Isnin, 30 Jun 2008

Mempertahankan Perubahan

Anak-anak kasih dan sayang


Selepas mengikuti program kbm, kita bertekad untuk berubah menjadi insan-insan yang lebih baik. Yang taat perintah Allah swt., taat kepada ibu dan ayah kita dan menjadi kawan yang baik kepada sahabat-sahabat kita. Tapi bagaimana agaknya kita nak mempertahankan agar proses perubahan itu berterusan..........




Ingat tak pada kuliah maghrib, selalunya sebelum mengakhirinya pak su ada sebut tiga bekalan penting dalam kita mengharungi kehidupan ini.




Solat

Solat merupakan kefarduan yang paling besar yang difardukan oleh Allah awt kepada kita. Solat juga merupakan bahagian yang mula-mula hilang dari Agama. Solat juga merupakan parameter yang menentukan iman seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran. Mendirikan solat tepat pada waktunya merupakan bukti kebenaran iman seseorang. Apabila kita meninggalkan solat maka akan lemahlah iman kita dan ini akan mendorong kita untuk kembali kepada kemaksiatan.

Kita juga telah memutuskan hubungan kita dengan Allah swt. Jadi, macamana kita hendak mempertahankan proses perubahan ini jika hubungan kita dengan Allah swt telah terputus. Cuba anak-anak kasih dan sayang fikir sejenak, siapa yang memberi kekuatan kepada kita untuk kita berubah. Bukankah Allah swt.? Faham kan? Maknanya kita jangan tinggalkan solat supaya hubungan kita dengan Allah swt tidak terputus....... agar Allah swt memberi kita kekuatan untuk terus berubah. Semoga Allah swt sentiasa memelihara kita dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa mendirikan solat.......Amin.

Anak-anak kasih dan sayang


Coretan ini merupakan pengganti kepada program follow up. Maafkan kami kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi anak-anak kasih dan sayang kerana tiap-tiap minggu ada sahaja program kbm.

Walaupun coretan ini tidaklah sebaik program follow up, diharapkan ianya dapat memberi peringatan dan; membawa ingatan anak-anak kasih dan sayang terbang merasai kembali program kbm yang lalu. InsyaAllah pak su akan cuba untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini untuk anak-anak kasih dan sayang.
PakSu
Photobucket