Jumaat, 13 Julai 2007

Komen dari anak kasih TCS

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Komen dari Nur Waznah bt Mohd Azizi

Bagi saya, program ini amat bermakna kerana saya dapat menyedari kesalahan antara teman, ibu bapa, guru serta yang paling penting kesalahan saya terhadap Allah pencipta sekian alam. Sebelum ini, saya banyak mengikuti program2 lebih kurang macam ni. Tapi kali ni lain sangat coz krang (kita orang) dapat mengenali rakan2 krang yang mungkin selama ini tak pernah b'tegur sapa. Walaupun banyak tangisan, tangisan kali ni adalah tangisan yang betul2 menginsafkan saya.

Begitulah yang pak su dan rakan-rakan krj network sentiasa mengharapkan anak-anak kasih akan sedar dan sentiasa menginsafi diri. Sebenarnya, pak su dan rakan-rakan yang lain sentiasa mendoakan agar anak-anak kasih semua menjadi insan-insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Itulah matlamat krj network ditubuhkan dan digerakkan dengan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga dan material.

Tiada ulasan:

Photobucket