Isnin, 14 September 2009

REMAJA RAIKAN RAMADAN (3R)
anjuran Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak (JAMAIY)
dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP)
diurusetiakan oleh Kelab Remaja JIM, Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) Negeri Perak
tarikh 12 & 13 September 2009 hari Sabtu & Ahad
tempat Masjid Sultan Muhibbudin Shah (Masjid Hospital) Ipoh

peserta seramai 90 orang perempuan dan 66 orang lelaki dari pelbagai sekolah negeri perak
antaranya SMA Taayah Ipoh, SMI AlHidayah Ipoh, SMT Persiaran Brash Ipoh, ahli KRJ dari Kuala Kangsar dan lain2 lagi
30 orang fasi dan pengendali terlibat dalam program ini dari Kolej Profesional Mara, UiTM Seri Iskandar, Kolej Islam Darul Ridwan
antara program:
taaruf = KMKY
ceramah = mencari rahmat mengharap keampunan
explorasi = jalan jalan cari hidayah
tadarus
iftar
tarawih
qiamullail
sahur
kuliah subuh
perkongsian
penutup = Timbalan Pengarah JAIP
laporan ringkas dari Pak Teh
Pangarah 3R 2009

Program 3R Dan Follow Up SMART



Program ini telah di jalankan pada hari Sabtu 12 September 2209, di dewan makan asrama. Terima kasih kepada Pak De, Ust Shamsul Bahrin, Cikgu Abu Bakar dan Hj Roslain kerana bersama-sama menjayakan program tersebut.

Dimulakan jam 9.00 pagi dengan pengisian mengenai puasa dan lailatul qadar dan disambung di sebelah petang dengan pengisian ABJZ. Anak-anak kasih dan sayang juga dibawa untuk mengimbas kembali apa yang pernah dilalui semasa kbm dan ramai yang menitiskan air mata keinsafan. Semoga anak-anak kasih dan sayang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen .........

Sebahagian dari anak-anak sayang.


Anak-anak kasih memang selalu akan khusuk mendengar penyampaian.

Pak su

Sabtu, 12 September 2009

Petikan Email Pak Ngah

PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
Walaikumsalam wrb
fakrulradzi abu bakar

Ahad, 2 Ogos 2009

Ibuku seorang pembohong ???


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." –PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…
Pak Su

Rabu, 29 Julai 2009

Jagalah Kesihatan Anda


Assalamu alaikum,

Kepada anak-anak kasih dan sayang yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM, jagalah kesihatan anda semua. Dalam masa negara kita dilanda ujian dengan penyakit ini jangan lupa semuanya datang dari Allah swt sebagai peringatan. Rugilah kita jika Allah dah beri peringatan tapi kita tidak ambil peduli.

Disamping itu elakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang sesak kecuali jika terpaksa. Penjagaan kesihatan pada waktu ini sangat penting kerana anda semua perlukan badan yang sihat untuk study bagi menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan.

Pak Su doakan semuanya sihat dan berjaya dalam peperiksaan nanti.


Selasa, 28 Julai 2009

Fakulti Perubatan UPM


Ini adalah bangunan Fakulti Perubatan, Universtiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang. Pelajar-pelajar di sini ditempatkan di Kolej 17 yang terletak berhampiran dengan bangunan ini. Kampus ini terpisah jauh dari kampus induk dan jaraknya lebih kurang 5 atau 6 kilometer. Selain dari pelajar perubatan, pelajar-pelajar sains kesihatan contohnya, kejururawatan, sains pemakanan, dietatik, farmasi dan perubatan veterinar juga ditempatkan di sini.



Kampus ini kampus baru dan sungguh cantik. Begitu juga dengan kolej tempat tinggal. Setahu paksu, merupkan kolej kediaman yang paling cantik yang pernah paksu lawati, lebih cantik dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan dan Universiti Sains Malaysia.



Bagi yang ingin menjadi doktor, paksu sarankan buatlah di sini kerana tempatnya sungguh cantik dan selesa. Hospital Serdang di mana pelajar membuat latihan amali hanya bersebelahan dengan fakulti ini.

Paksu

Isnin, 20 Julai 2009

KBM SMK Sg Manik

Selama 2 hari krew-krew krj berkampung di SMK Sg Manik buat kali kedua tahun ini. Sekolah yang sungguh cantik ini terletak di tengah-tengah sawah. Tetapi pada ketika ini pemandangan kurang menarik kerana musim menuai baru sahaja berlalu. Pemandangan sungguh cantik "just before" menuai, dimana kita akan dapat melihat seolah-olah permaidani kuning yang terbentang luas.

