Isnin, 20 Ogos 2007

Alhamdulillah program Keindahan Bersamamu untuk SMK Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan (SMK SMS) telah selamat berakhir semalam 19 Ogos 2007. Bemula dengan para fasilitator berkampung di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) Lambor pada Jumaat malam untuk taklimat fasilitator. Taklimat bermula dengan memberi gambaran macam mana program ini akan di jalankan sehingga lah acara menyambut HARI LAHIR PAK LANG YANG KE 46. Tahun ni merupakan sambutan hari lahir pak lang kali ke kedua di Perak.

Sabtu (18/8/07)

KNOWING ME KNOWING YOU
Pelajar tiba di perkarangan lapangan terbang PKP lebih kurang jam 8.15 dan para pelajar mula menaiki pesawat KRJ jam 9.00 pagi di mana semua krew pesawat telah menanti ketibaan pelajar ini sejak Jumaat lagi. Para pelajar di kenalkan dengan semua krew – krew pesawat KRJ. Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 29 jam jika cuaca baik. Selepas berkenalan dengan semua krew dan mengetahui peraturan penerbangan, abg bob (ketua pramugara) mulakan aksinya dengan beberapa game dan seterusnya 3S dan diakhiri dengan nyanyi ramai Satu Tekad. Adik2 SMK SMS semuanya sporting belaka dan memberi kerjasama yang baik sepanjang penerbangan. Setelah abg bob penat merepek……hehehe, abg mamat teruskan dengan salam mesra II yang mana adik2 kene buat aksi ARMY YELL. Fuh…ape lagi, macam2 aksi dapat kita tengok dari adik2. Pagi tu kami akhiri dengan menyanyikan lagu Demi Matahari dengan aksinya yang tersendiri dan Chicky Dance…..memang best chicky dance ni…lagi best dari PocoPoco…..hahaha.

INTEAM
Lepas zohor Pak Ngah dengan Pak Cu Teh (pakcik Shukri) pulak ambik posisi untuk beraksi. Sesi pagi abg2 & kakak2 yang mude2 beraksi, kali ni pakcik2 & makcik2 yang agak berumur pulak beraksi…hihihi (jgn mrh ye pak2 & mak2). Pak Ngah mule kan aksinya dengan beberapa tayangan video. Lepas tu dah mcm naik syeikh Pak Ngah beraksi….hahaha. Bergabung pulak dengan Pak Cu Teh petang tu memang syahdu sekali. Hujan air mata pun mula turun. Hampir2 saje paras sungai perak kat sebelah PKP naik mendadak. Jabatan kajicuaca pun tak sangka keadaan ini akan berlaku di Lambor. Tapi Pak Ngah & Pak Cu Teh berjaya menenangkan keadaan dan paras air sungai pun surut pelan2. Mabruk Pak Ngah & Pak Cu Teh……….Lepas asar adik2 beriadah bersama dengan krew penerbangan yang di ketuai oleh abg mamat……

MENITI ANGIN MALAM I

Kali ni meniti angin malam I di buat lepas maghrib berbanding sebelumnya sebab pak lang akan ke MRSM Pasir Salak pastu pulak.

So macam biasa lah pak lang punya aksi, tetap maintain luar biasa. hehehe. Kali ni mayat naik unser lagi. Beruntung sungguh mayat kali ni. Meniti angin malam I ni pun buat kat luar kat padang PKP. Ada sedikit kelainan la....
MENITI ANGIN MALAM II
So lepas isyak, meniti angin malam II pulak bermula dengan abg mamat memberi beberapa peraturan kepada peserta2. Lepas je peserta di bawak masuk ke lapangan program, Kak Shima start dengan suara sedihnya. Hehehe. Lps tu Abg Bob dengan Abg Emy berpadu suara pulak. Mabruk Abg Emy.....pasni leh ganti abg bob lak ye. hihihi....
Ahad (19/8/07)
Lepas solat subuh, pak cu teh bagi kuliah subuhnya. Lepas tu kami ber chicky dance sebelum sarapan.
Lepas sarapan kami berarak ke sekolah untuk program selari dengan ibu bapa.
Dengan pelajar, pak teh, abg bob, pak cu teh, kak shima dan abg2 & kakak2 fasi pun beraksi. Kami bermula dengan nyanyi lagu Titian Kejayaan pastu beraksi untuk Demi Matahari. Fuh....memang bersemangat adik2 SMK SMS ni. Lepas nyanyi2, Kak Shima mula kan Kini & Hijrah sebelum Pak Teh mula dengan aksinya sebelum pertemuan dengan ibu bapa. Program berakhir lebih kurang jam 2.00 petang.
Salam sayang dari abg bob........

Tiada ulasan:

Photobucket