Isnin, 6 Julai 2009

KBM SMK Raja Perempuan Kelsom

Program KBM
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom,
Kuala Kangsar, Perak.
Tempat: program dijalankan di dewan besar dan surau sekolah
Tarikh: 4 dan 5 Julai 2009
pemandangan jambatan merentasi Sungai Perak indah dari sekolah

Bilangan peserta perempuan: 74 orang pelajar yang tinggal di asrama,
peserta lelaki tiada (sekolah perempuan la), tingakatan 1 hingga 6 atas.
Bilangan ibubapa yang hadir: 30 orang ibu bapa
Bilangan fasi dan pengendali yang terlibat:
Team Kuale: kakak, mak dan opah
Team KBM: satu Perak mari...

Maklumbalas untuk dikongsikan:
Peserta:
”Terima kasih kepada KRJ mengadakan program KBM disekolah, yang telah
menyedarkan saya erti kasih sayang dengan ibubapa.”

Ibubapa
”Kita sedang sebenarnya menangisi satu kehilangan dalam dunia pendidikan
sekarang yang hanya berasakan peperiksaan... anak-anak kita kehilangan
pendidikan emosi dan rohani...saya sokong penuh program KRJ ni walaupun saya
bukan ahli JIM” (bapa peserta)

”Saya datang dari jauh... dari Taiping semata untuk bersama anak dalam
progarm ini. Saya tahu bila sekolah panggil ibubapa hadir kesekolah mesti
ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada ibubapa” (ibu peserta)

Sekolah / Guru / Penganjur
”Terima kasih pada pihak KRJ kerana telah mengadakan program KBM...
insyaallah sekolah akan mengadakan program susulan...”

Mohon doa dari semua untuk penerusan program disana. Insyaallah kami akan datang lagi ke Kuale...SMK Clifford pada 8 & 9 Ogos 2009-07-06
sempat solat magrib di masjid Ubudiah, Bukit Candan yang menjadi sejarah negeri Perak
bersama Pak Tam... kembar Pak Teh... dan sempat makan cendol dan beli laksa
di gerai akhi Halim sebelum pulang
Salam dari
Pak Teh
06.07.2009
Manjung

2 ulasan:

Zawani Kun berkata...

terima kasih kerana dtg kes sekolah saya...~zawani~..

Unknown berkata...

sama-sama wani, kalau sekolah wani jemput lagi insyaAllah pihak krj tak akan keberatan untuk memenuhinya lagi. Belajar rajin-rajin dan jangan takut korbankan masa dan tenaga untuk belajar. Kami sayang anda semua - paksu

Photobucket