikah. Seks luar nikah ini akan membawa banyak implikasi yang buruk kepada mereka yang terlibat, termasuklah jiwa yang tidak tenang, gangguan perasaan, pencapaian yang kurang baik dalam pelajaran, terjebak dalam jenayah-jenayah lain seperti buang bayi dan dijangkiti penyakit-penyakit berjangkit yang merbahaya dan tidak boleh diubati contohnya aids.


Tetapi bagaimna agaknya kita boleh menghindari dari terjebak dalam perkara ini. Kita boleh melepaskan diri kita dengan beberapa cara:
  1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu syahwat

  2. Penuhi kehidupan seharian kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Perkara-perkara yang boleh menimbulkan syahwat termasuklah melihat perempuan atau lelaki yang berpakaian tidak menutup aurat dengan betul. Walaupun kita boleh melihat perempuan yang mahram kita, tetapi ia hanya terhad bahagian kepala, leher, tapak tangan dan tapak kaki. Kita tidak sekali-kali boleh melihat kepada adik atau kakak kita bahagian lain yang telah disebutkan tadi. Selain dari itu juga kita tidak boleh melihat kepada mereka yang berpakaian ketat yang menggambarkan bentuk badan di sebalik pakaiannya, seperti jean ketat atau t-shirt yang ketat. Apatah lagi kalau perempuan itu yang bukan mahram dengan kita.

Bahan-bahan lucah samada dalam bentuk gambar atau video adalah penggalak kepada gejala seks ini. Jangan sekali-kali kita mendekatinya. Jika kita terlibat dengan perkara ini, naluri seks kita akan sentiasa terangsang yang akan menyebabkan saraf-saraf kita tegang dan tidak rehat. Ini sudah pasti akan mengganggu emosi kita sehingga kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang kita lakukan. Jika kita masih belajar, sudah pasti pencapaian dalam pelajaran akan merosot disebabkan oleh gangguan ini.

Untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh itu, penuhilah masa anak-anak kasih dan sayang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tumpukan dengan banyak mengulangkaji pelajaran yang sudah pasti akan mencerahkan kehidupan kita di masa hadapan. Banyakkan membaca Quran yang akan membersihkan jiwa kita. Banyakkan membaca buku yang berbentuk ilmiah yang boleh menjadi penunjuk jalan kepada kita.

Selain dari itu bergaullah dengan orang-orang yang baik-baik, kawan-kawan yang setia dan sayangkan kita, yang sentiasa memberi contoh yang baik dan teguran yang membina. Kawan yang tidak menuntun kita ke jalan maksiat.


Dan bila kita menyayangi seseorang hormatilah akannya, kerana perasaan kasih dan sayang itu datang dengan tanggungjawab. Kita bertanggungjawab ke atas kebahagiaannya. Didoakan semoga anak-anak kasih dan sayang berjaya serta selamat di dunia dan di akhirat sana.

Pak Su

Seminar Reproduksi & Seksual Remaja - SRSR 2008
Tarikh: 2 Ogos 2008
Masa: 8 pagi - 5 ptg
Tempat: Dewan Besar SMK Ahmad Boestaman, 32000 Sitiawan Perak

anjuran: JIM Negeri Perak
hubungi: Pn Parizah - 013 4154231, Pn Shima - 017 5523546
Pak Su Memang sangat-sangat menggalakkan anak-anak kasih dan sayang untuk menyertai seminar ini.

Rabu, 9 Julai 2008

Keindahan Bersama Mu
SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak
12 & 13 Julai 2008 (Sabtu & Ahad)
Jumpa kami di sana......
Aslmkm wrt wb.

Setuju dgn Pak Su .... Pengakuan beriman tak menjanjikan banyak hasil kalau kita tak bertindak mengikut sunnah (peraturan) Allah dan peraturan alam ini. Dalam ertikata lain, mengaku 'orang baik' tidak menjanjikan kejayaan secara automatik.

Lawa betul basikal Pak Su tu... Setuju juga dgn Pak Su pasal kena exercise. Ya lah, kita sekarang ni bergerak semuanya pakai injin, pakai tekan minyak je... tak banyak pergerakan; susah nak sihat! Pak Ngah ingat nak cari juga seekor 'kuda besi' ni untuk exercise.

