Isnin, 15 Mac 2010

Tahniah SMK Sg Manik

Di sini paksu ingin mengucapkan tahniah kepada semua anak kasih dan anak sayang smk sg manik kerana telah berjaya dalam peperiksaan spm 2009. Sekurang-kurangnya membolehkan anda semua untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anda semua hebat.

Janganlah anak kasih dan anak sayang membandingkan keputusan dengan mereka yang mempunyai pasarana yang lebih baik. Tuisyen sana sini dengan belanja yang besar. Mereka juga mempunyai ibu bapa yang boleh memberi tunjuk ajar di rumah tentang apa yang tidak faham yang diajar di sekolah. Sedangkan anak-anak kasih dan anak-anak sayang di smk sg manik tidak mempunyai pasarana tersebut. Jika dibandingkan pasarana di tempat anda dengan mereka sangat berbeza. Sebenarnya anda semua telah berjaya dan menyerlah jauh dari biasa. Teruskan usaha anda hingga anda mencapai matlamat anda. Kami di KRJ akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua

Tiada ulasan:

Photobucket