Selasa, 29 Julai 2008

اسلام عليكم ورحمةالله وبركاتة

Harga Sebuah Persahabatan

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw yang bermaksud:


"Ada seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat menunggunya di pertengahan jalan. Tatkala berjumpa dengan lelaki tersebut malaikat itu bertanya kepadanya:


"Mahu ke mana?"


"Saya hendak menziarahi saudaraku di kampung itu," jawabnya


"Adakah kamu hendak membalas budinya?", tanya malaikat itu lagi


"Tidak, tetapi saya mencintainya kerana Allah", jawabnya lagi



"Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepadamu untuk memberitahumu, bahawasanya Allah telah mencintaimu sebagaimana kau mencintainya kerana Allah."



Hadith riwayat Muslim


Pak Su

Isnin, 28 Julai 2008


Memori Keindahan Bersama Mu SMK Sultan Muzaffar Syah, Lambor Kanan.







Alhamdulillah, semalam 27 Julai 2008, pesawat KRJ Team Perak telah selamat mendarat di SMK Sultan Muzaffar Syah, Lambor Kanan setelah sesi penerbangan selama kurang lebih 29 jam. Seramai 88 orang peserta dengan kehadiran kurang lebih 20 orang fasi dari Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar yg mana fasi2 ni adalah alumni KBM IPT yg lepas.





Penerbangan dimulakan dengan penyerahan daripada pihak sekolah kepada Pak Ngah dan diteruskan dengan KMKY oleh abg Afiq & abg Fad sehingga selesai Salam Mesra 1. Kemudian kak Shima & abg Bob lak ambik alih untuk Salam Mesra 2 sehingga waktu makan tengah hari & solat Zohor.





Pas Zohor, Pak Ngah lak beraksi untuk sesi INTEAM. BCOC pulak di uruskan oleh abg2 & akak2 fasi. Lepas makan malam jam & solat Maghrib, Pak Su bagi kuliah Maghrib sampai waktu Isyak.






MAM1 diambil alih oleh Pak Teh sebab Pak Ngah ada mesyuarat yg tak dpt dielakkan. MAM2 pulak Kak Shima & Abg Afiq menjadi teraju utama dibantu oleh abg2 & akak2 fasi sehingga selesai lebih kurang jam 2.00 pagi.





K&H di ketuai oleh Pak Su & MKMS oleh abg Bob sebelum pertemuan dibuat di dewan besar sekolah yg diketuai oleh Pak Teh. Alhamdulillah, ucapan penutup oleh PK HEM yang mengatakan tahun depan pasti kami panggil KRJ lagi. Dan diserikan lagi dengan ucapan YDP JIM Perak, saudara Yahanis Yahya. Pesawat mendarat lebih kurang jam 1.30 ptg.

Selasa, 22 Julai 2008

aslkm semua..
insyallah jumpa lagi dalam KBM minggu ni..
kali ni di
SMK Muzaffar Shah, Lambor, Perak
tarikhnya 26 & 27 Julai 2008, Hari Sabtu & Ahad
untuk tingkatan 3 & 5
moh ramai2 ke Lambor, ada banyak durian disana Pak Teh dah survey...
crew dan fasi boleh hubungi pak teh...019 5141000
jumpa disana..

Teruja Bersama Brothers & Sisters KPM Seri Iskandar

Assalamualaikum wrt wb!

Sabtu dan Ahad lepas, Team KRJ Perak menghabiskan masa berkongsi minda dan pengalaman berKBM dengan penuntut-penuntut Kolej Profesional MARA (KPM) di Seri Iskandar, Perak. Sepatutnya 63 orang hadir, namun dek ketentuan Allah, sebahagian daripadanya tidak dapat bersama.

Di sesi Knowing Me Knowing You

Apa pun, bilangan yang kecil ini (berbanding KBM lalu yang biasanya melebihi 100 orang) membolehkan perkenalan yang lebih rapat dan mesra antara pengendali/fasi dengan para peserta. Penuntut-penuntut - yang dipanggil brothers dan sisters - yang dikumpulkan dari pelbagai kursus dan semester juga tidak langsung nampak canggung berprogram bersama.
Hampir kesemuanya nampak seronok dan ceria di sepanjang tempoh 2 hari 1 malam itu. Ramai yang berani tampil berkongsi pandangan dan pengalaman... Ya lah, kan penuntut-penuntut cemerlang; tambah-tambah memang dididik untuk menjadi profesional! Bersemangat masing-masing, terutamanya bila sampai pagi Ahad... menuju ke penghujung program.

Di sesi Salam Mesra

Suasana damai dan segar di kampus KPM Seri Iskandar yang comel menambah kesyahduan berprogram di sini. Beruntung brothers dan sisters yang dapat menyambung pengajian di sini. Inilah antara nikmat Allah yang wajar disyukuri...

