Isnin, 23 Februari 2009

KBM SMK Tarcisian Convent Ipoh

Assalamualaikum wrwb.

1) Alhamdulillah, KBM SMK Tarcisian Convent Ipoh selamat mendarat di Ladang Infoternak JPH di Sg Siput, Perak l-kurang 1-30 tengahari semalam. Jzkk kepada bantuan dan sokongan tenaga dari ikhwah & akhawat Ipoh, KK dan Hilir Perak. Dari Team No. 1, hanya ana dan Bob yang dipinjamkan:

Dari JIM Ipoh: Ayah Chik Azim - PIC Team KBM Remaja Perak 2, Abang Bob, Kak Iman, Makcik Nod Azizah - trainee 'Mak Lang', Kak Sya dan Kak Syikin sbg pengendali PC dan PA, Mak Long Rahayu (pengurus Bank Rakyat lepasan ESQ 165 - pembaca skrip MAM2, Kak Maj, Makcik Faizah dan Makcik G sebagai fasi (kehadiran makcik2 'veteran' tentu sekali dah inject semangat kpd fasi2 muda serta para peserta KBM. Terima kasih daun keladi, Next KBM datang le lagi); Pakcik Ainol (bl tahu apa nama gelarannya) begitu cekap dan efisyen menghasilkan sendirian video 1st class sementara sedia nak jadi 'Pak Lang' pulak.

Dari JIM Kuala Kangsar: (Pakcik ZainuDi, Ustaz Ansori, Pakcik Sam (baca Pakcik Semm; apa kabo Pakcik Semm, dah kebah demam ke?), Abang Mat dan Ayahanda Adlan). Banyak membantu logistik dan pengurusan.

KBM TCS di Infoternak ini juga dapat bantuan khas dari Hilir Perak (lepasan KBM SMK Seri Setia), Ijat (sbg mayat) dan Zain (sbg pembaca skrip MAM2). Akh YDPN Yahanis hadir bersama semasa MAM1.

Sementara mendapat tenaga-tenaga yang kurang sibuk dari kalangan belia dan aktivis JIM yang muda-muda, ana mohon juga 'Pak Lang' Akh Aziz Wok, Akh Jalil dan Akh Yahanis untuk turun padang sesi 'live' training. Kalau turun 3 ikhwah ni, Ipoh sahaja mungkin boleh buat 2 team KBM Remaja, insya Allah. Yang dah sedia tunggu: SMK Raja Perempuan dan SMK Pusing; SMK Chemor dan sebuah SK dari Jelapang pun dalam 'waiting list'. Akan mengaturkan untuk ikhwah-akhawat Taiping terlibat dalam KBM SMK Pusing, SMK Raja Perempuan atau SMK Chemor.

Makcik Nod akan mula digerakkan jadi Mak Lang di SMK Pusing, mungkin mula di MAM1 secara berduet dgn Pak Ngah/Pak Teh. Pakcik Ainol dan Azim boleh try Akrab Persahabatan, insya Allah. Akh Yahanis pulak boleh mulakan di sesi Menyemai Kasih, Menuai Sayang bersama ibu bapa.

2) Ini merupakan KBM Remaja percubaan dalam menggerakkan Team KBM Perak Ke-2 dan Ke-3 dari Ipoh dan Kuala Kangsar. Dengan komitmen yang ditunjukkan sepanjang KBM itu, ana yakin dua team ini sudah bersedia untuk bergerak dengan sedikit bantuan dari Team 1 dari Manjung.

3) Secara ringkasnya, berikut ini maklumat program:

Program:
KBM Remaja SMK Tarcisian Convent, Manjoi, Ipoh
Tarikh Program: 21-22 Februari 2009
Peserta: 91 orang pelajar T5 (semuanya perempuan)
Kehadiran Ibubapa: 70-80 orang (drpd l/kurang 40 keluarga)
Kehadiran Guru: 20 orang, secara bergilir di sepanjang program
Tempat Program: Dewan Ceramah & Surau, Ladang Infoternak JPH, Sg Siput, Perak.

Kehadiran Fasilitator:
Ikhwah: Manjung 1 + Ipoh 3 + KK 5 + Hilir Perak 2 = 11 orang
Akhawat: Ipoh 8 + KK 1 = 9 orang
Jumlah: 20 orang

Pengendali Slot:
KMKY: Abang Bob dan Kak Iman (Doa: Pakcik Ainol)
Akrab Persahabatan: Pak Ngah
MAM1: Pak Ngah
MAM2: Abang Bob + Kak Sya + Mak Lang + Zain + Ust Ansori + P Ngah, dll
Kuliah Subuh: Makcik Nod
Kini dan Hijrah: Abang Bob + Makcik Nod
Menyemai Kasih Menuai Sayang: Pak Ngah


Catatan:

A) YDP PIBG SMK Tarcisian Convent ini adalah Pegawai Latihan bagi Ibupejabat PERKESO di KL. Beliau menyatakan hasrat untuk aturkan program KBM REmaja ini untuk anak-anak staff PERKESO seluruh negara. Ana dan dia dah saling bertukar no. HP, tapi rasanya KBM Excellence patut take over. Bai... barangkali ada special module sebab mereka kemungkinan besar tak kenal antara satu sama lain.

B) Hujung minggu ini KBM di SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan, pulak. Akan gerakkan Team KBM Ke-4 pulak dari JIM Teluk Intan + JIM Sabak Bernam, insya Allah. Mohon Ust Alias, Akh Roslain, Akh Zamhuri bersedia dgn tenaga2 yang diperlukan.

itu saja takat ni, insyaAllah. Wassalamualaikum wrwb.


Pak Ngah KBM Perak
... Kelakar juga bila ada pelajar panggil Ayah Chik dgn panggilan Abang Azim. Muda balik pakcik kita ni...!!!

1 ulasan:

thedeer berkata...

assalamualaikum.
saya dari TCS
krj ada tak any pics from the kem
esp waktu akitviti akrab pershabatan tuh

klaw ader leyh ta send dkt amail saya.
btw, saya nabilah izni. mgkin korang tak kenal. heee.
tp harap ingat lagi

saya pun nk ucap t.kaseh dkt korang
sbb aktiviti neyh da bagi peluang dekat saya utk mintak maaf dekat 'used to be my bestfriend'. dah 2 tahun ktorg tak rapat. sebabnya kami sendiri pon tak pasti. but then, masing2 ego nk confront with one another. den, kitorg bazirkn friendship kitaorg yang 3 years for something none of us sure of.

tapi waktu akrab persahabatn tuh kawan sy datang ke depan. mention nama saya. and sumea yang terbuku dah kitorg keluarkan. terima kasih sgt kat korang.

saya bukan nk show off or ape2 dgn cakap benda neyh. cuma saya rasa beruntung sangat dapat serati kem neyh. eventhough, at first i felt relucntant. sbb kem neyh nages2. heee. tp seriusly, alhamdullilah banyak manfaat yang saya dapat. mama saya pon da nmpk perubahan. sebelum kem tuh solat saya tak pernah terjaga, aurat lagilah. hmmmm, macam islam hanya pada nama. tapi lepas kem tuh alhamdullilah, saya mencuba sebaik mungkin jaga benda2 basic dan wajib macm tuh semua.

Photobucket