Selasa, 22 Julai 2008

Teruja Bersama Brothers & Sisters KPM Seri Iskandar

Assalamualaikum wrt wb!

Sabtu dan Ahad lepas, Team KRJ Perak menghabiskan masa berkongsi minda dan pengalaman berKBM dengan penuntut-penuntut Kolej Profesional MARA (KPM) di Seri Iskandar, Perak. Sepatutnya 63 orang hadir, namun dek ketentuan Allah, sebahagian daripadanya tidak dapat bersama.

Di sesi Knowing Me Knowing You

Apa pun, bilangan yang kecil ini (berbanding KBM lalu yang biasanya melebihi 100 orang) membolehkan perkenalan yang lebih rapat dan mesra antara pengendali/fasi dengan para peserta. Penuntut-penuntut - yang dipanggil brothers dan sisters - yang dikumpulkan dari pelbagai kursus dan semester juga tidak langsung nampak canggung berprogram bersama.
Hampir kesemuanya nampak seronok dan ceria di sepanjang tempoh 2 hari 1 malam itu. Ramai yang berani tampil berkongsi pandangan dan pengalaman... Ya lah, kan penuntut-penuntut cemerlang; tambah-tambah memang dididik untuk menjadi profesional! Bersemangat masing-masing, terutamanya bila sampai pagi Ahad... menuju ke penghujung program.

Di sesi Salam Mesra

Suasana damai dan segar di kampus KPM Seri Iskandar yang comel menambah kesyahduan berprogram di sini. Beruntung brothers dan sisters yang dapat menyambung pengajian di sini. Inilah antara nikmat Allah yang wajar disyukuri...

Teruslah dekati dan cintai Allah, Rasul, Usahakan solat terbaik sepanjang masa kerana solatlah talian hayat kita menuju Allah. Solatlah yang menjadi landasan hubungan kita yang utama dan penting menuju jalan yang lurus. Itulah appointment (temujanji) penting yang perlu ditunaikan setiap hari. Banyakkan juga berzikir kepadaNya. Mudah-mudahan hingga kita akrab, kasih dan cinta kepada Allah... dan Allah juga redhakan kita. Itulah yang kita mahu, tak kira bila dan di mana. Kalau begitulah keadaan kita dengan Allah, tentu hidup jadi tenang dan tenteram... Insya Allah, kejayaan menanti di dunia dan akhirat.


Bergambar Kenangan di sesi penutup


Tingkatkanlah juga usaha membaca, memahami Al-Quran. Rapatkan diri dengan Al-Quran kerana itulah manual kehidupan yang terbaik untuk kita ikuti dan hayati. Kita akan jumpa segala-galanya di dalam Kitab Allah ini. Jom kita hidupkan Al-Quran ini dalam diri dan peribadi kita. Al-Quran adalah ISO teragung di sepanjang zaman. Sesiapa yang mengamalkan dan menghayatinya insya Allah akan menjadi insan yang berkeperipadian agung pula!

Brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak sekelian,

Cabaran mengekalkan perubahan positif boleh dibantu dgn sentiasa meningkatkan ilmu kita - dunia, akhirat; akademik dan life-skills. Semua iniboleh diperoleh dengan mudah melalui membaca. Membaca menjimatkan masa kita, lantaran kita belajar dari ilmu dan pengalaman orang lain tanpa perlu mengalami sendiri penat-jerih pencarian ilmu dan pengalaman tersebut. Peruntukkanlah 1-2 jam sehari untuk membaca... biar apapun ilmunya, asal bermanfaat kepada urusan dunia dan akhirat kita.


Bagi yang sudah terlibat dengan usrah, teruskan! Perjumpaan dan perkongsian ilmu mingguan ini juga mampu menyediakan ruang peningkatan ilmu dan pengalaman yang pelbagai, sesuai dengan keprluan hidup yang pelbagai pula. Ia juga mampu menyediakan kumpulan sokongan yang akan bersama-sama kita membina diri; seiring-sejalan dalam hasrat mecapai misi menjadi insan soleh dan musleh. Bagi yang belum, marilah libatkan diri dalam aktiviti usrah ini demi kemajuan dan peningkatan kualiti diri kita. Bukankah kita bercita-cita menjadi insan-insan soleh dan solehah... yang akhirnya menjadi aset besar buat ibu dan ayah?


Teruskanlah memuhasabah diri. Moga KBM telah membuka minda dan mencetuskan anjakan paradigma serta halatuju hidup yang baru kepada semua peserta... baik di KPM Seri Iskandar mahupun di mana jua. Marilah kita sama-sama bentuk diri, keluarga, rakan dan masyarakat untuk hidup beribadah menuju Akhirat! Moga terus kekalkan perubahan sementara semangat sedang membara, dan teruskan membakar semangat itu dan semarakkannya mulai sekarang hingga ke akhir hayat kita.

Bravo, brothers & sisters, adik-adik dan anak-anak. Jumpa lagi di coretan lain....

Wassalamualaikum wrt wb!


Pak Ngah

... Pengalaman di KBM tu cerita sikit-sikit cukuplah pada kawan... Tak perlu cerita semua. Biar mereka alami sendiri, baru ada thrill dan lebih bermakna

Tiada ulasan:

Photobucket