Rabu, 10 Oktober 2007

Salam Aidil Fitri 1428H kami ucapkan kepada adik2 kasih & sayang.
Mohon ampun & maaf dari hujung rambut sampai hujung janggut. hehehe.
Maaf Zahir & Batin dari krew KRJ Perak......

Selasa, 2 Oktober 2007

MUHASABAH DIRI...

Dahulu sebelum kedatangannya, kita sering berdoa kepada Allah dengan penuh harapan, “Allahumma balligna Ramadhan”. Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan. Satu doa yang di ajarkan Nabi kepada para sahabat, tanda ketulusan hati seorang mu’min, menanti dan menunggu saat-saat manis untuk bertemu dengan Ramadhan yang penuh dengan janji-janji rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.

"Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafaat untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

"Segala amal kebaikan manusia adalah untuknya; satu kebaikan akan dibalas sepuluh hingga 700 kali lipat. Allah SWT berfirman: "Kecuali puasa, kerana ia adalah milikKu dan Aku pula yang akan membalasnya, ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya kerana Aku." Ada dua kebahagiaan yang diperuntukkan bagi orang yang berpuasa; kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan TuhanNya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum bagi Allah daripada aroma minyak misik.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Ramadhan adalah bulan perasaan dan rohani serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Ramadhan adalah bulan tarbiyah yang amat bermakna kepada para daie kerana pada saat-saat Ramadhan mereka sentiasa berdampingan dengan Al-Quran dan bermunajat di malam hari merintih atas dosa dan maksiat yang di lakukan. Ramadhan yang sarat dengan kelebihannya, menyentuh hati mereka yang beriman untuk menolak dirinya ke medan memburu cinta dan kasih sayang Allah yang tidak pernah putus.

Sedar tidak sedar, Ramadhan semakin melewati kita dalam beberapa jarak masa lagi. Habis selang masa ini, mungkin atau tidak, wallaua’lam, kita terpaksa menanti 300 hari lagi untuk bertemu dengannya kembali dan mengulangi janji yang sama. Bagaimana iman kita sekarang, masihkan ada baki perasaan cintakan tangisan menghadap Allah, atau kita semakin larut dengan suasana dunia semasa, suasana dunia yang sering menghimpit kita.
Adakah jauh di lubuk hati, kita merasakan Ramadhan semakin ingin meninggalkan kita, atau semuanya sama sahaja? Rahmat agung yang melebihi 1000 malam, adakah masih berbekas di dalam hati kita.
Lailatul Qadar terletak pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah r.a yang berkata :

“Sesungguhnya Rasulullah apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan : “ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan” (HR Bukhari dan Muslim).

“ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki” (HR Bukhari dan Muslim).

Saat-saat akhir itu semakin menghampiri kita dan ia amat dekat sekarang. Majulah untuk memburu keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada lagi yang lebih berharga dan bernilai melainkan rahmat dan maghfirah Allah kepada kita sepanjang hayat ini.
Bagaimana pula dengan usaha dakwah kita menegakkan risalah Allah ini. Ramadhan semakin lewat pergi, saat di mana kebanyakan manusia cuba untuk menjadi abdi kepada Allah, tidakkah kita menggunakan peluang ini dengan sebaiknya?
Sebelum Ramadhan kali ini pergi, lihatlah sejauh manakah perkembangan dan peningkatan tarbiyah Ramadhan kali ini terhadap akhlak kita?

Salam Ramadhan - Abg Bob

Isnin, 1 Oktober 2007

Kami krew KRJ Perak mengucapkan & mendoakan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua adik - adik kasih dan sayang. Semoga Allah permudahkan urusan PMR adik - adik. Salam kecemerlangan daripada krew KRJ Perak.

Khamis, 20 September 2007

Follow up & 3R (Remaja Rai Ramadhan)
Insya Allah, Krew KRJ Team Perak akan mengadakan program follow up & 3R serentak. Bile????
Tarikh : 22 September 2007
Tempat : SMK Tok Perdana, Sitiawan
Masa : 2.00 pm - 10.00 pm
Jumpe kami di sanaaaaa.........

