Khamis, 12 April 2007

Pengenalan Keindahan Bersama Mu



PENGENALAN

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

Ibubapa merupakan golongan yang paling hampir dengan anak-anak dan yang paling meletakkan matlamat yang tinggi kepada anak-anak. Mereka sanggup mengorbankan apa jua demi kepentingan anak-anak. Ibubapa sangat mengasihi anak-anak mereka dan kasih sayang ini dicurahkan melalui pengorbanan yang tidak terhingga.

Harapan ibubapa dan harapan anak-anak ini semestinya dikongsi bersama. Kemudiannya, mereka saling memahami dan membantu ke arah mencapai harapan kedua-dua pihak. Sikap kasih sayang oleh ibubapa kepada anak-anak dan sikap hormati ibubapa oleh anak-anak akan menghasilkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia bermula daripada keluarga yang mentaati perintah Allah, ibubapa yang saling sayang menyayangi dan anak-anak yang mengasihi keluarga. Oleh itu dalam rangka melahirkan rumah ku syurga ku, satu program bimbingan yang berterusan adalah dicadangkan.


OBJEKTIF

  1. Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.
  2. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah.
  3. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
  4. Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
  5. Membimbing pelajar dalam mengaplikasi teknik – teknik mencapai kecemerlangan.
  6. Berkongsi harapan di antara ibubapa dan anak.

PAKEJ PROGRAM

Pakej program adalah termasuk:

  1. Keindahan Bersama Mu (Program Utama): 2 hari 1 malam
  2. KBM Kembali (Follow-up 1): 0800 pagi - 0100 tgh
  3. KBM Pit Stop (Follow-up 2): 0800 pagi - 12.30 tgh

Tiada ulasan:

Photobucket