Ahad, 2 Ogos 2009

Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." –PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Pak Su

Rabu, 29 Julai 2009

Jagalah Kesihatan Anda


Assalamu alaikum,

Kepada anak-anak kasih dan sayang yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM, jagalah kesihatan anda semua. Dalam masa negara kita dilanda ujian dengan penyakit ini jangan lupa semuanya datang dari Allah swt sebagai peringatan. Rugilah kita jika Allah dah beri peringatan tapi kita tidak ambil peduli.

Disamping itu elakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang sesak kecuali jika terpaksa. Penjagaan kesihatan pada waktu ini sangat penting kerana anda semua perlukan badan yang sihat untuk study bagi menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Pak Su doakan semuanya sihat dan berjaya dalam peperiksaan nanti.


Selasa, 28 Julai 2009

Fakulti Perubatan UPM


Ini adalah bangunan Fakulti Perubatan, Universtiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang. Pelajar-pelajar di sini ditempatkan di Kolej 17 yang terletak berhampiran dengan bangunan ini. Kampus ini terpisah jauh dari kampus induk dan jaraknya lebih kurang 5 atau 6 kilometer. Selain dari pelajar perubatan, pelajar-pelajar sains kesihatan contohnya, kejururawatan, sains pemakanan, dietatik, farmasi dan perubatan veterinar juga ditempatkan di sini.



Kampus ini kampus baru dan sungguh cantik. Begitu juga dengan kolej tempat tinggal. Setahu paksu, merupkan kolej kediaman yang paling cantik yang pernah paksu lawati, lebih cantik dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia.



Bagi yang ingin menjadi doktor, paksu sarankan buatlah di sini kerana tempatnya sungguh cantik dan selesa. Hospital Serdang di mana pelajar membuat latihan amali hanya bersebelahan dengan fakulti ini.

Paksu

Isnin, 20 Julai 2009

KBM SMK Sg Manik

Selama 2 hari krew-krew krj berkampung di SMK Sg Manik buat kali kedua tahun ini. Sekolah yang sungguh cantik ini terletak di tengah-tengah sawah. Tetapi pada ketika ini pemandangan kurang menarik kerana musim menuai baru sahaja berlalu. Pemandangan sungguh cantik "just before" menuai, dimana kita akan dapat melihat seolah-olah permaidani kuning yang terbentang luas.

Dalam tempoh 2 hari ini krew krj telah banyak mendapat pengalaman baru dan hanya mereka yang mengalami sahaja yang dapat merasai kenikmatannya. Terima kasih kepada semua guru yang membantu dan juga alumni kbm SMK Sg Manik. Semoga Allah swt mencatatkannya sebagai amal soleh bagi anda semua.


Pengendali dan fasilitator memperkenalkan diri


Wajah-wajah anak kasih


Wajah-wajah anak sayang


KBM BELIA PERAK 1/2009

Alhamdulillah KBM Belia Perak 1/2009 selesai sudah tengahari tadi.
OK juga tapi banyak perkara perlu diperbaiki lagi menjelang KBMB 2/2009 pada hujung tahun ni.
JZKK kepada semua ikhwah-akhawat dari Ipoh, Manjung dan Kuala (KK) yang hadir menjayakan KBMB kali ni, termasuk YDPN yang hadir sepenuh masa dan terlibat langsung sebagai pengendali. JZKK juga kepada semua yang telah mendoakan kami dari jauh.
Nama program: KBM Belia Perak 1/2009
Tarikh: 18-19 Julai 09
Tempat: Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Segari
jalan-jalan cari hidayah...
tak pernah lagi solat tepi pantai camne... tapi alhamdulillah banyak hikmahnya
menadah tangan di tepi pantai... ya Allah terima lah doa hamba Mu
bakal peserta akan datang
mencari Teman Sejati...
Tautan kasih...
Gambar kenangan peserta selesai program
Bil peserta: 67 orang Bil mendaftar ahli JIM: 16 orang
Kutipan Palestin: RM168.40
tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan

Isnin, 13 Julai 2009

Team Perak ke luar negeri...SMJK Yoke Kuan

Keindahan Bersama Mu
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekincan, Selangor