Rabu, 12 September 2007


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK


7 Perkara Bagi Menjaga Kesempurnaan Puasa


1. Menundukkan pandangan dan menahan diri dari memandang perkara yang dicela dan dibenci.Setiap masa menyibukkan diri untuk mengingat Allah SWT.
2. Menjaga lisan dari berbual kosong, berkata kasar, pertengkaran, perdebatan dan sebaliknya menyibukkan dengan zikrullah dan membaca Al-Qur’an.
3. Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci (makruh) kerana setiap perkara yang diharamkan perkataannya maka diharamkan pula mendengarnya.
4. Menahan berbagai anggota badan lainnya dari berbagai dosa seperti tangan, kaki dari perkara yang dibenci, menahan perut dari memakan makanan yang subhat (meragukan) pada ketika berbuka.
5. Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka. Bagaimana puasa boleh menundukkan musuhnya (syaitan) dan mengalahkan syahwatnya jika orang yang berpuasa tetapi ketika berbuka ia memakan berbagai makanan sebagai ganti makanan yang tidak boleh dimakan pada waktu siang?.
6. Mengurangkan tidur. Ramai orang yang terpengaruh dengan hadis dhaif (lemah)
“bahawa tidurnya orang berpuasa adalah ibadah”, padahal telah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW, “apabila bulan Ramadhan tiba, beliau melipat alas tidurnya (mengurangkan tidur), mengetatkan sarungnya (bersungguh-sungguh dalam ibadah), serta mengajak keluarganya berbuat seperti itu pula” (Bukhari-Muslim)
7. Cemas dan harap. Hendaklah hatinya dalam keadaan “tergantung” antara cemas dan harap kerana tidak tahu apakah puasanya diterima dan termasuk golongan yang Muqarrobin atau ditolak sehingga termasuk orang yang dimurkai oleh Allah SWT. Hendaklah hatinya selalu dalam keadaan demikian setiap selesai melakukan kebaikan.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1428H daripada KRJ Team Perak

Isnin, 10 September 2007

Alhamdulillah, 8 & 9 September lalu telah berlangsung KEINDAHAN BERSAMAMU SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan. Ini merupakan program terakhir sebelum menyambut Ramadhan Al Mubarak. Macam biasa, Jumaat malam taklimat fasi selepas menghadiri kenduri di SMK Seri Setia, Teluk Intan (tumbang lembu lagi).......



Sabtu 8 Sept
Majlis penyerahan oleh pihak sekolah lebih kurang jam 8.30 pagi. So, lepas majlis penyerahan pelajar, pesawat KRJ pun berlepas untuk selama 29 jam. Lebih kurang 20 orang krew pesawat telah terlibat. Penumpang pesawat dianggarkan kurang lebih 130 orang.


Knowing Me Knowing You
Macam biasa, abg bob mulakan dengan perkenalan para krew pesawat. Pak Long siap ada pantun baru lagi....hehehe. Pak Teh pun berpantun jugak tapi dua kerat je....3S pun ambik tempat lps perkenalan fasi. Abg bob mulakan merepeknya sebab kalau abg bob dah dpt mic, memang lupe diri sekejap. hahaha. Lepas tu, kak izzah dgn kak iman take over lak sebab abg bob dah lupe diri sampai tak mau berenti merepek. Kak izzah & kak iman pun beraksi utk slot army yell. Ape lagi, mcm2 gelagat dapat tengok drpd adik2 ni. Akhir slot army yell, semua fasi buat persembahan istimewa utk adik2 SMK SAA. Kami ber"happy" chicky kat atas pentas. Ape lagi riuh rendah jadinye bile adik2 tengok pak ngah & pak teh ber happy chicky. kehkehkeh.


InTeam
Dimulakan dengan aksi Demi Matahari oleh semua fasi. Lepas tu Pak Ngah pun mula beraksi. Ape lagi pak ngah pun tak bagi peluang kat adik2 ni. Banjir jgn kire la ape tah lagi hujan lebat.....Akhir Inteam, lagi sekali kami ber happy chicky & demi matahari.



Meniti Angin Malam
Pak Ngah dengan aksi luar biasa nya meneruskan aksinya malam tu. MAM1 & MAM2 buat kat dalam dewan. Kat luar hujan renyai2 tu pasal buat kat dlm dewan. Masa simulasi mayat kali ni ada kelainan. Kalau nak tau tunggu KBM akan datang sama ada lepas raya atau pun tahun depan huhuhuhu. MAM2, Ummi ambil alih tempat kak shima sebab ummi kata dah seminggu berlatih so nak tak nak kak shima terpaksa serah pada ummi. Meraung2 adik2 ni bile dengar suara ummi. Fuh....baru tau penangan ummi, tak sia2 berlatih seminggu. Hahaha jgn marah ye ummi. Lps ummi selesai, abg bob berduet plk dgn abg yus. Boleh tahan jugak abg yus beraksi sebab selalunye abg bob berduet dgn abg emy tapi abg emy tak dpt join atas sebab tertentu.



Ahad 9 Sept
Macam biasa, pak ngah beraksi untuk ibu bapa, abg bob & abg bai beraksi untuk pelajar. Yang tak bestnye, semua teka teki yg abg bob & abg bai bagi semua dapat jawab sampaikan dah kehabisan idea cari teka teki.
Bile dah kehabisan teka teki, pak teh ambik alih untuk set mood adik2 ni sebelum pertemuan dengan ibu bapa. Alhamdulillah pesawat KRJ selamat mendarat pada jam 2.15 ptg.

JazakallahKhairanKathira kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Selamat Berpuasa 1428 Hijrah......

Salam sayang & kasih drpd abg bob.....

Khamis, 6 September 2007

Insya Allah, pesawat KRJ Perak akan membuat penerbangan di SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak. Masa penerbangan ialah :
Tarikh : 8 & 9 Sept 2007 (Sabtu & Ahad)
Tempat: SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak
Jumpa krew pesawat KRJ Perak di SMK SAA,
Teluk Intan.
Photobucket