Sabtu, 21 Julai 2007

MINI KEINDAHAN BERSAMAMU TARCISIAN CONVENT, IPOH

Alhamdulillah semalam 20 Julai 07 telah berlangsung mini KBM yang mana hanya slot "Meniti Angin Malam" (indoor) sahaja yang diadakan sempena majlis Qiamullail SMK Taicisian Convent Ipoh. Peserta dianggarkan seramai 180 orang (Ting 1-5). Biasalah program dimulakan selepas solat Isyak berjemaah di dewan besar sekolah.


Pak Teh memulakan bicara dengan tayangan slide "Petanda Maha Pencipta" dan juga sedikit mukadimah dan doa pembukaan. Selepas itu Pak Ngah take over daripada Pak Teh untuk meneruskan program.

Beberapa video klip ditayangkan bermula video klip "Ibu". Apa lagi hujan renyai2 pun mula turun. Video klip seterusnya menyaksikan hujan semakin lebat yang dicurahkan adik2 convent. Bukan adik2 je yang lebat, Pak Ngah pun lebat jugak. hehehe......


Bile sampai kat video klip (nasyid) "Buatmu Ibu" & "Anak Soleh", sorang peserta meluru keluar sambil meraung. Setelah di soal selidik rupa2nya pelajar tu anak yatim piatu tinggal dengan neneknya. IskIskIsk.....sedih tol.....

Penutup malam tu Pak Teh tutup dengan lagu "Teman Sejati". Ape lagi berpelukan lah adik2 convent semua sambil mencurahkan banjir kilat. Mabruk Pak Teh.......



Jazakumullah Khairan Kathira di ucapkan kepada fasi2 yang terlibat antaranya Pak Teh, Abg Bob (wartawan jemputan TV10 hehehe.....), Pak Ngah, Abg Bie (Jurugambar majalah HOI), Kak Iman, Makcik Huda & family, Kak Iffah dan pak2/mak2/abg2/kak2 yang lain (lupe nama) yang terlibat secara langsung & tak langsung.

Berita dilaporkan oleh
Abg Bob........

Tiada ulasan:

Photobucket