Isnin, 14 Januari 2008

Keindahan Bersama Mu MRSM Pasir Salak, Perak


Alhamdulillah, pada 12 & 13 Jan 08 telah berlangsung KBM di MRSM Pasir Salak, Perak. Ianya merupakan program sulung untuk tahun 2008 ni. Tahniah MRSM Pasir Salak. Dengan kehadiran 150 orang peserta & hampir 30 orang fasilitator serta pengendali, program ini telah berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, slot KMKY memulakan bicara diikuti dengan INTEAM pada sebelah petang dan pada sebelah malam pula slot MENITI ANGIN MALAM & MENANTI DI SYURGA pula menyusul.


Pada hari Ahad, program selari dengan ibu bapa juga berjalan lancar. Pada hari Jumaat sebelum program, kami dimaklumkan hanya 10 orang ibu bapa shj yang akan datang tetapi maklumat terkini pada hari Sabtu, seramai 32 orang ibu bapa akan hadir. Tetapi, berkat doa sahabat2 semua & dengan izinNya, pada hari Ahad tersebut ibu bapa yang hadir telah memenuhi segenap kerusi yang disediakan. Masya Allah. Inilah yang berlaku dengan izinNya. Rupe2 nye, para pelajar memujuk ibu bapa mereka unt hadir juga pada hari Ahad tersebut. Tahniah sekali lagi MRSM Pasir Salak. Memang MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA. Dan dikalangan ibu bapa tersebut, hadir sama Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ramli Zahari. Anak beliau juga terlibat sebagai peserta. Beliau mengikuti program bersama ibu bapa sehingga selesai sehinggalah waktu perpisahan dengan bersalaman & berpelukan dengan peserta & juga fasilitator. Alhamdulillah program tamat sekitar jam 2.00 petang.


Salam kasih & sayang

abg bob

1 ulasan:

`ayu` berkata...

salam..
bile la buleh ikut serta kbm ni..
prgrm yang bermanfaat..

Photobucket