Tarikh: 11 dan 12 Julai 2009
Tempat: program dijalankan di De Rimbun Inn, Parit Lapan, Sungai Leman, Selangor

Bilangan peserta : 39 orang pelajar, 20 perempuan 19 peserta, tingakatan 1, 2 dan 4.
Bilangan peserta bukan Islam: tiada
Bilangan ibubapa yang hadir: 4 orang ibu 7 orang bapa

Team fasi Sabak Bernam: 5 lelaki + 5 perempuan

Team KBM: Pak Teh, Kak Shima, Abg Bob, Pak Din, Pak Tam, Abg Fad, Ammar, Hamri


Maklumbalas untuk dikongsikan:
Peserta: ”Saya banyak buat dosa pada ibubapa saya, saya mohon maaf pada ibu yang hadir pada hari ini. Terima kasih kepada KRJ mengadakan program KBM disekolah, yang telah menyedarkan saya erti kasih sayang dengan ibubapa. ”


Ibubapa: Tiada wakil ibubapa yang nak berkongsi



Sekolah / Guru : ”Sebelum ini sekolah ada buat program motivasi seperti menjawab peperiksaan... tapi yang macam ini tak pernah lagi, anak2 menangisi kesilapan yang telah dilakukan...Terima kasih pada pihak KRJ kerana telah mengadakan program KBM... ”

Alumuni KBM SMK Seri Bedena, Sungai Besar baru 2 minggu lepas berKBM dengan Team KL menjadi fasi kali ini. 5 lelaki 5 perempuan... Jzklah Ukt Hasnah dari JIM sabak Bernam. Doakan mereka istiqomah dan ada penerusan usrah



Ust Tobrani (yang pegang gambar) mewakili JIM Daerah Sabak memberi ucapan semasa sessi penutup dan memnyampaikan tandahati (Brosur KRJ yang telah dibingkaikan) dari team KRJ kepada PK HEM En Saaid Bin Majid. Menandakan Team KRJ Telah mengadakan program di sekolah itu.


wasalam

dari Pak Teh

semua fasi dapat cenderamata topi dari De Rimbun Inn...


Isnin, 6 Julai 2009

KBM SMK Raja Perempuan Kelsom

Program KBM
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom,
Kuala Kangsar, Perak.
Tempat: program dijalankan di dewan besar dan surau sekolah
Tarikh: 4 dan 5 Julai 2009
pemandangan jambatan merentasi Sungai Perak indah dari sekolah

Bilangan peserta perempuan: 74 orang pelajar yang tinggal di asrama,
peserta lelaki tiada (sekolah perempuan la), tingakatan 1 hingga 6 atas.
Bilangan ibubapa yang hadir: 30 orang ibu bapa
Bilangan fasi dan pengendali yang terlibat:
Team Kuale: kakak, mak dan opah
Team KBM: satu Perak mari...

Maklumbalas untuk dikongsikan:
Peserta:
”Terima kasih kepada KRJ mengadakan program KBM disekolah, yang telah
menyedarkan saya erti kasih sayang dengan ibubapa.”

Ibubapa
”Kita sedang sebenarnya menangisi satu kehilangan dalam dunia pendidikan
sekarang yang hanya berasakan peperiksaan... anak-anak kita kehilangan
pendidikan emosi dan rohani...saya sokong penuh program KRJ ni walaupun saya
bukan ahli JIM” (bapa peserta)

”Saya datang dari jauh... dari Taiping semata untuk bersama anak dalam
progarm ini. Saya tahu bila sekolah panggil ibubapa hadir kesekolah mesti
ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada ibubapa” (ibu peserta)

Sekolah / Guru / Penganjur
”Terima kasih pada pihak KRJ kerana telah mengadakan program KBM...
insyaallah sekolah akan mengadakan program susulan...”

Mohon doa dari semua untuk penerusan program disana. Insyaallah kami akan datang lagi ke Kuale...SMK Clifford pada 8 & 9 Ogos 2009-07-06
sempat solat magrib di masjid Ubudiah, Bukit Candan yang menjadi sejarah negeri Perak
bersama Pak Tam... kembar Pak Teh... dan sempat makan cendol dan beli laksa
di gerai akhi Halim sebelum pulang
Salam dari
Pak Teh
06.07.2009
Manjung
Photobucket