Selasa, 1 Julai 2008

Bersyukur Dengan Ni'mat Allah Ta'ala

Marilah kita mensyukuri ni'mat Allah swt kepada kita.


Anak-anak kasih dan sayang masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Masih lagi mempunyai tempat berlindung dari panas dan hujan yang selesa. Tempat belajar juga amat selesa. Marilah mensyukuri ni'mat ini dengan belajar bersungguh-sungguh. Cubalah bayangkan ramai diantara kawan-kawan kita yang nasib mereka tidak sebaik kita.

Cuba perhatikan betul-betul gambar yang pak su sertakan ini..... Cuba kita bayangkan jika kita yang menjadi penghuni khemah ini, bukan untuk beberapa hari tapi untuk jangkamasa yang lama. Mungkin sepanjang hayat kita. Adakah kita dapat rasakan betapa panasnya di waktu siang jika dibandingkan dengan tempat di mana kita duduk, mungkin ada diantara kita yang rumahnya berhawa dingin. Bila malam pula sudah tentu sungguh sejuk.


Jadi bagi anak-anak kasih dan sayang yang ada tempat tinggal yang selesa gunakanlah sepenuhnya, dan belajarlah bersungguh-sungguh sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. Sedarlah wahai anak-anak kasih dan sayang, ni'mat ini mungkin tidak kekal, Allah swt boleh tarik bila-bila masa sahaja. Teruslah berusaha demi masa depan yang gemilang dan jangan lupa ramai lagi insan yang memerlukan kita. Wassalam.


Pak Su

Tiada ulasan:

Photobucket