Dalam tempoh 2 hari ini krew krj telah banyak mendapat pengalaman baru dan hanya mereka yang mengalami sahaja yang dapat merasai kenikmatannya. Terima kasih kepada semua guru yang membantu dan juga alumni kbm SMK Sg Manik. Semoga Allah swt mencatatkannya sebagai amal soleh bagi anda semua.


Pengendali dan fasilitator memperkenalkan diri


Wajah-wajah anak kasih


Wajah-wajah anak sayang


KBM BELIA PERAK 1/2009

Alhamdulillah KBM Belia Perak 1/2009 selesai sudah tengahari tadi.
OK juga tapi banyak perkara perlu diperbaiki lagi menjelang KBMB 2/2009 pada hujung tahun ni.
JZKK kepada semua ikhwah-akhawat dari Ipoh, Manjung dan Kuala (KK) yang hadir menjayakan KBMB kali ni, termasuk YDPN yang hadir sepenuh masa dan terlibat langsung sebagai pengendali. JZKK juga kepada semua yang telah mendoakan kami dari jauh.
Nama program: KBM Belia Perak 1/2009
Tarikh: 18-19 Julai 09
Tempat: Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Segari
jalan-jalan cari hidayah...
tak pernah lagi solat tepi pantai camne... tapi alhamdulillah banyak hikmahnya
menadah tangan di tepi pantai... ya Allah terima lah doa hamba Mu
bakal peserta akan datang
mencari Teman Sejati...
Tautan kasih...
Gambar kenangan peserta selesai program
Bil peserta: 67 orang Bil mendaftar ahli JIM: 16 orang
Kutipan Palestin: RM168.40
tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan

Isnin, 13 Julai 2009

Team Perak ke luar negeri...SMJK Yoke Kuan

Keindahan Bersama Mu
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekincan, Selangor

Tarikh: 11 dan 12 Julai 2009
Tempat: program dijalankan di De Rimbun Inn, Parit Lapan, Sungai Leman, Selangor

Bilangan peserta : 39 orang pelajar, 20 perempuan 19 peserta, tingakatan 1, 2 dan 4.
Bilangan peserta bukan Islam: tiada
Bilangan ibubapa yang hadir: 4 orang ibu 7 orang bapa

Team fasi Sabak Bernam: 5 lelaki + 5 perempuan

Team KBM: Pak Teh, Kak Shima, Abg Bob, Pak Din, Pak Tam, Abg Fad, Ammar, Hamri


Maklumbalas untuk dikongsikan:
Peserta: ”Saya banyak buat dosa pada ibubapa saya, saya mohon maaf pada ibu yang hadir pada hari ini. Terima kasih kepada KRJ mengadakan program KBM disekolah, yang telah menyedarkan saya erti kasih sayang dengan ibubapa. ”


Ibubapa: Tiada wakil ibubapa yang nak berkongsi



Sekolah / Guru : ”Sebelum ini sekolah ada buat program motivasi seperti menjawab peperiksaan... tapi yang macam ini tak pernah lagi, anak2 menangisi kesilapan yang telah dilakukan...Terima kasih pada pihak KRJ kerana telah mengadakan program KBM... ”

Alumuni KBM SMK Seri Bedena, Sungai Besar baru 2 minggu lepas berKBM dengan Team KL menjadi fasi kali ini. 5 lelaki 5 perempuan... Jzklah Ukt Hasnah dari JIM sabak Bernam. Doakan mereka istiqomah dan ada penerusan usrah



Ust Tobrani (yang pegang gambar) mewakili JIM Daerah Sabak memberi ucapan semasa sessi penutup dan memnyampaikan tandahati (Brosur KRJ yang telah dibingkaikan) dari team KRJ kepada PK HEM En Saaid Bin Majid. Menandakan Team KRJ Telah mengadakan program di sekolah itu.


wasalam

dari Pak Teh

semua fasi dapat cenderamata topi dari De Rimbun Inn...


Isnin, 6 Julai 2009

KBM SMK Raja Perempuan Kelsom

Program KBM
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom,
Kuala Kangsar, Perak.
Tempat: program dijalankan di dewan besar dan surau sekolah
Tarikh: 4 dan 5 Julai 2009
pemandangan jambatan merentasi Sungai Perak indah dari sekolah

Bilangan peserta perempuan: 74 orang pelajar yang tinggal di asrama,
peserta lelaki tiada (sekolah perempuan la), tingakatan 1 hingga 6 atas.
Bilangan ibubapa yang hadir: 30 orang ibu bapa
Bilangan fasi dan pengendali yang terlibat:
Team Kuale: kakak, mak dan opah
Team KBM: satu Perak mari...