Dalam Al-Qran disebutkan, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum (atau, seseorang) sehinggalah kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka." Disebutkan juga, "Sekiranya kamu berpaling dari berjuang (berjihad) dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan Aku gantikan kamu dengan kaum lain yang mahu berkerja keras..."

Ringkasnya, nakkan kejayaan kenalah kerja sunguuh2 secara 'consistent' dan sitematik pula. Bukan kerja sembrono, tapi harapkan kejayaan cemerlang. Apa lagi kalau tak berusaha!!! Jadi, dalam apapun bidang kita, kena ada perancangan, kena ada strategi, kena ada kerjasama, kena ada pengorbanan, dan kena ada wawasan yang jauh.

Yang pastinya bagi kita orang beriman, kena lah pulak pastikan gerakerja kita dilaksanakan dgn sempurna dan bertepatan dengan peraturan Allah supaya penat-lelah kita diberi ganjaran pahala ibadat!


Pak Ngah
019-575 0798

Selasa, 8 Julai 2008

Buat Apa Yang Perlu





Inilah basikal pak su. Pak su akan menunggangnya hampir setiap pagi mengelilingi taman perumahan di Seri Manjung. Inilah juga yang yang diperlukan untuk menjadikan kita rasa segar, aktif dan sihat, dengan izin Allah swt pastinya. Dalam kita menjaga kesihatan fizikal ada 3 perkara yang penting yang kita mesti lakukan. 1. Memakan makanan yang seimbang. 2. Rehat yang cukup. 3 Melakukan senaman.

Ramai orang yang inginkan badan yang sihat dan cergas tetapi malas untuk melakukan senaman. Kita beriman kepada Allah swt tetapi kita tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Nya. Allah telah menetapkan ada hukum tertentu bagi apa jua perkara dalam dunia ini, dan hukum ini tetap dari dahulu hinggalah ke hari kiamat nanti. Hukum ini merangkumi semua manusia di dunia ini samada yang beriman atau yang kufur kepadaNya. Untuk berjaya kita kena berusaha, untuk menjadi pandai kita kena rajin belajar, untuk mendapatkan hasil yang lumayan kita kena kuat berusaha dan seterusnya.

Tetapi, kalau kita lihat pada realitinya, kita akan dapati orang yang tidak beriman selalunya lebih percaya kepada hukum Allah swt ini. Lihat sahaja kawan-kawan kita dari gulungan orang-orang Cina, mereka berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan. Lihat sahaja mereka di sekolah kita, di IPT tempat kita belajar, di gedung-gendung perniagaan dan di perusahaan-perusahaan dan bandingkan dengan usaha kita.

Perhatikan contoh ini, Ah Chong menanam sayur dan Ahmad juga menanam sayur. Ah Chong pergi ke kebun pukul 7.00 pagi dan terus melakukan apa yang perlu untuk kebunnya dan balik ke rumah jam 6.30 petang. Ahmad pergi ke kebunnya pukul 10.00 pagi dan balik pada pukul 3.00 petang. Siapakah yang mematuhi hukum alam Allah swt., Ah Chong atau Ahmad? Dan siapa yang akan mendapat hasil yang lebih lumayan, anak-anak kasih dan sayang fikirkanlah sendiri.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang pelajar, jika kita ingin berjaya kita kena mengikut hukum alam yang Allah swt telah tetapkan. Walaupun kita mengaku beriman, jika kita tidak menurut hukum alam Allah swt ini kita tidak akan berjaya. Jika kita merasa kita berTuhan lakukanlah sesuatu mengikut hukum yang telah Tuhan tetapkan untuk kita, kita kenalah buat apa yang perlu kita buat............

