Tetapi bagaimna agaknya kita boleh menghindari dari terjebak dalam perkara ini. Kita boleh melepaskan diri kita dengan beberapa cara:
- Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu syahwat
- Penuhi kehidupan seharian kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Perkara-perkara yang boleh menimbulkan syahwat termasuklah melihat perempuan atau lelaki yang berpakaian tidak menutup aurat dengan betul. Walaupun kita boleh melihat perempuan yang mahram kita, tetapi ia hanya terhad bahagian kepala, leher, tapak tangan dan tapak kaki. Kita tidak sekali-kali boleh melihat kepada adik atau kakak kita bahagian lain yang telah disebutkan tadi. Selain dari itu juga kita tidak boleh melihat kepada mereka yang berpakaian ketat yang menggambarkan bentuk badan di sebalik pakaiannya, seperti jean ketat atau t-shirt yang ketat. Apatah lagi kalau perempuan itu yang bukan mahram dengan kita.
Bahan-bahan lucah samada dalam bentuk gambar atau video adalah penggalak kepada gejala seks ini. Jangan sekali-kali kita mendekatinya. Jika kita terlibat dengan perkara ini, naluri seks kita akan sentiasa terangsang yang akan menyebabkan saraf-saraf kita tegang dan tidak rehat. Ini sudah pasti akan mengganggu emosi kita sehingga kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa yang kita lakukan. Jika kita masih belajar, sudah pasti pencapaian dalam pelajaran akan merosot disebabkan oleh gangguan ini.
Untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh itu, penuhilah masa anak-anak kasih dan sayang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Tumpukan dengan banyak mengulangkaji pelajaran yang sudah pasti akan mencerahkan kehidupan kita di masa hadapan. Banyakkan membaca Quran yang akan membersihkan jiwa kita. Banyakkan membaca buku yang berbentuk ilmiah yang boleh menjadi penunjuk jalan kepada kita.
Selain dari itu bergaullah dengan orang-orang yang baik-baik, kawan-kawan yang setia dan sayangkan kita, yang sentiasa memberi contoh yang baik dan teguran yang membina. Kawan yang tidak menuntun kita ke jalan maksiat.
Dan bila kita menyayangi seseorang hormatilah akannya, kerana perasaan kasih dan sayang itu datang dengan tanggungjawab. Kita bertanggungjawab ke atas kebahagiaannya. Didoakan semoga anak-anak kasih dan sayang berjaya serta selamat di dunia dan di akhirat sana.
Pak Su
Tiada ulasan:
Catat Ulasan