Maklumbalas untuk dikongsikan:
Peserta:
”Terima kasih kepada KRJ mengadakan program KBM disekolah, yang telah
menyedarkan saya erti kasih sayang dengan ibubapa.”

Ibubapa
”Kita sedang sebenarnya menangisi satu kehilangan dalam dunia pendidikan
sekarang yang hanya berasakan peperiksaan... anak-anak kita kehilangan
pendidikan emosi dan rohani...saya sokong penuh program KRJ ni walaupun saya
bukan ahli JIM” (bapa peserta)

”Saya datang dari jauh... dari Taiping semata untuk bersama anak dalam
progarm ini. Saya tahu bila sekolah panggil ibubapa hadir kesekolah mesti
ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada ibubapa” (ibu peserta)

Sekolah / Guru / Penganjur
”Terima kasih pada pihak KRJ kerana telah mengadakan program KBM...
insyaallah sekolah akan mengadakan program susulan...”

Mohon doa dari semua untuk penerusan program disana. Insyaallah kami akan datang lagi ke Kuale...SMK Clifford pada 8 & 9 Ogos 2009-07-06
sempat solat magrib di masjid Ubudiah, Bukit Candan yang menjadi sejarah negeri Perak
bersama Pak Tam... kembar Pak Teh... dan sempat makan cendol dan beli laksa
di gerai akhi Halim sebelum pulang
Salam dari
Pak Teh
06.07.2009
Manjung

Isnin, 1 Jun 2009

KBM SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan

Tarikh : 29 - 31 Mei 2009 (Jumaat - Ahad)
Tempat : SMK Abdul Rahman Talib
Peserta : 149 orang pelajar - pelajar Asrama
Fasilitator seramai kurang lebih 20 orang

ABJZ : Kak Shima
KMKY (Salam Mesra 1) : Abg Yus & Kak Zira
KMKY (Salam Mesra 2) : Abg Shah
Inteam : Kak Shima & Abg Shah
BCOC : Pak Tam & Abg Ijat
MAM 1 : Pak Su & Kak Shima
MAM 2 : Kak Hanis & Abg Zain
Kini & Hijrah : Abg Bob
KSIA : Abg Bob
MKMS : Pak Su
Mediasi : Pak Din

Alhamdulillah wa syukurillah, pesawat KRJ telah selamat mendarat di dewan besar SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan dengan seramai 149 orang penumpang serta kurang lebih 20 krew pesawat. Penerbangan kali ini hanya disertai dua orang krew veteran iaitu PAK SU & PAK DIN. Pak Ngah bersama krew pesawat di SK Datin Khadijah Kuala Kangsar. Pak Teh pula menjadi penumpang pesawat ke Dubai (pergi Dubai tak ajak pun....). Jadi, KBM di SMK Abd Rahman Talib "dikuasai" oleh krew2 muda.

Alhamdulillah wa syukurillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami dan pesawat berjaya di daratkan oleh pak su tepat jam 11.30 pagi (paling cepat dlm sejarah pesawat KBM Perak, paling cepat dlm sejarah pesawat MAS & Air Asia....tak delay pun). Tahniah pak su.....huhuhu.

Tukang Lapor
Abg Bob

Sabtu, 28 Mac 2009

Remaja Dan Paras Rupa

Assalamualaikum wbt

Lama dah pak su tidak mencoret di sini. Bukan sibuk tapi ketiadaan idea, mungkin "godspot" yang telah dikurniakan oleh Allah telah ditutupi oleh tutupan-tutupan yang disebabkan oleh dosa-dosa yang telah dilakukan.

Kali ini pak su ingin menyentuh sedikit tentang "appearance" yang menjadi satu yang utama bagi remaja. Pak su pun begitu dahulu. Walaupun ramai yang mengatakan dah "handsome" tapi masih lagi ingin menjadikan diri ini lebih menarik.

Tapi sebelum kita terlajak jauh, membazir banyak masa dan wang untuk mencantikkan diri kita marilah kita renung dan amati cerita yang akan pak su coretkan di bawah ini.

Cerita ini mengenai seorang sahabat Rasulullah yang sangat mulia yang bernama Julaibib. Julaibib ini seorang yang tidak tampan langsung dan bahkan hodoh di kalangan para sahabat Rasulullah saw. Pada suatu hari Julaibib telah mendatangi Rasulullah saw dan bertanya;

Julaibib: Wahai Rasulullah, adakah aku ini tidak laku.

