Khamis, 24 Januari 2008




Keindahan Bersama Mu SM Teknik Jasin, Melaka


Barisan pengendali & fasilitator
Alhamdulillah, pada 19 & 20 Jan yang lalu, telah berlangsung KBM di bumi Melaka sekali lagi. Ini merupakan kali ke 5 di Melaka. Dihadiri seramai 323 orang peserta dan 6 orang pengendali termasuk Abg Bob dari Perak. Dari Johor : Pak Long, Pak Imam, Kak Muss & Kak Anie. Dari Gombak : Hafiz Bai. Fasilitator terdiri daripada pelajar2 Matrikulasi Tangkak & alumni KBM SM Teknik Bukit Piatu, Melaka.

KMKY

Seperti biasa program bermula seawal jam 8 pagi Sabtu dengan KMKY mengambil tempat dan Abg Bob telah diamanahkan untuk mengendalikannya dan ditutup dengan Happy Chicky. Selepas solat Zohor 4 rakaat, INTEAM menyusul dengan Hafiz Bai (baru try) mengemudi barisan hadapan dibantu oleh Pak Long. Memandangkan slot tersebut habis lewat, riadah ditiadakan dan memberi rehat secukupnya kepada peserta.

Slot INTEAM


Demi Matahari membuka tirai sebelum MAM menyusul dengan Pak Long sebagai pengemudi sehingga selesai. MAM2 pula menemukan Kak Ida berganding bahu dengan Hafiz Bai dan Abg Bob diamanahkan sebagai provokasi & koordinator kepada malaikat & tukang pukul. Alhamdulillah program malam tersebut berjalan lancar walaupun ada juga perkara2 yang tak ingini berlaku tapi fasi yang berpengalaman seperti Dr Mai & Ummi telah berjaya mengatasinya.

Ibu Bapa yang hadir


Pada hari Ahad pula, Pak Long menerajui program bersama ibu bapa & Abg Bob dikerah untuk mengemudi pelajar dalam slot Kini & Hijrah serta Ku Kasih Ibu Ayah. Alhamdulillah kehadiran ibu bapa yang melimpah ruah sehingga penuh dewan besar sekolah tersebut memberi seribu kepuasan kepada kami. Program tamat jam 2.00 petang dan berangkat pulang ke Perak selepas makan tengah hari & solat Zohor.


Abg Bob

Perak

Tiada ulasan:

Photobucket