Teruslah dekati dan cintai Allah, Rasul, Usahakan solat terbaik sepanjang masa kerana solatlah talian hayat kita menuju Allah. Solatlah yang menjadi landasan hubungan kita yang utama dan penting menuju jalan yang lurus. Itulah appointment (temujanji) penting yang perlu ditunaikan setiap hari. Banyakkan juga berzikir kepadaNya. Mudah-mudahan hingga kita akrab, kasih dan cinta kepada Allah... dan Allah juga redhakan kita. Itulah yang kita mahu, tak kira bila dan di mana. Kalau begitulah keadaan kita dengan Allah, tentu hidup jadi tenang dan tenteram... Insya Allah, kejayaan menanti di dunia dan akhirat.


Bergambar Kenangan di sesi penutup


Tingkatkanlah juga usaha membaca, memahami Al-Quran. Rapatkan diri dengan Al-Quran kerana itulah manual kehidupan yang terbaik untuk kita ikuti dan hayati. Kita akan jumpa segala-galanya di dalam Kitab Allah ini. Jom kita hidupkan Al-Quran ini dalam diri dan peribadi kita. Al-Quran adalah ISO teragung di sepanjang zaman. Sesiapa yang mengamalkan dan menghayatinya insya Allah akan menjadi insan yang berkeperipadian agung pula!

Brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak sekelian,

Cabaran mengekalkan perubahan positif boleh dibantu dgn sentiasa meningkatkan ilmu kita - dunia, akhirat; akademik dan life-skills. Semua iniboleh diperoleh dengan mudah melalui membaca. Membaca menjimatkan masa kita, lantaran kita belajar dari ilmu dan pengalaman orang lain tanpa perlu mengalami sendiri penat-jerih pencarian ilmu dan pengalaman tersebut. Peruntukkanlah 1-2 jam sehari untuk membaca... biar apapun ilmunya, asal bermanfaat kepada urusan dunia dan akhirat kita.


Bagi yang sudah terlibat dengan usrah, teruskan! Perjumpaan dan perkongsian ilmu mingguan ini juga mampu menyediakan ruang peningkatan ilmu dan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan keprluan hidup yang pelbagai pula. Ia juga mampu menyediakan kumpulan sokongan yang akan bersama-sama kita membina diri; seiring-sejalan dalam hasrat mecapai misi menjadi insan soleh dan musleh. Bagi yang belum, marilah libatkan diri dalam aktiviti usrah ini demi kemajuan dan peningkatan kualiti diri kita. Bukankah kita bercita-cita menjadi insan-insan soleh dan solehah... yang akhirnya menjadi aset besar buat ibu dan ayah?


Teruskanlah memuhasabah diri. Moga KBM telah membuka minda dan mencetuskan anjakan paradigma serta halatuju hidup yang baru kepada semua peserta... baik di KPM Seri Iskandar mahupun di mana jua. Marilah kita sama-sama bentuk diri, keluarga, rakan dan masyarakat untuk hidup beribadah menuju Akhirat! Moga terus kekalkan perubahan sementara semangat sedang membara, dan teruskan membakar semangat itu dan semarakkannya mulai sekarang hingga ke akhir hayat kita.

Bravo, brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak. Jumpa lagi di coretan lain....

Wassalamualaikum wrt wb!


Pak Ngah

... Pengalaman di KBM tu cerita sikit-sikit cukuplah pada kawan... Tak perlu cerita semua. Biar mereka alami sendiri, baru ada thrill dan lebih bermakna

Isnin, 21 Julai 2008

Mari Mengubah Kebiasaan Negatif



Apa yang dikatakan kebiasaan (habit) itu? Ia adalah perkara yang kita lakukan berulang-ulang kali. Sebahagian besarnya kita tidak sedar pun bila kita melakukannya. Tetapi apa yang menggembirakan kita ialah ianya kita boleh ubah. Sebenarnya kita lebih kuat dari kebiasaan yang kita lakukan tidak seperti kucing pak su ni yang tidak mampu untuk mengubahnya. Cuba anak-anak kasih dan sayang berpeluk tubuh. Jika kebiasaannya tangan kanan berada di atas tangan kiri, sekarang cuba ubah tangan kiri berada di atas tangan kanan. Anak-anak kasih dan sayang akan merasa janggal dan pelik buat seketika. Cuba anak-anak kasih dan sayang lakukan selama tiga puluh hari, kita akan rasa selesa dan setiap kali kita berpeluk tubuh tangan kiri akan berada di atas tangan kanan. (Berhati-hati semasa solat). Anak-anak kasih dan sayang telah berjaya mengubah kebiasaan anak-anak kasih dan sayang.

Begitu juga dengan kebiasaan-kebiasaan lain. Cuba senaraikan semua kebiasaan yang buruk yang ada pada anak-anak kasih dan sayang. Mulai dari hari ini cuba ubah kebiasaan-kebiasaan ini menjadi kebiasaan-kebiasaan yang baik. Mula dengan yang paling mudah untuk diubah.

Contoh kebiasaan yang ada pada kita, suka menyalahkan orang lain. Jadi mulai dari sekarang bila sesuatu yang tidak kita sukai berlaku, dan pada kebiasaannya kita menyalahkan orang lain, cuba berhenti sejenak, jangan salahkan orang lain, tetapi mencari apa yang telah kita lakukan sehingga perkara demikian itu berlaku. Jika anak-anak kasih dan sayang berbuat demikian lama-lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan, ini akan membantu untuk memperbaiki diri anak-anak kasih dan sayang.

Mengapa penting untuk mengubah kebiasaan-kebiasaan yang buruk ini? Mungkin ada yang berkata "Apalah pak su ni, tiap kali mencoret ada je yang kena buat." Ia sangat penting untuk diubah kerana kebiasaan ini mencerminkan jati diri kita. Kita akan dikenal dengan kebiasaan kebiasaan ini, jika baik sudah pasti kita akan dikenal dengan kebaikan-kebikan yang kita lakukan. Selamat mencuba dan berjaya. Wallahu a'lam.


Pak Su

Khamis, 17 Julai 2008

Keindahan Bersama Mu Versi IPT
Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar, Perak
19 & 20 Julai 2008 (Sabtu & Ahad)
Jumpa Kami Di Sana......

Mengkayakan Diri Sendiri



Kita boleh mengkayakan diri kita dengan melakukan banyak perkara. Di sini pak su ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh menjadikan diri kita kaya dengan sifat-sifat murni, hidup tenang dan bahagia. Sebenarnya banyak yang kita boleh lakukan dengan kemampuan yang kita ada. Kita boleh :
  1. Menepati janji yang kita buat pada diri sendiri


  2. Membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan itu


  3. Berlemah lembut pada diri sendiri


  4. Berlaku jujur


  5. Sentiasa membaharui diri


  6. Memupuk bakat yang kita ada

Menepati janji yang kita buat pada diri sendiri

Selalu kita berjanji pada diri kita sendiri untuk melakukan banyak perkara dan berapa banyak pula yang kita mungkiri. Anak-anak kasih dan sayang telah pun menulis perubahan-perubahan yang nak di lakukan. Itu merupakan janji anak-anak kasih dan sayang pada diri masing-masing. Cuba lihat kembali pada catatan tersebut atau ingat kembali apa yang telah dituliskan dan cuba lakukan semuanya secara beransur-ansur. Jangan mungkiri janji yang telah kita buat pada diri sendiri kerana lama kelamaan kita juga akan mengkhianati janji kita kepada orang lain. Apalah yang ada lagi pada diri manusia jika sudah tidak boleh dipegang janjinya.


Membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan itu

Anak-anak kasih dan sayang juga telah banyak mencatit untuk menjadi anak yang soleh/solehah, pelajar yang baik dan kawan yang boleh diharapkan oleh teman-teman. Inilah masanya untuk mempraktikkan apa yang telah tercatat dalam buku program yang ada pada anak-anak kasih dan sayang. Cuba rasakan rasa bahagia dalam diri bila membantu orang lain walaupun sekecil mana bantuan yang telah diberikan. Lama-lama perasaan itu akan sentiasa berada dalam diri dan kita sentiasa berada dalam keadaan ingin membantu sesama insan.

Berlemah lembut pada diri sendiri

Selalu beri peluang kedua pada diri sendiri apabila melakukan kesilapan atau terlalai. Jangan rasa terlalu kecewa sehingga memarahi diri sendiri atau mengutuk. Cuba ketawa pada kesilapa-kesilapan bodoh yang telah kita lakukan dan perbaikinya di masa hadapan. Kalau kita sentiasa memarahi diri sendiri, kita akan berada dalam keadaan tertekan dan penyelesaian sukar didapati.

Berlaku jujur

Hendaklah berlaku jujur dalam semua keadaan. Sikap inilah yang menjadikan kita dihormati oleh orang lain. Dalam peperiksaan jangan sekali-kali meniru. Jika kita lulus dengan cara yang sebegini apa yang kita boleh banggakan, walaupun mungkin emak dan ayah kita gembira tapi dalam diri, kita tahu itu bukan usaha kita. Kita juga tahu bahawa kita telah menipu ibu dan ayah, tergamakkah kita melakukan perkara sedemikian, menipu emak dan ayah?

Sentiasa membaharui diri

Dalam masa kita berusaha dan belajar untuk mencapai kejayaan, ada kalanya kita merasa penat dan lelah. Baik juga jika kita pergi ke suatu tempat yang cantik dan duduk seketika merenung dalam diri kita, usaha-usaha kita yang lepas dan juga impian kita. Di sini juga kita boleh mengadu kepada Allah swt dan meminta ampun dosa-dosa kita yang lalu. Dengan ini kita akan dapat tenaga baru, mungkin "options" yang lebih baik untuk melakukan sesuatu. Dengan cara ini juga mungkin kita dapat membuang semua kekecewaan atau dosa yang kita sentiasa bawa bersama. Apabila kita tinggalkan semua ini perjalanan kehidupan kita akan menjadi lebih ringan.

Memupuk bakat yang kita ada

Setiap kita mempunyai bakat yang telah Allah swt kurniakan. Adalah tugas kita adalah untuk mencari apa bakat yang ada pada kita dan mengasahnya hingga bakat kita itu menyerlah jauh dari yang biasa.


Pak Su

Photobucket