Jawab Rasulullah saw: Bahkan kamu sungguh laku di sisi Allah swt.

Pada suatu hari Rasulullah saw memerintah Julaibib untuk meminang seorang anak gadis kaum ansar. Semasa Julaibib sampai ke rumah tersebut ibu dan ayah gadis tersebut merasa kurang senang dan telah menolak pinangan Julaibib. Tetapi anak gadis tersebut telah mendengar perbincangan tersebut dan keluar dengan membacakan ayat Quran yang bermaksud; "Apabila Allah dan Rasul menentukan sesuatu, apakah kita ada pilihan lain...." Jadi Julaibibkan pun dinikahkan dengan gadis tersebut.

Dalam satu peperangan Julaibib telah syahid. Setelah peperangan tamat Rasulullah saw telah bertanya kepada para sahabat; "Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Jawab sahabat; "Sianu dan sianu dan sianu...."

Rasul bertanya lagi, "Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Jawab sahabat, "Sipulan dan sipulan dan sipulan..."

Tanya Rasulullah lagi, " Adakah kalian kehilangan seseorang?"

Para sahabat berpandangan antara satu sama lain, dan Rasulullah pun berkata, "Aku telah kehilangan Julaibib."

Maka sahabat pun terus mencari Julaibib dan ternyata beliau telah syahid, di sekelilingnya terdapat 7 orang musuh yang telah ditewaskannya. Berita ini telah disampaikan kepada Rasulullah dan baginda pun ke tempat tersebut, lalu dipangkunya kepala Julaibib dengan tangannya dan berkata,"Sebahagian dari diri Julaibib ada padaku dan sebahagian diriku ada padanya." Dan Julaibib pun disemadikan di tempat itu.

Lihatlah wahai anak kasih dan sayang, walaupun rupanya tiada tapi hatinya dipenuhi dengan taqwa dan berada di tempat yang istimewa di hati Rasulullah. Sesungguhnya Allah swt tidak melihat pada paras rupa kamu tetapi Allah swt memerhatikan hati-hati kamu.

Wassalam.

Pak Su

Rabu, 18 Mac 2009

XKEMP-09 KRJ Perak






Salam..

Shukur Alhamdulilah Program XKEMP-09 bermula 4.00pg. 16/3/09 selesai mendarat jam 5.00 ptg. pada 17/3/09 dengan kehadiran ramaja 41 Ipoh / Kuala kangsar 22 / Taiping 8 / Batang Padang 0 / Manjong 0 / Telah Intan 0.....termasuk pengiring 80 orang..

Ucapan terima kepada FC (Karisma Ipoh) / KK / Pihak Labu Sayong / Pihak Istana Kenangan / Akhi Ainol, Tayangan Ceramah Palestin / Pihak Masjid Sultan Abd. Jalil Kuala kangsar../ En Azhar Juru Pandu dari Arkeologi Lenggong telah memberi kerja sama yang amat baik untuk KRJ Negeri Perak....dalam sesi taklimat / penerangan/ lawatan ke empat buah Gua Sejarah Purba Lenggong Perak...terima kasih untuk Bos KRJ PK. beri sumbagan menampong kos perbelanjaan. ..Terima Kasih untuk Uhkti Zarina Ipoh..taskirah didalam Gua Putri , Begitu menajubkan para peserta KRJ dengan ciptaan Allah .apa yang terdapat dalam Gua Putri...

Tahniah pada semua terlibat, walau pun berada dalam keletihan kerana Iman yang teguh,Akidah yang mantap..Ahlak yang mulia..Ukhuwah yang sempurna,,kemampuan KRJ melalui halangan melalui Gua Gelap dan Gua Putri...

Dan bebrapa keping gambar untuk tatapan yang sempat diambil semasa aktiviti program berjalan...

Segala kelemahan dipohon maaf kepada semua yang hadir....

wasalam

AJK...KRJ.PK. .Azim/Junaidi/ Huda/Shida/ Amin dan lain.lain.Warga KK.

rimbawan

Selasa, 10 Mac 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH..

EXSPEDISI KEMBARA PURBA (XKEMP-09) di Muzium Arkeologi Lenggong
KRJ NEGERI PERAK

Tarikh: 16 & 17 Mac, 2009 (hari Isnin/Selasa)

Perserta: KRJ /Rakan KRJ Negeri Perak.. Umur 12 - 19 tahun

Pendaftaran wajib RM: 15.00 (untuk makanan tidak termasuk kenderaan)

Kenderaan: (urusan KRJ daerah, sila berhubung dengan KRJ daerah atau urusetia)

Tempat yang lilawati: IKS Lubuk Merbau / Masjid Sultan Abdul Jalil Bendang Panjang Kuala Kangsar / Muzium Arkeoloji Lenggong dan Gua-Gua Purba Pra Sejarah Kota Tampan Lembah Lenggong Perak.

