Sabtu (18/8/07)
KNOWING ME KNOWING YOU
Pelajar tiba di perkarangan lapangan terbang PKP lebih kurang jam 8.15 dan para pelajar mula menaiki pesawat KRJ jam 9.00 pagi di mana semua krew pesawat telah menanti ketibaan pelajar ini sejak Jumaat lagi. Para pelajar di kenalkan dengan semua krew – krew pesawat KRJ. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 29 jam jika cuaca baik. Selepas berkenalan dengan semua krew dan mengetahui peraturan penerbangan, abg bob (ketua pramugara) mulakan aksinya dengan beberapa game dan seterusnya 3S dan diakhiri dengan nyanyi ramai Satu Tekad. Adik2 SMK SMS semuanya sporting belaka dan memberi kerjasama yang baik sepanjang penerbangan. Setelah abg bob penat merepek……hehehe, abg mamat teruskan dengan salam mesra II yang mana adik2 kene buat aksi ARMY YELL. Fuh…ape lagi, macam2 aksi dapat kita tengok dari adik2. Pagi tu kami akhiri dengan menyanyikan lagu Demi Matahari dengan aksinya yang tersendiri dan Chicky Dance…..memang best chicky dance ni…lagi best dari PocoPoco…..hahaha.
INTEAM
Lepas zohor Pak Ngah dengan Pak Cu Teh (pakcik Shukri) pulak ambik posisi untuk beraksi. Sesi pagi abg2 & kakak2 yang mude2 beraksi, kali ni pakcik2 & makcik2 yang agak berumur pulak beraksi…hihihi (jgn mrh ye pak2 & mak2). Pak Ngah mule kan aksinya dengan beberapa tayangan video. Lepas tu dah mcm naik syeikh Pak Ngah beraksi….hahaha. Bergabung pulak dengan Pak Cu Teh petang tu memang syahdu sekali. Hujan air mata pun mula turun. Hampir2 saje paras sungai perak kat sebelah PKP naik mendadak. Jabatan kajicuaca pun tak sangka keadaan ini akan berlaku di Lambor. Tapi Pak Ngah & Pak Cu Teh berjaya menenangkan keadaan dan paras air sungai pun surut pelan2. Mabruk Pak Ngah & Pak Cu Teh……….Lepas asar adik2 beriadah bersama dengan krew penerbangan yang di ketuai oleh abg mamat……
MENITI ANGIN MALAM I
Kali ni meniti angin malam I di buat lepas maghrib berbanding sebelumnya sebab pak lang akan ke MRSM Pasir Salak pastu pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan