Jumaat, 13 Julai 2007

3 PESANAN PAK LANG

Adik-adik kasih dan sayang,

Masih ingat tak adik-adik, 3 pesanan Pak Lang pada Sesi Meniti Angin Malam dalam program KBM yang telah adik-adik ikuti. 3 pesanan tersebut adalah:
  1. Perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian.
  2. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuknya.
  3. Berusahalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan beramallah seolah-olah kita akan mati esok hari.

Pengajaran:

  1. Semakin hari umur kita semakin bertambah dan kita akan semakin hampir dengan kematian. Tidak siapapun boleh menjangkakan umur masing-masing kerana ia adalah ketentuan Allah. Apa yang nyata, kematian itu semakin menghampiri dan wajib berlaku kepada manusia. Manusia tidak boleh melarikan diri darinya.
  2. Bila kita selalu mengingati mati sudah pastilah kita akan berusaha sedaya mampu mempersiapkan diri kita untuk bertemu dengan Allah. Kita akan sentiasa mengingati Allah, buat apa yang diperintahkan Nya dan menjauhi dan meninggalkan segala laranganNYa serta sentiasa bertaubat kepadanya. Kita akan terus menjaga solat kita di mana sahaja kita berada samada senang atau susah, sihat atau sakit. Kita akan terus menghormati dan berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Kita akan berusaha memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik. Kita akan menasihati rakan-rakan kita menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh. Kita terus menghormati guru-guru yang mendidik kita.
  3. Bila belajar kita akan buat dengan penuh kesungguhan. Kita rangka matlamat dan atur tindakan bagi mencapai apa yang kita cita-citakan dan apa yang menjadi harapan kedua ibu bapa kita. Komitmen dan usaha gigih kita teruskan seolah-olah kita akan hidup lama. Dalam masa yang sama kita juga gigih beribadah, menjaga solat, berzikir kepada Allah, berbakti kepada ayah dan ibu juga guru-guru, menasihati dan membantu rakan-rakan yang memerlukan. Bermanfaat kepada masyarakat. Terus beramal seolah-olah itulah amal kita yang terakhir sebelum mati esok hari.

Komen dari anak kasih TCS

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Komen dari Nur Waznah bt Mohd Azizi

Bagi saya, program ini amat bermakna kerana saya dapat menyedari kesalahan antara teman, ibu bapa, guru serta yang paling penting kesalahan saya terhadap Allah pencipta sekian alam. Sebelum ini, saya banyak mengikuti program2 lebih kurang macam ni. Tapi kali ni lain sangat coz krang (kita orang) dapat mengenali rakan2 krang yang mungkin selama ini tak pernah b'tegur sapa. Walaupun banyak tangisan, tangisan kali ni adalah tangisan yang betul2 menginsafkan saya.

Begitulah yang pak su dan rakan-rakan krj network sentiasa mengharapkan anak-anak kasih akan sedar dan sentiasa menginsafi diri. Sebenarnya, pak su dan rakan-rakan yang lain sentiasa mendoakan agar anak-anak kasih semua menjadi insan-insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Itulah matlamat krj network ditubuhkan dan digerakkan dengan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga dan material.

Rabu, 11 Julai 2007

Takwim Program Keindahan Bersama Mu 2007

  1. 31/3/07 – 2/4/07 SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan: 93 orang pelajar: Selesai.
  2. 14/4/07 – 15/4/07 SMK Seri Kandi Teluk Intan : 114 orang pelajar:Selesai.
  3. 28/4/07 – 29/4/07 SMK Tok Perdana, Sitiawan: 124 PELAJAR. Selesai
  4. 23 – 24/6/07 SMK Seri Setia, Teluk Intan:129 orang pelajar: Selesai
  5. 23/6/07 Program Follow-up 1 KBM Kembali: SMK Seri Kandi Teluk Intan: 74 pelajar: Selesai
  6. 7/7/2007 - 8/7/2007 SMK Tarsician Convent , Ipoh: 77 pelajar: Selesai
  7. 14/7/2007 - 15/7/2007 SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota.
Assalamualaikum semua........

Jumpe lagi dalam blog ni.....bukan ape, cume nak bagi tau jangan lupe SMK DARY 14 & 15 Julai 2007........Jumpe di sana......



salam sayang
abg bob

Selasa, 10 Julai 2007

Semoga kesedaran ini berpanjangan

Assalamualaikum wbt.
Walaupun Pak Su tidak bersama dalam program dengan anak-anak kasih, tapi pak su boleh bayangkan dan gambarkan dengan jelas apa yang anak-anak kasih lalui. Bila sahaja pak su baca coretan abang bob gambaran itu menjadi semakin jelas. Apa yang sangat-sangat pak su harapkan ialah kesedaran anak-anak kasih akan membawa satu perubahan pada anak-anak kasih dan juga keluarga. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna dengan adanya hubungan yang baik antara anak-anak kasih dan ibu bapa serta kawan-kawan dan guru-guru. Jangan lupa untuk sentiasa memperbaiki hubungan kita dengan Pencipta kita. Jangan kita putuskan jambatan yang menghubungkan kita denganNya iaitu solat. Semoga kita di ketemukan nanti.
Wassalam ......

Isnin, 9 Julai 2007

Hai2.......lupe nak bagi tau lak......


Minggu depan jumpe abg bob kat SMK DARY, Bota lak eik.....huhuhuhu



bye.........senyum 3..........
Assalamualaikum.........salam sayang dari abg bob.

Alhamdulillah hari ni kita masih di beri nikmat kehidupan oleh Allah untuk bertemu dalam blog ini.

Semalam telah berakhirnya KEINDAHAN BERSAMAMU SMK Tarcisian Convent, Ipoh. Pertama kali pesertanya 100% perempuan. Tapi yang penting adik2 kasih Convent ni memang sporting belaka.

Program dimulakan seperti biasa dgn slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh sape ye........ntah la......lepas tu abg hazim ambik alih utk army yell.....mcm2 kerenah kami dapat lihat adik2 kasih convent buat army yell sampaikan ada buat "rap" lagi.....hehehe


Lepas zohor, biasa la Akrab Persahabatan mengambil tempat. Pak Teh pun beraksi dengan penuh emosi. Sedih wooo......mabruk pak teh.....bile dah penat nangis2.....kak izzah conduct pulak Badan Cergas Otak Cerdas. Masa ni pun dapat tgk aksi2 adik2 kasih convent beraksi. ada yang tertelan air liur kawan la. Ada yg sanggup gadaikan apa saje utk melintas asid river.

Petang tu hujan turun dengan sederhana lebat. Hujan rahmat tu sebab Ipoh dah 2-3 minggu tak ujan. Fuh....nikmat rasenye bile ujan turun. Rase mcm baru jumpe ujan je.... eh dah melalut cerita ujan lak dah....

Aksi malam pun bermula dengan Ust Shamsul bergandingan dgn Pak Ngah pulak menunjuk belang.....ape lagi...meraung bebudak tu. Pak lang pulak masuk masa nak bwk mayat. Apa lagi, bkn je meraung tapi sampai pengsan2 la. Fuh....aura pak lang memang hebat. Outdoor plk kak shima n abg bob plk take over. Sedih gak ar kat outdoor. Ada gak yang pengsan. Ape2 pun adik2 kasih convent memang sempoi......

Hari terakhir prgm lak, adik2 di hiburkan dengan nyanyi semula lagu2 tema prgm. Bersemangat sungguh mereka sampai kan abg bob rase dah nak semput menyanyi. Pak lang plk bwk lagu baru bagi kami Demi Matahari......Syok plk lagu ni.

Kini dan Hijrah, mcm biasa abg bob conduct sbb abg wady tak dpt dtg. Slot terakhir lak, pak teh beraksi utk tune mood adik2 ni. Fuh......meraung2.......mabruk lagi sekali pak teh.....lps tu pertemuan dgn ibu bapa. Bile dah bertemu ni tak payah cerite la..........memang banjir kilat la......huhuhu.

Erm dah penat menaip ni......jumpe lagi eik.....



salam sayang dari abg bob.....
Photobucket