Jadual Tentetif:
16.03.2009 Isnin
2ptg berkumpul di daerah masing2 (tempat akan maklumkan)
2.15ptg Bertolak ke Kuala Kangsar - Lawatan Industri Kecil & Sederhana MIEL, Kuala Kangsar
5ptg Solat Asar di Masjid Udbudiah & melawat Istana Bukit Candan
7mlm Solat Magrib + Solat Isyak + Ceramah Palestin oleh Pakcik Sukri (Pak Chu)
11mlm Tidur di masjid

17.03.2009 Selasa
5.30pg Qiamullail + Solat Subuh + Sarapan
8pg Bertolak ke Muzium Arkeologi Lenggong
9pg hg 4ptg Expedisi ke Gua Perak Man
5ptg Mandi di Lata Kekabu dan balik

Ibu / Bapa yang bekerja nak turut serta sila ambil cuti la ye.

Makanan disediakan penganjur

Sebarang pertanyaan dan maklumat hubungi.. 0175072393 Azim Ipoh / 0194711723 Zainudi Kuala kangsar.

yang menghebahkan
Pak Teh
019 5141000

Isnin, 2 Mac 2009

nukilan dari adik2 SEMAJA

Saat kita bersama....

Waktu terasa begitu cepat berlalu
Kini meninggalkan cerita tentang kita
Cerita saat kita bersama… yang terindah
Cerita saat kita tertawa

Kini... kita harus berpisah
Yang pastinya akan menjadi memori yang terindah
Mininggalkan kenganan yang abadi
Akan ku simpan buat selamanya

Saatku menangis... kau beri pelukan
Saatku ketakutan kau beri kekuatan
Saatku gembira kita konsi bersama
Cuma ini sementara
Semoga abadi kasih luhur selamanya

Singkap kembali
Detik akhir bersama
Linangan airmata
Pun menitis

Kami sayang faci
Semaja 1 Mac 2009


Terima Kasih.............

Hilai tawa bertukar duka
Hati yang keras menjadi luluh
Tangisan syahdu dimana-mana
Menginsafi diri sendiri

Teman mesra menjadi rapat
Seerat dakapan ibu kepada anak
Mengenali diri mengenali teman
Suka duka dikongsi bersama

Ciptaan Allah anugerah
Indahnya alam tiada terkira
Kusyukuri nikmat yang maha Esa
Ku syukuri anugerah ya tuhan

Ibubapa teman setia
Dosa yang lalu diinsafi kini
Pengorbanan mereka ibarat mentari
Terima kasih KRJ kerana program ini
Menyedarkan kami dari kekhilafan lalu

Semaja 1 Mac 2009

peserta istimewa... pelajar terbaik kebangsaan
bagi OKU


Abg2 fasi dan pengendali muda, terima kasih Pak Tam,
balik Peak untuk berKBM...


35 orang peserta lelaki SEMAJA yang hensem sudah sedia
awal waktu


50 orang peserta perempuan...memang ceria



Ya Allah aku bersyukur kerna memberikanku
nikmat anggota badan yang sempurna...
"juga terbukti erti persahabatan yang sebenar...
apabila kawan2 angkatkan beg disekolah,
suapkan makanan tika makan dan bantu dalam pelajaran"
perkongsian dari ayah pelajar ini


Allah mengilhamkan....Demi Matahari


Saat pertemua dengan ayah dan ibu...


Saya sanyanggggggggggg ibu,
saya sayangggggggggggg ayah

Kami doakan semua peserta kbm SEMAJA
menyerlah jauh dari yang biasa.....

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan
Kalau rindu boleh buka blog krj ni..
Terima kasih semua yang terliabat:
Pihak Sekolah, pengetua, guru-guru, PIBG, 60 orang ibubapa yang hadir,
85 orang peserta, 35 lelaki dan 50 orang perempuan
Jzkllah pada semua fasi dan pengendali yang terlibat...
teruskan perjuangan di MRSM, Pasir Salak 14&15 Mac
alhamdulillah buat tayangan klip video Palestin dan kutipan
dana untuk Palestin RM432.70
Salam sayang dari
Pak Teh
Photobucket