Isnin, 23 Jun 2008

Alhamuduillah! KBM di SMK Tok Perdana telah selamat diterbangkan dan dimendaratkan dengan penuh bergaya dalam suasana sungguh pilu penuh dengan air mata keinsafan para peserta, ibu bapa dan juga pengendali-pengendali.

Suasana itu memang sudah menjadi kebiasaan bagi program KBM ini, tapi ramai dari pengendali yang tidak jemu-jemu menitiskan air mata setiap kali mengendalikan program. Bagi pak su sendiri memang pastilah akan menitiskan air mengenangkan sejarah sendiri yang tak perlulah diceritakan disini. Bukan pada ketika itu saja, malah semasa mengedit video bagi klip anak soleh, ayah dan buat mu ibu, sudah pasti akan menitiskan air mata di depan monitor. Itulah sebabnya pak su akan menyendiri bila mengedit video-video ini.

Pak su juga mengharapkan keadaan ini tidak akan berubah bagi diri ini, kerana ia merupakan peringatan bagi pak su untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Ia juga merupakan panduan bagi pak su untuk menilai sejauh mana keberkesanannya dalam mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja ini.

Semoga ianya juga merupakan peringatan bagi semua yang terlibat....


Pak Su
Kamaludin b Karmain
019 5762728

Tiada ulasan:

Photobucket