Assalamualaikum wbt.
Walaupun Pak Su tidak bersama dalam program dengan anak-anak kasih, tapi pak su boleh bayangkan dan gambarkan dengan jelas apa yang anak-anak kasih lalui. Bila sahaja pak su baca coretan abang bob gambaran itu menjadi semakin jelas. Apa yang sangat-sangat pak su harapkan ialah kesedaran anak-anak kasih akan membawa satu perubahan pada anak-anak kasih dan juga keluarga. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna dengan adanya hubungan yang baik antara anak-anak kasih dan ibu bapa serta kawan-kawan dan guru-guru. Jangan lupa untuk sentiasa memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta kita. Jangan kita putuskan jambatan yang menghubungkan kita denganNya iaitu solat. Semoga kita di ketemukan nanti.
Wassalam ......
Selasa, 10 Julai 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan