Isnin, 20 Ogos 2007

Alhamdulillah program Keindahan Bersamamu untuk SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan (SMK SMS) telah selamat berakhir semalam 19 Ogos 2007. Bemula dengan para fasilitator berkampung di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Lambor pada Jumaat malam untuk taklimat fasilitator. Taklimat bermula dengan memberi gambaran macam mana program ini akan di jalankan sehingga lah acara menyambut HARI LAHIR PAK LANG YANG KE 46. Tahun ni merupakan sambutan hari lahir pak lang kali ke kedua di Perak.

Sabtu (18/8/07)

KNOWING ME KNOWING YOU
Pelajar tiba di perkarangan lapangan terbang PKP lebih kurang jam 8.15 dan para pelajar mula menaiki pesawat KRJ jam 9.00 pagi di mana semua krew pesawat telah menanti ketibaan pelajar ini sejak Jumaat lagi. Para pelajar di kenalkan dengan semua krew – krew pesawat KRJ. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 29 jam jika cuaca baik. Selepas berkenalan dengan semua krew dan mengetahui peraturan penerbangan, abg bob (ketua pramugara) mulakan aksinya dengan beberapa game dan seterusnya 3S dan diakhiri dengan nyanyi ramai Satu Tekad. Adik2 SMK SMS semuanya sporting belaka dan memberi kerjasama yang baik sepanjang penerbangan. Setelah abg bob penat merepek……hehehe, abg mamat teruskan dengan salam mesra II yang mana adik2 kene buat aksi ARMY YELL. Fuh…ape lagi, macam2 aksi dapat kita tengok dari adik2. Pagi tu kami akhiri dengan menyanyikan lagu Demi Matahari dengan aksinya yang tersendiri dan Chicky Dance…..memang best chicky dance ni…lagi best dari PocoPoco…..hahaha.

INTEAM
Lepas zohor Pak Ngah dengan Pak Cu Teh (pakcik Shukri) pulak ambik posisi untuk beraksi. Sesi pagi abg2 & kakak2 yang mude2 beraksi, kali ni pakcik2 & makcik2 yang agak berumur pulak beraksi…hihihi (jgn mrh ye pak2 & mak2). Pak Ngah mule kan aksinya dengan beberapa tayangan video. Lepas tu dah mcm naik syeikh Pak Ngah beraksi….hahaha. Bergabung pulak dengan Pak Cu Teh petang tu memang syahdu sekali. Hujan air mata pun mula turun. Hampir2 saje paras sungai perak kat sebelah PKP naik mendadak. Jabatan kajicuaca pun tak sangka keadaan ini akan berlaku di Lambor. Tapi Pak Ngah & Pak Cu Teh berjaya menenangkan keadaan dan paras air sungai pun surut pelan2. Mabruk Pak Ngah & Pak Cu Teh……….Lepas asar adik2 beriadah bersama dengan krew penerbangan yang di ketuai oleh abg mamat……

MENITI ANGIN MALAM I

Kali ni meniti angin malam I di buat lepas maghrib berbanding sebelumnya sebab pak lang akan ke MRSM Pasir Salak pastu pulak.

So macam biasa lah pak lang punya aksi, tetap maintain luar biasa. hehehe. Kali ni mayat naik unser lagi. Beruntung sungguh mayat kali ni. Meniti angin malam I ni pun buat kat luar kat padang PKP. Ada sedikit kelainan la....
MENITI ANGIN MALAM II
So lepas isyak, meniti angin malam II pulak bermula dengan abg mamat memberi beberapa peraturan kepada peserta2. Lepas je peserta di bawak masuk ke lapangan program, Kak Shima start dengan suara sedihnya. Hehehe. Lps tu Abg Bob dengan Abg Emy berpadu suara pulak. Mabruk Abg Emy.....pasni leh ganti abg bob lak ye. hihihi....
Ahad (19/8/07)
Lepas solat subuh, pak cu teh bagi kuliah subuhnya. Lepas tu kami ber chicky dance sebelum sarapan.
Lepas sarapan kami berarak ke sekolah untuk program selari dengan ibu bapa.
Dengan pelajar, pak teh, abg bob, pak cu teh, kak shima dan abg2 & kakak2 fasi pun beraksi. Kami bermula dengan nyanyi lagu Titian Kejayaan pastu beraksi untuk Demi Matahari. Fuh....memang bersemangat adik2 SMK SMS ni. Lepas nyanyi2, Kak Shima mula kan Kini & Hijrah sebelum Pak Teh mula dengan aksinya sebelum pertemuan dengan ibu bapa. Program berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.
Salam sayang dari abg bob........

Rabu, 15 Ogos 2007

JANGAN LUPE.......

Assalamualaikum adik2 kasih & sayang......Jika adik2 semua rindu kan KRJ, temui kami di 3 tempat serentak.....BILE???? Butirannya ada kat bawah ni.....


SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob, Bota
18 Ogos 2007
SMK Sultan Muzzafar Shah, Lambor Kanan
18 & 19 Ogos 2007
MRSMPasirSalak
18 & 19 Ogos 2007


Jangan lupe temui kami yee....Kami pun rindu kat adik2 semua....

Salam sayang & kasih dari abg bob.....

Isnin, 6 Ogos 2007

Program Keindahan Bersama Mu
(format KEMWI)
Peserta : Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Tarikh: 11 & 12 Ogos 2007
Tempat: Kem Dato' Sagor, Kampung Gajah

Jumpa kami di sana.............

