Isnin, 16 Julai 2007




Assalamualaikum semua

Alhamdulillah KRJ Team Perak telah berjaya mengadakan program Keindahan Bersama Mu di SMK DARY (kali ke 4 untuk sekolah) pada 14 & 15 Julai (Sabtu & Ahad).

Seramai 115 orang pelajar tingakatan 5 dan 6 Atas telah menyertai program ini. Lebih kurang 60 orang ibu bapa telah bersama dalam sessi ibubapa dihari kedua program. Penglibatan guru sekolah seramai 43 orang sebagai urusetia. Ini adalah hasil sokongan padu kepada program KBM dari Ayahanda Pengetua SMK DARY yang baru 2 bulan bertugas di SMKDARY. Sebelum ini menjadi pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Program Keindahan Bersama Mu di SMK DARY telah menjadi program tahunan sekolah bermula pada tahun 2005, 2006 dan tahun ini 2007. Insyaalah tahun-tahun akan datang.

Walaupun pada asalnya ada masalah untuk mendapatkan fasilitator dari IPT. Ramai pelajar baru mendaftarkan diri ke kampus. Alhamdulillah akhirnya hasil usaha ikhwah & akhawat dapat mengumpulkan fasi + pengendali seramai 25 orang. TERIMA KASIH di ucapkan kepada Abg Ejard, Abg Fahmi, Abg Mior dan Abg Paan kerana sudi menjadi fasi buat julung julung kalinya....

luahan rasa pelajar :


"sebelum datang program ini saya ego saya kata kepada kawan-kawan saya tidak akan menangis, tapi........ . hari ini semua kawan-kawan menjadi saksi....... .. saya menitiskan air mata lantaran keinsafan kerana diri ini banyak melakukan dosa......."


Terima kasih kepada semua ikhwah & akhawat yang terlibat dan Pak Lang dari Johor dan Kak Im dari Negeri Sembilan.

Salam sayang dari

abg bob........senyum 3

Tiada ulasan:

Photobucket