Selasa, 8 Julai 2008

Buat Apa Yang Perlu





Inilah basikal pak su. Pak su akan menunggangnya hampir setiap pagi mengelilingi taman perumahan di Seri Manjung. Inilah juga yang yang diperlukan untuk menjadikan kita rasa segar, aktif dan sihat, dengan izin Allah swt pastinya. Dalam kita menjaga kesihatan fizikal ada 3 perkara yang penting yang kita mesti lakukan. 1. Memakan makanan yang seimbang. 2. Rehat yang cukup. 3 Melakukan senaman.

Ramai orang yang inginkan badan yang sihat dan cergas tetapi malas untuk melakukan senaman. Kita beriman kepada Allah swt tetapi kita tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Nya. Allah telah menetapkan ada hukum tertentu bagi apa jua perkara dalam dunia ini, dan hukum ini tetap dari dahulu hinggalah ke hari kiamat nanti. Hukum ini merangkumi semua manusia di dunia ini samada yang beriman atau yang kufur kepadaNya. Untuk berjaya kita kena berusaha, untuk menjadi pandai kita kena rajin belajar, untuk mendapatkan hasil yang lumayan kita kena kuat berusaha dan seterusnya.

Tetapi, kalau kita lihat pada realitinya, kita akan dapati orang yang tidak beriman selalunya lebih percaya kepada hukum Allah swt ini. Lihat sahaja kawan-kawan kita dari gulungan orang-orang Cina, mereka berusaha bersungguh untuk mencapai kejayaan. Lihat sahaja mereka di sekolah kita, di IPT tempat kita belajar, di gedung-gendung perniagaan dan di perusahaan-perusahaan dan bandingkan dengan usaha kita.

Perhatikan contoh ini, Ah Chong menanam sayur dan Ahmad juga menanam sayur. Ah Chong pergi ke kebun pukul 7.00 pagi dan terus melakukan apa yang perlu untuk kebunnya dan balik ke rumah jam 6.30 petang. Ahmad pergi ke kebunnya pukul 10.00 pagi dan balik pada pukul 3.00 petang. Siapakah yang mematuhi hukum alam Allah swt., Ah Chong atau Ahmad? Dan siapa yang akan mendapat hasil yang lebih lumayan, anak-anak kasih dan sayang fikirkanlah sendiri.

Begitu juga dengan kita sebagai seorang pelajar, jika kita ingin berjaya kita kena mengikut hukum alam yang Allah swt telah tetapkan. Walaupun kita mengaku beriman, jika kita tidak menurut hukum alam Allah swt ini kita tidak akan berjaya. Jika kita merasa kita berTuhan lakukanlah sesuatu mengikut hukum yang telah Tuhan tetapkan untuk kita, kita kenalah buat apa yang perlu kita buat............

Wallahu aalam

Pak Su

Tiada ulasan:

Photobucket