Wallahu aalam

Pak Su

Renungan Di Waktu Pagi

Three things in life once gone never come back........
1. Words. 2. Opportunity. 3. Time.
Three things in life are never sure.
1. Dreams. 2. Success. 3. Fortune.
Three things in life that make you a great person.
1. Hard Work. 2. Sincerity. 3. Success.
Three things in life are most valuable..
1. Love. 2. Self respect. 3. Friends.
Three things in life must not be lost....
1. Peace 2. Hope 3. Honesty.
Three things in life that destroy a person...
1. Greed. 2. Pride. 3. Anger.
PakSu

Isnin, 7 Julai 2008

Anak Merupakan Anugerah Ilahi dan Amanah

Semalam pak su menghantar dua orang anak pak su; seorang ke usm nibong tebal dan seorang lagi ke kolej matrikulasi perak. Pak su ke usm nibong tebal dahulu. Selepas selesai urusan di sana baru lah pak su hantar yang seorang lagi ke kolej matrikulasi perak.




Semasa bersalaman pak su pelok anak pak su yang nombor 3 ini seperti selalu, tiba-tiba anak pak su ni menangis. Pak su jadi terkejut, kerana selalunya dia ceria. Setelah bercerita berbagai cerita dia kembali seperti biasa dan pak su pun bertolak balik.




Dalam perjalanan pak su sempat bertanyakan isteri pak su. Rupanya, pada malam sebelumnya dia ada meluahkan rasa tidak selamat bila keluar dari rumah. Hairan juga ye. Anak pak su seorang yang rajin dan pandai. Dalam peperiksaan spm yang lalu dia mendapat A dalam semua mata pelajaran. Tahap keyakinannya juga tinggi. Ini dapat pak su perhatikan bila dia memandu. Tapi mengapa dia rasa tidak selamat bila berada di luar lingkungan rumah.




Setelah pak su berfikir sejenak, pak su teringat akan gambar yang pernah diposkan kepada pak su. Patut juga dia merasa tidak selamat. Cuba anak-anak kasih dan sayang perhatikan dan renungkan sejenak akan gambar ini. Adakah anak-anak kasih dan sayang akan merasa selamat dari perbuatan yang seperti ini. Adakah anak-anak kasih dan sayang boleh pasti terhindar dari melakukan perbuatan yang seperti ini dengan godaan dan ujian yang berada di sekeliling kita.




Anak-anak kasih dan sayang, kita memerlukan daya tahan yang kuat untuk menghindarinya sebenarnya. Yang paling utama ialah kita tidak memulakan langkah pertama ke arah itu. Apakah dia langkah pertama itu? Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Jika kita dapat membataskan pergaulan ini, insya Allah kita akan terselamat dari perbuatan yang seperti ini. Wassalam.




PakSu

Rabu, 2 Julai 2008

Keindahan Bersama Mu
Belia Negeri Perak 02
Tarikh : 5 & 6 Julai 2008 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Perlok Recreation Camp Centre (PRCC), Sungkai, Perak
Jumpa kami di sana........

Selasa, 1 Julai 2008

Bersyukur Dengan Ni'mat Allah Ta'ala

Marilah kita mensyukuri ni'mat Allah swt kepada kita.


Anak-anak kasih dan sayang masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Masih lagi mempunyai tempat berlindung dari panas dan hujan yang selesa. Tempat belajar juga amat selesa. Marilah mensyukuri ni'mat ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Cubalah bayangkan ramai diantara kawan-kawan kita yang nasib mereka tidak sebaik kita.

Cuba perhatikan betul-betul gambar yang pak su sertakan ini..... Cuba kita bayangkan jika kita yang menjadi penghuni khemah ini, bukan untuk beberapa hari tapi untuk jangkamasa yang lama. Mungkin sepanjang hayat kita. Adakah kita dapat rasakan betapa panasnya di waktu siang jika dibandingkan dengan tempat di mana kita duduk, mungkin ada diantara kita yang rumahnya berhawa dingin. Bila malam pula sudah tentu sungguh sejuk.


Jadi bagi anak-anak kasih dan sayang yang ada tempat tinggal yang selesa gunakanlah sepenuhnya, dan belajarlah bersungguh-sungguh sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. Sedarlah wahai anak-anak kasih dan sayang, ni'mat ini mungkin tidak kekal, Allah swt boleh tarik bila-bila masa sahaja. Teruslah berusaha demi masa depan yang gemilang dan jangan lupa ramai lagi insan yang memerlukan kita. Wassalam.


Pak Su
Photobucket