Rabu, 1 Ogos 2007

Allahuma bariklana fi rajab wa syaaban Wa balighna Ramadhan.
Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukan kami Ramadhan.


Assalamualaikum wbt adik-adik Kasih dan Sayang! Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita kesihatan serta peribadi yang sentiasa soleh dan solehah. Ameen.
Pernahkah adik-adik terfikir bahawa kejadian kita ini cukup istimewa! Manusia dijadikan oleh Allah swt dalam bentuk yang amat sempurna. Apakah kesempurnaan dan istimewanya manusia ini? Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah saw, baginda telah melalui perjalanan yang amat istimewa. Dalam waktu yang seketika dari Masjidil Haram di Makkah, Rasulullah saw sampai ke Masjidil Aqsa di Syam menaiki Buraq yang mana kisahnya di abadikan dalam Surah Al Israa: 1."Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat". Peristiwa ini telah mengangkat manusia kepada darjat yang amat tinggi sehingga di muliakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk mengimamkan solat para rasul di Masjdil Aqsa. SubhanAllah! Adik-adik yang dikasihi dan disayangi....Nabi kita Muhammad saw adalah seorang hamba yang amat mulia! Ia amat mengasihi dan menyayangi umatnya. Sehingga akhir kewafatan baginda masih mengingati umatnya dan memohon kepada Allah swt agar perit dan sakit cabutan nyawa itu biarlah dirasai baginda dan tidak kepada umatnya. Inilah kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita! Bukan itu saja, kita sebagai umatnya mendapat keutamaan oleh Allah swt daripada umat nabi-nabi yang terdahulu.Oleh itu marilah kita bersama-sama meneruskan berselawat kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Jom adik-adik marilah dan teruskan berselawat kepada Baginda. Semoga kerahmatan Allah swt bersama-sama kita.

Salam sayang dan kasih daripada Abg Bob.......

Selasa, 31 Julai 2007

TEMUI KAMI.......
KRJ Perak + KRJ Johor Menyusuri Sungai Perak :
bermula dari Bota Kanan - Lambor Kanan - Pasir Salak


18.08.2007
Sabtu 8.00 pagi hingga 4 ptg
SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan
Program Keindahan Bersama Mu "Mini" sehari bersama Abang Long + KRJ Perak + KRJ Johor
120 orang pelajar "istimewa"
Tempat program: SMK DARY

18 & 19.08.2007
Sabtu & Ahad
SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan
Program Keindahan Bersama Mu bersama Abang Bob + KRJ Perak + KRJ Johor
120 orang pelajar
Tempat program : SMK Sultan Muzaffar Shah


18 & 19.08.2007
Sabtu & Ahad
MRSM Pasir Salak
Program Kepimpinan Badan Pengawas bersama Pak Ude + KRJ Perak + KRJ Johor
50 orang pengawas sekolah
Tempat: MRSM Pasir Salak
Dilaporkan oleh Abg Bob

Sabtu, 21 Julai 2007

MINI KEINDAHAN BERSAMAMU TARCISIAN CONVENT, IPOH

Alhamdulillah semalam 20 Julai 07 telah berlangsung mini KBM yang mana hanya slot "Meniti Angin Malam" (indoor) sahaja yang diadakan sempena majlis Qiamullail SMK Taicisian Convent Ipoh. Peserta dianggarkan seramai 180 orang (Ting 1-5). Biasalah program dimulakan selepas solat Isyak berjemaah di dewan besar sekolah.


Pak Teh memulakan bicara dengan tayangan slide "Petanda Maha Pencipta" dan juga sedikit mukadimah dan doa pembukaan. Selepas itu Pak Ngah take over daripada Pak Teh untuk meneruskan program.

Beberapa video klip ditayangkan bermula video klip "Ibu". Apa lagi hujan renyai2 pun mula turun. Video klip seterusnya menyaksikan hujan semakin lebat yang dicurahkan adik2 convent. Bukan adik2 je yang lebat, Pak Ngah pun lebat jugak. hehehe......


Bile sampai kat video klip (nasyid) "Buatmu Ibu" & "Anak Soleh", sorang peserta meluru keluar sambil meraung. Setelah di soal selidik rupa2nya pelajar tu anak yatim piatu tinggal dengan neneknya. IskIskIsk.....sedih tol.....

Penutup malam tu Pak Teh tutup dengan lagu "Teman Sejati". Ape lagi berpelukan lah adik2 convent semua sambil mencurahkan banjir kilat. Mabruk Pak Teh.......



Jazakumullah Khairan Kathira di ucapkan kepada fasi2 yang terlibat antaranya Pak Teh, Abg Bob (wartawan jemputan TV10 hehehe.....), Pak Ngah, Abg Bie (Jurugambar majalah HOI), Kak Iman, Makcik Huda & family, Kak Iffah dan pak2/mak2/abg2/kak2 yang lain (lupe nama) yang terlibat secara langsung & tak langsung.

Berita dilaporkan oleh
Abg Bob........

Selasa, 17 Julai 2007

MINI KBM SMK Tarcisian Convent, Ipoh

Insya Allah, KRJ Team Perak di jemput untuk melaksanakan slot "Meniti Angin Malam" sempena program Qiamullail sekolah tersebut pada :


Tarikh : 20 Julai 2007 (Jumaat mlm Sabtu)
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dewan SMK Tarcisian Convent, Ipoh. (belakang Jab Pendidikan Negeri)


Sesiapa berminat nak join sila hubungi Rashidi 0195141000.

Sekian

Abg Bob........
Photobucket